Dalam banyak2 doa, umi suka doa ni untuk baby umi. Doa ini diambil dari ayat al-Quran sendiri. Surah Al-Imran, ayat 38.
Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.
Simple je doa ni, tapi umi suka. Umi ulang2 setiap hari. Siap tulis dan letak dekat meja dekat ofis :D Moga2 baby umi nanti baik dalam setiap perkara. Baik akhlak, baik perkataan, baik akal, baik kesihatan dan baik segala-galanya :')
Ini sebenarnya doa daripada Nabi Zakaria kepada Allah. Ditakdirkan Nabi Zakaria lama berkahwin tapi tak dikurniakan zuriat, kemudian Nabi Zakaria berdoa mcm ni. Dengan izin Allah, Nabi Zakaria dikurniakan seorang zuriat lelaki bernama Yahya, iaitu seorang Nabi juga (zuriat yang baik).
Moga2 baby umi nanti jadi anak yang soleh, baik dan beriman kepada Allah & rasulnya. Ameen.
No comments:
Post a Comment