Friday, 31 March 2017

Barang Keperluan Baby

Disebabkan ini anak sulung umi dan abi, makanya semua barang2 keperluan baby kena beli yang baru. Banyak tau sebenarnya keperluan baby. Entahlah sebenarnya keperluan ke kehendak umi je yang lebih. Haha.

The first thing yang umi beli ialah barut. Sampai 10pcs ye umi beli utk baby. Tamak tak tamak, tapi sebab dah murah, beli jelah kan.


Barut comel2 ni umi beli 1pc RM3.50 sahaja. Barut ikat, bukan barut zap2 sebab umi mcm suka je tengok tali banyak2 tu. Kebanyakan orang jual Rm6-7 untuk 1 pcs barut yang sama. Mahal benau. Alhamdulillah hasil umi godek2 kat fb, jumpa yang murah. Kualiti pun ok sbb jahitan kemas.


Kemudian umi beli kain bedung ni pulak. Bukan 4 ye tapi 8 helai. Kalau x cukup jugak, umi bedung baby guna kain batik je la ye. Hihi. Kain bedung ni pun umi beli online. Jenama Holabebe. Kalau penjual lain mungkin jual sehelai lebih dari RM10. Tapi alhamdulillah lepas nego2 dan cari penjual yg jual dgn harga kasih syg, umi dapat beli 8pcs kain bedung dgn harga RM75 termasuk post. Alhamdulillah. Masih dalam bajet umi. Hehe.


Ni toiletries set jenama Anakku. Umi dah beli satu set jenama Pureen. Tapi yang ni umi beli kat Lazada sebagai backup atau travel lah konon2. Rm6 sahaja ye. 50ml utk setiap botol. Menyesal pulak tak ambil yang 100ml. Harga RM9 je kalau yang tu. Yang paling best? Harini beli lusa sampai dan sudah tentu free postage. Hee.


Yang ni rompers baby. Bundle je la tapi. Boleh buat backup jugak ni. Abi tengok umi dok belek lama sgt, lalu abi pun bagi la green light utk umi beli. Heee. Rompers ni masih cantik, malah ada yang tak ada kesan macam dah digunakan pun. Umi beli 6 helai dengan harga sehelai RM4.

Barang2 lain macam baju tangan panjang, baju tido eyelet, mitten booties dan lain2 umi dan abi beli dekat Aeon je. Harga masih berpatutan. Sekarang ni umi masih survey baju tido dan set tilam untuk baby. Harap2 dapat la jumpa baju dan tilam yg cantik dan harga berpatutan.

Best jugak shopping barang baby ni. hee. 

No comments:

Post a Comment