Umi agak concern sikit mengenai calcium intake semasa mengandung ni. Sebabnya umi risauuu sangat kalau both umi dan baby tak dapat kalsium yg cukup semasa tempoh mengandung.
Percaya atau tak, umi pernah jumpa ibu kepada beberapa orang anak yg ada masalah gigi sebab kalsium tak cukup semasa mengandung. Masa kawin dulu cantik je gigi tapi lepas beberapa kali bersalin, terus tak cantik giginya. Huhu.
Berbanding mommies to be yang lain, umi pilih susu kambing untuk bekalkan kalsium untuk umi dan baby. Awal2 pregnant dulu, umi memang tak boleh minum susu lembu. Asyik keluar balik je dan bau pun tak berapa sedap.
Based on reading yg umi dah buat, susu kambing ni baik untuk pembentukan baby yg sempurna, inshaallah. Umi tak jual susu kambing, cuma review je hehehee. Susu kambing ada kalsium yang sangat tinggi kalau nak compare dengan susu lembu.
Umi start ambil susu kambing sejak 3 bulan pregnant, 2 gelas sehari. Susu kambing yg abi beli kat umi ialah jenama wildan jenis biasa. Susu serbuk, jadi kena bancuh sendirilah. Harga kat kedai biasa RM49 sekotak untuk 500g. Tapi abi beli kat kiosk tesco je, dapat benda yg sama pada harga RM42. Nak tambahkan sedap minum susu kambing ni kadang2 umi campur madu, kadang2 umi campur kurma. Kena sangat dengan tekak umi. Alhamdulillah.
Dulu umi tak makan daging kambing. Apatah lagi susu kambing kan. Tapi sekarang ni dah jadi feveret :p
Bila umi research, susu kambing dapat buat kulit baby cantik lepas lahir nanti dan paling penting sekali inshallah bebas penyakit termasuk kuning. Umi nak teruskan minum susu kambing sampai lepas bersalin sebab so far umi tak hadapi apa2 masalah lagi.
Pastu, kalau minum susu kambing boleh elak masalah kejang kaki. Alhamdulillah so far umi belum pernah experience kejang kaki masa pregnant. Harap2 berterusan macam ni dan tak ada masalah gigi dan tulang di masa akan datang. Kita usaha, moga2 Allah izinkan.
Ameeen.
No comments:
Post a Comment