Thursday, 30 March 2017

Baby Sedu Dalam Perut

Dah beberapa kali umi rasa macam ada denyutan kat perut. Denyutan tu bukan seperti baby kicks atau baby movement. Rentaknya sama sahaja dan berlanjutan sehingga beberapa minit. Mcm harini, lebih 5 minit tau. Huhu.
Mula2 resah jugak. Baby ok ke kat dalam tu. Benda apa ni yang berdenyut tu. Uri ke berdenyut?? Sampai mcm tu sekali umi pikir. Huhu. Tak logik betul uri berdenyut. Tapi masa denyutan ni berlaku, baby ada jugak gerak2 kick2 manja dari dalam. Cumanya, apakah yg berdenyut denyut itu?
Last2 umi pun google. Alhamdulillah rupanya ramai pregnant mommies mengalami perkara yg sama. Ya Allah legaa umi. Dah pikir pelik2 mcm2 dah. Risau yg amat sgt dekat baby. Mcm nak nangis tau punya risau sbb tak tahu kenapa denyutan tu lama sgt T_T
Rupanya denyutan itu ialah tanda bahawa baby tgh sedu. Alahai comelnye. Baby sedu ye. Eh, bahaya ke kalau baby sedu kat dalam tu? Based on reading yg umi dah buat, inshallah baby hiccups atau baby sedu ni tidak membahayakan janin dalam perut, malah ianya perkara normal. Ianya normal dan boleh berlanjutan sampai 10 minit. Ada keadaan dimana baby sedu beberapa kali dalam sehari pada waktu yg berbeza-beza.
Biasanya pregnant mommies boleh rasa baby hiccups ni masa bulan ke 6 dan keatas kandungan. Baby hiccups ni adalah salah satu tanda tumbesaran baby kat dalam kandungan. Baby hiccups indicate paru2 baby mula matang dan bersedia untuk beroperasi lepas dilahirkan nanti.  Tapi kena jaga2, kalau dah hujung3 pregnancy, baby hiccups tak sepatutnya berlaku lebih dari 3 kali sehari. Kalau terjadi mcm mana? Kena cepat2 jumpa doktor yee. Mungkin ada masalah pada umbilical cord.
Aalhamdulillah persoalan umi terjawab. Lepas ni kalau tgh duduk pastu rasa ada denyutan tu, tahulah umi baby tgh sedu. Dah x risau sangat. Alhamdulillah :D

1 comment: