Monday, 3 April 2017

Anlene Free Sample

Yayy harini umi dapat sample free lagi. Kali ni daripada Anlene. Umi dapat 3 sachets susu Anlene.

Dok tengok dalam tv macam sedap je susu Anlene ni. Boleh kuatkan tulang bagai sume. Lagipun boleh request free sample, apa lagi, laju laaa umii.


Umi request sample anlene ni dah lama. Rasanya dekat 2 bulan jugak, barulah sampai sample ni. Alhamdulillah. Ada jugak daripada takde kan. 3 sachets susu Anlene boleh la umi buat minum petang kat ofis. Hihi.

Cara2 nak dapatkan sample anlene ni senang je. Daftar dekat website Anlene --> https://www.anlene.com/my/en/claim-sample-registration.html

P/s: Sejak2 minum susu kambing masa preggy ni, umi mcm tak berapa lalu susu lembu. Haha. Tapi takpe, nnt umi cuba jugak susu ni. Dalam hati nak minum susu ni, tapi rasa mcm xnak pun ada. Mcm2 betul konflik dalaman umi ni >.<

Sunday, 2 April 2017

Cara Buka Buku Pink

Umi dan abi pilih untuk buat monthly checkup dekat klinik kerajaan berbanding klinik swasta. Reason? Sebab nak jimat. Memang jimat sangat dan servis yang umi dapat pun memang puas hati.

Umi dan abi pergi klinik kesihatan berhampiran dengan rumah untuk buka buku pink pertama umi masa baby baru 10 minggu dalam peyut. 


Ni contoh buku pink. Ehsan dari google image.


Masatu abi kata awal lagi. Tunggu 3 bulan dulu etc. Tapiii umi dah x sabar nak checkup. Haha. Alhamdulillah nurse dekat KK terima dan bukakan buku untuk umi.

Masa yang diambil untuk buka buku? Lamaaaa sebab umi dan abi sampai KK lambat. Kalau sampai awal, cepat lah kan.

Sebelum buka buku pink umi kena celup satu stick dalam urine, check darah, timbang berat dan check perut. Nurse2 alhamdulillah baik2 belaka. Takde muka masam2 pun. Happy je umi sepanjang proses buka buku pink haritu.

Nurse akan buat 2 buku pink. Satu untuk simpanan kita dan satu lagi KK akan simpan untuk rekod klinik. Nurse cakap buku pink ni dah macam passport kita, kena bawa kemana2 setiap masa. Tapi umi ada bawak buku ni kemana2 ke? Hehe jawapannya tidakkk. Umi guna buku ni pi KK dan hospital je (sebab ada masalah bleeding haritu).


Ni antara details yang nurse dan doktor tulis kat dalam buku pink. Gambar ni pun ehsan google juga :D


Dalam buku pink tu akan ada rekod kesihatan mommies to be daripada berat, hb, keadaan baby, next appointment date, info2 berkaitan pregnancy dan mcm2 lagi. So, memang lengkaplah cara KK pantau pregnant mommies ni.

So memang recommended utk pregnant mommies buat buku pink kat KK. Servis inshaallah baik dan yg paling penting jimat kos :D