Pengalaman bersalin kali pertama dengan cara vacuum memang takkan
dilupakan. Teringat lagi pagi tu dalam pukul 9 pagi sebelum bersalin, bukaan
saya baru 1.5cm. Sejak 12.00 tengah malam bukaan tetap 1cm walaupun air ketuban
dah pecah. Saya tahu saya kena bersalin pada hari tu jugak sebab dah leaking.
Sebelum bersalin saya ada baca banyak pengalaman bersalin mommies lain. Antara
yang paling saya ingat ialah, kena banyak berjalan untuk cepatkan bukaan.
Maka, dalam pukul 9 pagi saya pun pusing2 dekat ruang tamu dekat hospital. Ruang ni kosong sebab pelawat belum boleh masuk. Saya pusing dan pusing sambil kadang-kadang berhenti sebab contractions. Saya berjalan hampir 30 minit dekat situ. Saya pulang ke katil dan rehat. Tapi saya tak lalu untuk makan atau minum. Dok fikir nak bersalin je :D
Tiba-tiba doktor minta saya bawa pakaian bayi dan nak tolak saya ke labour room. Memang terkejut terkujat lah saya sebab bukaan baru 2cm. Sesampai di labour room, saya sempat buang air besar yang banyaaak sangat dan kembali ke katil bersalin. Saya masih tak makan dan tak minum sebab memang tak ada selera lansung.
Pukul 4.15ptg, contraction saya dah kuat dan bukaan pun dan 10cm. Doktor minta saya teran untuk keluarkan baby. Saya teran tapi baby masih tak berjaya keluar. Nurse cakap saya teran tak cukup kuat. Doktor pula kata denyutan jantung bayi makin laju dan takut dia lemas. Jadi, doktor decide untuk vacuum.
Sebelum proses vacuum dibuat, saya nampak air kencing saya dikeluarkan menggunakan catheter. Lepas tu doktor masukkan alat untuk vacuum bayi. Saya tak pasti doktor dah gunting dulu sebelum masukkan alat tu atau doktor gunting masa baby dah nak keluar sebab saya lansung tak rasa kena gunting. Lepas tu doktor minta saya teran kuat-kuat sambil doktor cuba bantu keluarkan baby dengan alat vacuum. Alhamdulillah, sekali cuba baby selamat keluar. Terus doktor letakkan baby diatas dada saya. Kemudian proses ni tak berenti disini, masih ada proses menjahit pula. Sakit tak kena jahit? Ya Allah, semestinya sakit! Saya berkali-kali bagitau doktor sakit kena jahit, doktor pun cakap dia dah bius. Saya tahu, doktor tak boleh apa-apa, saya kena tahan juga sakit tu. Masa diambil untuk nak jahit tu lama lah juga. Atau saya yang terasa lama? Huhu.
Bila dah bersalin secara vacuum, mestilah ada koyakan dan jahitan. Jahitan ni perlu dijaga dengan baik. Masa mengandung saya selalu search pasal cara bersalin sahaja tapi tak pula search pasal penjagaan bahagian jahitan selepas bersalin. Memang tak bersedia untuk ini. Jahitan ni kalau tak dijaga dengan elok boleh menyebabkan bengkak atau jangkitan kuman. Ngeri sangat! Ada jugak kes yang jahitan putus dan kena jahit semula. Ya Allah seram sangat.
Jadi moral value of the stori, pastikan alas perut sedikit sebelum bersalin supaya ada energy untuk meneran dan pastikan buat bacaan pasal penjagaan selepas bersalin. Lessons learnt!
Source: Google image
No comments:
Post a Comment