Monday, 7 May 2018

Review: Set Berpantang Nona Roguy

REVIEW SET BERPANTANG
NONA ROGUY

Umi beli set berpantang NR ni masa masih mengandung dr Lazada sebab harga kat situ paling murah (dan boleh dpt cashback dr Shopback!). Risau juga kalau kualiti x elok @ barang dah nak expired sbb harga murah. Tapi, bila sampai je set berpantang ni, memang dlm keadaan elok, original & expiry date tahun 2019. Siap dapat paper bag NR lagi!


Harga: RM230 inc postage

**Phytonatal: Inilah supplemen fav umi sbb bantu utk melawaskan. Umi pulak jenis sembelit. So bila nk membuang mmg sakit. Apatah lagi lepas bersalin dgn jahitan yg agak byk, phytonatal sgt membantu sebab ianya melembutkan najis. Senang sgt nak buang & x risau lansung! Umi ambil 2 biji sehari. Satu botol ada 90 tablet, mmg cukup utk tempoh berpantang. 1 lagi positive effect dari phytonatal ni ialah umi makin kurus dari badan sebelum mengandung! (mungkin hasil lawas setiap hari).


**Akar herbanika: Ini ialah minuman utk ibu slps bersalin. Rasanya? Ada org cakap x sedap, pahit dan sebagainya. Tapi bila umi minum air akar ni (dengan air suam2), xde pulak rasa mcm tu. Alhamdulillah boleh minum seperti air kosong biasa. Ada bau mcm herba2 sikit, tapi xdelah teruk sgt. Kesan air akar utk umi ialah menaikkan pengeluaran susu. Mcm x percaya, tapi yaa it worked on me!

**Minyak herbanika: Minyak ni berangin sedap je kalau sapu kat perut, kaki & belakang badan. Bau pun sedap. Masa mak bidan dtg mengurut umi, dia suggest sapu dekat dahi. Haaa hasilnya rasa ringan sikit kepala.


**Krim herbanika barut: Krim ni sapu keliling perut & pakai dengan bengkung. Al-masalahnya umi pakai bengkung 5-6 kali je sepanjang berpantang. Jadi, x dapat rasa sgt kesan krim ni. Bau dia lebih kurang myk herbanika

**Uncang cuci herbanika: Uncang cuci ni hilangkan bau badan. Umi x sempat guna sbb lebih prefer mandi guna air suam biasa.

**Herbanika lulur: Ok xde dlm gambar tapii lulur ni utk sental daki dan kulit kehitaman semasa mengandung. Sgt mujarab sbb kulit yg hitam2 tu mmg clear balik! Boleh tegangkan kulit jgk tapi lepas sental tgn jd kekuningan sikit sbb lulur ni warna kuning

In short, umi bagi 4.5 bibtang utk set berpantang NR.

No comments:

Post a Comment