Alhamdulillah, saya dah masuk 15 minggu mengandung. Kali
pertama dan kedua check-up, saya pergi ke klinik kesihatan (KK) kerajaan. Tapi
disebabkan saya & suami memilih untuk bersalin di KPJ Rawang, kami pun
setuju untuk berhenti check-up di KK dan teruskan check-up sehingga bersalin di
KPJ Rawang. Saya nak ceritakan macam mana saya book appointment dengan doctor di KPJ
Rawang dan pengalaman pertama kali consult dengan doctor disana.
KPJ Rawang Specialist Hospital
Sumber: KPJ Rawang website
1. Call KPJ
Rawang, Unit O&G
Saya call
KPJ Rawang (03-6099
8999) dan minta untuk bercakap dengan unit O&G untuk bertanyakan
mengenai Pakej Bersalin. Staff agak ramah dan explain kepada saya pakej-pakej
yang ditawarkan. Saya lupa ambil gambar brochure masa check up pertama tapi pakejnya lebih kurang
begini:
Single bed : RM2,990
3 hari 2 malam di wad
Baby care termasuk + vaksin
lepas lahir (extra cas kalau baby masuk NICU)
Tak termasuk cas lain &
ubatan (kalau minta epidural, etc ada cas lain)
Normal delivery within working
hours
Double bedded :
RM2,700
3 hari 2 malam di wad
Baby care termasuk + vaksin lepas lahir (extra cas kalau baby masuk NICU)
Tak termasuk cas lain & ubatan (kalau minta epidural, etc ada cas lain)
Normal delivery within working hours
Four bedded : RM2,500
3 hari 2 malam di wad
Baby care termasuk + vaksin lepas lahir (extra cas kalau baby masuk NICU)
Tak termasuk cas lain & ubatan (kalau minta epidural, etc ada cas lain)
Normal delivery within working hours
Ini ialah
normal delivery packages. Yang saya senaraikan diatas ialah harga promosi sehingga
hujung tahun ni sahaja.
Sumber: KPJ
Rawang website
(b) Kena ada
appointment dengan doctor di KPJ Rawang atleast 3 kali untuk bersalin dekat
sini. Alasannya supaya doctor tahu tahap kesihatan ibu mengandung.
(c) Diberi
senarai nama doctor untuk dipilih. Saya ada beberapa kenalan yang pernah
bersalin di KPJ Rawang dan kebetulan kesemuanya bersalin dengan Dr. Noorfidak
Samsudin. Jadi, saya terus cakap nak buat appointment dengan Dr. Noorfidak.
Dr.
Noorfidak
Sumber: KPJ
Rawang website
(d) Tarikh
appointment diberi. Kena beri nama penuh, no telefon dan no IC untuk rujukan
hospital masa registration.
2. Hari
check-up pertama di KPJ Rawang
(a) Saya sampai
di hospital lebih kurang pukul 10 pagi. Parking disediakan di kawasan basement
(berbayar) dan perlukan kad Touch N’ Go untuk bayar. Saya keluar dari
hospital sekitar pukul 1.30tghari dengan harga parking RM4.00 sahaja.
(b) Naik lif ke
tingkat satu dan terus ke klinik O&G. Beritahu pada staff saya ada
appointment dengan Dr. Noorfidak harini. Perlu isi registration form, kemudian
timbang berat dan check BP. Nurse explain sekali lagi pasal pakej bersalin dan saya book siap-siap pakej bersalin yang saya nak.
(c) Lepastu
kena pergi ke tingkat 3 (bahagian makmal) dan masukkan urine dalam bekas yang
disediakan. Pastu turun balik ke tingkat 1 dan tunggu giliran untuk jumpa doctor.
(d) Jumpa Dr.
Noorfidak, alhamdulillah orangnya lembut sahaja, ramah dan Islamik. Masa sesi
scan pun sangat detail, setiap inci tubuh baby doctor tunjukkan i.e. kepala,
tangan, kaki (siap boleh kira jari semua cukup), tulang belakang, lutut, siku,
heartbeat dan gender baby (yang ni sangat best sebab tak sangka boleh nampak gender
baby seawal 15 minggu dengan clear sekali mashaallah). Doktor izinkan saya
record sesi scanning ni. Untuk kenangan. Hehe.
(e) Kemudian doctor
isi maklumat dalam buku, saya minta MC dan selesai.
(f) Tunggu di
luar sebentar sementara bill diproses dan terus ke bahagian bayaran untuk
bayar. Boleh bayar secara cash / debit card / credit card.
3. Berapa saya
bayar untuk check-up pertama ni?
Cas-cas yang dikenakan:
(a) Makmal
& admin : RM29.00
(b) Consulatation : RM94.50
(c) Equipment : RM60.00
Total : RM183.50
4. Makan
tengahari di Kafe KPJ Rawang
Lepas siap bayar, saya turun ke tingkat G untuk makan
di kafe. Pilihan makanan agak banyak, meja pun banyak, boleh pilih nak makan
indoor atau outdoor, harga pun berpatutan. Kalau nak makan menu western boleh
ke sebelah iaitu Gloria Jeans Coffee.
Next check-up ialah bulan depan, tarikh dah dapat dan kalau
nak tukar tarikh kena inform lebih awal. Dinasihatkan supaya tidak walk-in
sebab akan jadi orang terakhir sebab semua yang dating dah ada appointment dan
giliran masing-masing.
Sumber: KPJ
Rawang website
Assalamualaikum puan, normal price brp ye puan utk package bersalin normal or czer ? TQ puan
ReplyDelete