Thursday 25 April 2019

Susu Fernleaf Untuk Anak (Review)


Anak saya mula minum susu formula pada usia 18 bulan, sebab saya rasa susu badan dah makin kurang dan pada masa sama anak saya tak berapa suka minum air kosong. Jadi, untuk pastikan anak saya tak dehydrate, kami beri susu formula. Mula-mula, kami beri Friso Gold 3. Pada mulanya dia tak minum sangat sebab tak biasa minum susu lain kan, tapi lepas 3 ke 4 minggu (lama la jugak, seriously), nampak dia dah okay untuk minum susu formula.

Lepas buat bacaan dan research sikit, saya simpulkan mostly susu formula mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini bermaksud tak elok untuk kesihatan badan dan gigi anak saya. Melalui pengalaman rakan saya, anak dia yang minum susu formula dah jadi kurang selera makan tapi asyik nak susu sahaja sehingga 8 ke 9 kali sehari! Banyak tu. Bayangkan the sugar intake…..



Ni la rupa susu Fernlead Full Cream yang kami beli.
Jangan silap beli yang Family pulak ye. Beli yang Full Cream.
Harga dalam RM40+ untuk 1.8kg macam ni.
Gambar: Google Image


Lepas habis je susu Friso Gold, kami berikan susu Fernleaf Full Cream untuk anak kami. Focus utama saya ialah taknak rasa manis yang banyak, tak bergantung pada susu sebagai sumber makanan utama dan selera makan yang normal. Alhamdulillah, anak saya dah lebih 4 bulan minum susu ni. Dia selalu berselera semasa makan dan tak pilih makanan (so far, harap-harap berkekalanlah macam ni :D). Kuantiti susu lebih kurang 4 ke 5 kali minum (6oz) sehari, air kosong 1 ke 2 botol sehari & breastfeed sebelum tidur (yang ni masih takleh tinggal). Inshaallah harap-harap dapat kekal dehydrate dan membesar dengan baik.

Yang paling saya suka mengenai susu Fernleaf Full Cream ialah susu ni tak buat anak saya ketagih nak minum lagi dan lagi (selalunya ketagihan berlaku bila susu ni rasa manis) dan selera makan anak saya elok. Dia makan apa yang kita sediakan sampai dia kenyang (anak saya memang kuat makan sejak baby, seronok sangat tengok dia makan). Lagi satu plus point susu ini ialah harganya yang berpatutan. Kalau nak dibanding dengan harga susu Friso Gold yang sebelum ni, memang sangat berbezalah. Dan another plus point ialah susu ni boleh diminum oleh seisi keluarga.

Tapi pada pendapat saya susu sahaja tak cukup untuk beri khasiat dan nutrient yang anak saya perlukan. Jadi kami bertanggungjawab untuk pastikan anak kami makan makanan yang mempunyai nutrient dan khasiat yang seimbang seperti buah-buahan, sayur, real food (junk food is a big no for growing kids!). Saya puas hati dengan susu ni dan harap anak saya juga dapat membesar dengan baik dan sihat.

20 comments:

  1. Puan bancuh berapa scoop untuk 6oz air ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna susu ni utk anak. Kalau utk 6oz air sy letak 4 scoop. Amount susu kurang 2 scoop dari oz air. Kalau air 5oz susu 3 scoop.

      Delete
    2. Scoop nye tu yg kecik ke atau yg scoop dalam susu enfagrow step 4…sbb tk pasti scoop yg macam mana..ni kali pertama mau cubaa

      Delete
  2. Ye sy pun nk tau Cara bancuhan susu ni utk ank

    ReplyDelete
  3. Anak puan umur berapa masa mula2 start minum susu fernleaf

    ReplyDelete
  4. Anak 2tahun 5 bulan bole minum susu full cream ini ke

    ReplyDelete
  5. Saya guna susu ni utk anak. Kalau utk 6oz air sy letak 4 scoop. Amount susu kurang 2 scoop dari oz air. Kalau air 5oz susu 3 scoop.

    ReplyDelete
  6. Sis guna scoop susu baby atau boleh guna tablespoon?

    ReplyDelete
  7. Assalam..anak sya bulan ni genap setahun.boleh ke sya ganti susu sedia ada kepada susu full krim ni? ke nak kena ikut rule..guna susu umo 1-3 tahun?

    ReplyDelete
  8. Skrng anak minum fernleaf 1-3 yg asli. bancuhan 180ml air n 4 scoop susu. Skrng rasa mcm nk try fernleaf fullcream, kalau kekalkan cara bancuhan agk2 boleh tak ek? hiihi

    ReplyDelete
  9. Kalu bb umur tga blan.. Sesuai gune susu yg family x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu nie ptot nye untuk sethun keatas sis.. sbb anak dh boleh mkn.. klau baby, bg dy susu yg septotnye...

      Delete
  10. Umo brapa baru bleh start minum susu ni...anak saya 9 bln

    ReplyDelete
  11. Susu fernleaf INSTANT sesuai tak bg anak minum umur 18 bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg instant gan family xsesuai...full cream sja

      Delete
    2. Susu ni boleh jadikan ank sembelit tak..ingt nk tukarkan susu..ank sy 3 tahun daa

      Delete
  12. bby setahun da boleh bg mnum susu ni ya, anak sy mnum dutch baby sblom ni, dah masuk setahun ingt nk tukar susu

    ReplyDelete
  13. Betfair Casino & Sportsbook - JRM Hub
    Betfair 여주 출장마사지 Casino & Sportsbook. 원주 출장샵 16/17/21. New. New. 1.2. Betway Group. Sports. 서귀포 출장샵 Betway Group. Betfair Group. Betway Group. Betway Group. 경상남도 출장안마 Betway Group. Betway Group. Rating: 3.7 영주 출장샵 · ‎12 votes

    ReplyDelete
  14. 2015 that documented the pain, loss and faith of Palestinians under Israeli siege. He also contributed to “Light in Gaza: Writings Born of Fire,” an anthology published in 2022. A native of Gaza City, he studied at University College London and SOAS, in London.청주출장마사지
    제주출장마사지
    서귀포출장마사지
    찰덕출장마사지
    찰덕출장마사지
    찰덕출장마사지
    광주출장마사지
    대전출장마사지

    ReplyDelete