Tuesday, 19 May 2020

Suntikan Pneumococcal untuk Baby di KPJ Rawang

Alhamdulillah, baby dah masuk 3 bulan. Rasa macam dah lama tapi baru 3 bulan rupanya. Mungkin sebab hari-hari duduk rumah tak pergi ke mana-mana sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa.

 

Suntikan Pneumococcal ni tak ada di klinik-klinik kerajaan sebab vaksin ni agak mahal. Ada 3 dos yang perlu diambil oleh setiap baby, rasanya sebelum umur mereka masuk 3 tahun. Nak baca lebih pasal penyakit dan vaksin pneumococcal, boleh baca dekat link KKM - http://www.myhealth.gov.my/vaksin-pneumokokal/.

 

Kami pilih KPJ Rawang sebab baby dilahirkan disini. Dan kami teruskan sahaja ambil vaksin tambahan disini. Untuk vaksin-vaksin lain, kami ke Klinik Kesihatan sahaja sebab percuma. Kalau ambil di hospital atau klinik swasta, beratus juga kosnya.

 

Sebelum buat suntikan, doktor tanya sama ada nak ambil vaksin yang cover 10 strains sahaja atai 13 strains. Harga bagi kedua-duanya adalah berbeza. 10 strains dalam RM170 dan 13 strains RM283.50. Beza serratus lebih jugak kan. Tapi kami pilih ambil yang 13 strains, sebab dah alang-alang nak ambil, ambil yang paling baik terus.

 

Suntikan sekejap saja. Of course baby nangis lepas suntikan. Actually sebelum kena suntik pun dah nangis :D Nurses baik-baik dan doktor pun melayan soalan-soalan yang saya tanya. Environment dekat sana sangat selesa dan servis sangat cepat. Saya walk-in saja untuk jumpa doktor. Nasib baik doktor baby saya bertugas haritu. Sebaiknya call lah KPJ Rawang dulu sebelum pergi.

 

Ini hanyalah dos pertama. Ada dua lagi dos yang perlu diambil. Saya tak ingat kena ambil pada umur berapa sebab next visit dengan doktor ialah masa baby umur 4 dan 6 bulan (vaksin rotavirus).

 

Kos untuk dos pneumococcal yang pertama:

 

Medical supplies              RM 0.26

Pharmacy                            RM 283.50

Admin                                   RM 5.00

Consultation                      RM 50.00

Total                                      RM 338.75