Thursday, 4 May 2017

29 Minggu Mengandung

29 Weeks Pregnant

Minggu ni, terasa singkat. Heh. Sebab pergi kerja, balik, makan tidur borak2 dengan abi pastu dah weekend. Minggu ni, abi dan umi decide untuk siapkan completekan settlekan dan sempurnakan barang2 baby. Hehe. So, Alhamdulillah, mission accomplished.

Baju2 baby, barang keperluan termasuk diapers semua abi dan umi dah sediakan. Umi dengan abi siap dah basuh, sidai dan lipat comel2 letak dalam almari. Inshallah semua barang dah tersedia, harap2 tak adalah apa2 keperluan baby yang umi tertinggal. Barang macam stroller, baby carrier, etc tu abi umi belum beli. Lepas baby dah keluar nanti lah kot baru beli sebab right after lepas lahir tak perlukan lagi. Nanti umi share list barang2 baby yang umi dan abi dah beli. Barang2 umi pun Alhamdulillah, dah beli semuanya. Heh. Barang umi pun penting tau.

Image result for drypers newborn
Untuk diapers, umi beli jenama Drypers NB utk baby umi. Mulanya nak beli Petpet, sekali mahallah pulak brand Petpet kat Tesco. Kebetulan Drypers tengah sale, so umi sambar teruss :D



Minggu ni bawak baby dalam peyut jalan2 pi Jalan TAR. Dah lama umi ngidam nak pegi, akhirnya request umi di-approve oleh abi. Heheee. Umi nak pi Jalan TAR semata-mata nak beli tudung instant je. Untuk pakai masa dalam pantang nanti. Umi bajet beli 2 helai je sebab kat rumah pun dah ada selambak. Saja je nak menambah semak bilik kan umi ni. So, belilah umi 2 helai tudung. Alhamdulillah. Abi? Takde beli apa2. Abi telah menjadi suami yang begitu mithali pada hari tersebut. Hee terima kasih abi. Umi saaaayang abi sangat2.

Image result for jalan TAR

Gini la rupa Jalan TAR yang umi abi pegi haritu. Sesak ya ampun, dengan panas teriknya lagi. Haha. Tu la, nak sangat pergi kan.


Sebenarnya minggu ni jugak nenek dan atok dan acu datang bermalam dekat rumah kita. 2 malam je la, sekejap je sebab atok ada urusan sikit kat KL. Atok nenek acu sampai malam hari khamis, so jumaat tu umi pun EL. Hahahaha. Seronok la umi sebab tak payah pi ofis kan. Mulanya ingatkan nak ajak nenek acu dan atok pergi Jalan TAR sama-samalah sebab nenek datang jauh dari pantai timur sana. Namun, disebabkan atok masih ada urusan di utara tanah air, nenek atok dan acu kena gerak awal. Pagi2 sabtu dah bertolak pergi Penang, kemudian balik Kelantan. Huuu.

Baby happy ye jumpa nenek atok dan acu? Nanti dah keluar dari peyut umi kita semua jumpa lagi ye. Thanks for being so calm dalam peyut umi. Umi sentiasa doakan baby membesar dengan sihat. Teruskan gerak2 aktif2 tau sebab umi sukaaaaa sangat bila baby gerak. Hee.

Till then.





28 Minggu Mengandung

28 Weeks Pregnant

Minggu ni umi ada check up dekat Klinik Kesihatan Rawang. Bukan setakat check up tau, tapi kena minum air gula sekali. Huhu. So, it was my second time minum air gula sepanjang pregnancy. Kenapa umi kena minum air gula? Sebab mama tok ada kencing manis, so umi pun ada chance untuk dapat kencing manis. Huuu.

Image result for air gula KK

Camni la rupa air gula yg umi minum buat kali kedua. Hoho. Takde perisa oren strawberi bagai ye. 


Masa first time minum air gula dulu, result kencing manis umi sipi2 je lagi nak kencing manis. Haha. Nurse cakap dah atas border line. Umi legaaaaa sangat sebab tak termasuk golongan kencing manis. Haha. So, masa nak minum air gula kali kedua ni, umi nervous sangat. Takuttt sangat kalau2 kali ni terkena kencing manis sebab result haritu kan sipi2 je lagi nak kencing manis. Umi punya jaga makan sampai sebiji gula2 pun umi takmau makan tau. Air manis? No way. Kekadang rasa macam sedih jugak sebab teringin nak makan kek la, air manis, semua yang manis2. Tapi tak boleh sebab nak pantang untuk second MGTT tu. Hehe. Kepura-puraan sangat kan.

Image result for kencing manis

Lepas2 minum air gula tu, kemain umi makan itu ini yang dok mengidam lama dah tu. Air manis, coklat, gula2, biskut, you name it je apa yang manis. Umi sudah tidak pantang lagi. Haha. Result second time ujian MGTT? Tak dapat on the spot, tapi after one week, umi check dekat klinik desa, Alhamdulillah, tak ada kencing manis. Waaa Alhamdulillah.


Disebabkan umi ada MGTT test tu, KK bagi MC. Sebab lain jugak ialah umi kena puasa dari malamnya lagi. So, kena cuti la kan? Motip sangat. Umi mintak kat doctor nak minum air gula hari jumaat, so, cuti la umi jumaat + weekend. Kemain plan nak cuti panjang kan. Hehehe. Tapi….masa umi scan baby lepas minum air gula tu, doctor suspek umi termasuk group Placenta Previa pula..huhu. Placenta Previa Type I-II. Doktor kat KK tak dapat confirmkan betul2 sebab alat scanning kat situ tak berapa canggih, jadi doctor buat referral letter to Hospital Selayang untuk buat scan dengan pakar dekat sana. Sedihnya umi masa tu. Umi seronok nampak baby dalam perut umi, tapi umi sedih sebab uri umi ada masalah. Huu.

Image result for placenta previa

Placenta/uri sepatutnya tak berada dekat dengan tempat melahirkan. Tapi uri umi sekarang dalam keadaan low lying mcm gambar kat atas T__T


Jadi, lepas scan, doctor suruh umi hantar surat tu dekat hospital selayang bahagian O&G. Plan umi yang mulanya nak pergi cuci mata tengok barang2 baby lepas minum air gula terus terkubur di lapisan bumi paling dalam. Huahua. Umi pun rilek2 je bawak kete pegi hospital. Umi pun park la dekat2 bahagian dewan bersalin tu. Rupa-rupanya bahagian O&G tu jauh benau nakk, dalam 1km jugak la umi kena jalan. Terkedek2 umi jalan kesana. Alhamdulillah sampai bahagian O&G. Nurse ambil surat dan bawak masuk ke dalam. Umi tunggu je kat luar. Pastu nurse tu cakap, sekarang baru 28 minggu dan kemungkinan uri akan bergerak naik dalam tempoh sebelum delivery ni. Jadi, doctor nak buat scanning kat umi pada 32 weeks nanti. Huaaa. Lega umi, nyaris2 dah umi ingat nak kena scan haritu jugak. Tak sanggop. Huhu. Sebab takut kena warded.

Jadi, pulanglah umi kerumah dengan perasaan sedikit down. Heheh. Drama sangat. Umi cerita kat abi, abi kemain gigih suruh umi pi hospital cepat2. Umi kalau boleh taknak hantar surat tu mula2. Haha. Semoga masa minggu ke 32 nanti, masa scan dengan pakar nanti, uri umi dah naik dan tiada lagi low laying placenta problem. Ameeen. Mohon semua doakan umi dan baby.

Oh ya, apa itu Placenta Previa? Nanti umi cerita ya. Ni pun dah panjang umi membebel. Hehe. Baby’s condition this week? Alhamdulillah, baby is active and I suppose my baby is growing healthily inside my tummy. Good job, my little baby. Umi Nampak jari kaki baby masa scan haritu tau. So cute, tak sabar nak pegang baby ^____________^

Dramatic week but umi syukur untuk semua pengalaman ni. Alhamdulillah.