28 Weeks Pregnant
Minggu ni umi ada check up dekat Klinik Kesihatan Rawang.
Bukan setakat check up tau, tapi kena minum air gula sekali. Huhu. So, it was
my second time minum air gula sepanjang pregnancy. Kenapa umi kena minum air
gula? Sebab mama tok ada kencing manis, so umi pun ada chance untuk dapat
kencing manis. Huuu.
Camni la rupa air gula yg umi minum buat kali kedua. Hoho. Takde perisa oren strawberi bagai ye.
Masa first time minum air gula dulu, result kencing manis
umi sipi2 je lagi nak kencing manis. Haha. Nurse cakap dah atas border line.
Umi legaaaaa sangat sebab tak termasuk golongan kencing manis. Haha. So, masa
nak minum air gula kali kedua ni, umi nervous sangat. Takuttt sangat kalau2
kali ni terkena kencing manis sebab result haritu kan sipi2 je lagi nak kencing
manis. Umi punya jaga makan sampai sebiji gula2 pun umi takmau makan tau. Air
manis? No way. Kekadang rasa macam sedih jugak sebab teringin nak makan kek la,
air manis, semua yang manis2. Tapi tak boleh sebab nak pantang untuk second
MGTT tu. Hehe. Kepura-puraan sangat kan.
Lepas2 minum air gula tu, kemain umi makan itu ini yang dok
mengidam lama dah tu. Air manis, coklat, gula2, biskut, you name it je apa yang
manis. Umi sudah tidak pantang lagi. Haha. Result second time ujian MGTT? Tak
dapat on the spot, tapi after one week, umi check dekat klinik desa,
Alhamdulillah, tak ada kencing manis. Waaa Alhamdulillah.
Disebabkan umi ada MGTT test tu, KK bagi MC. Sebab lain
jugak ialah umi kena puasa dari malamnya lagi. So, kena cuti la kan? Motip
sangat. Umi mintak kat doctor nak minum air gula hari jumaat, so, cuti la umi
jumaat + weekend. Kemain plan nak cuti panjang kan. Hehehe. Tapi….masa umi scan
baby lepas minum air gula tu, doctor suspek umi termasuk group Placenta Previa
pula..huhu. Placenta Previa Type I-II. Doktor kat KK tak dapat confirmkan
betul2 sebab alat scanning kat situ tak berapa canggih, jadi doctor buat
referral letter to Hospital Selayang untuk buat scan dengan pakar dekat sana.
Sedihnya umi masa tu. Umi seronok nampak baby dalam perut umi, tapi umi sedih
sebab uri umi ada masalah. Huu.
Placenta/uri sepatutnya tak berada dekat dengan tempat melahirkan. Tapi uri umi sekarang dalam keadaan low lying mcm gambar kat atas T__T
Jadi, lepas scan, doctor suruh umi hantar surat tu dekat
hospital selayang bahagian O&G. Plan umi yang mulanya nak pergi cuci mata
tengok barang2 baby lepas minum air gula terus terkubur di lapisan bumi paling
dalam. Huahua. Umi pun rilek2 je bawak kete pegi hospital. Umi pun park la
dekat2 bahagian dewan bersalin tu. Rupa-rupanya bahagian O&G tu jauh benau
nakk, dalam 1km jugak la umi kena jalan. Terkedek2 umi jalan kesana.
Alhamdulillah sampai bahagian O&G. Nurse ambil surat dan bawak masuk ke
dalam. Umi tunggu je kat luar. Pastu nurse tu cakap, sekarang baru 28 minggu
dan kemungkinan uri akan bergerak naik dalam tempoh sebelum delivery ni. Jadi,
doctor nak buat scanning kat umi pada 32 weeks nanti. Huaaa. Lega umi, nyaris2
dah umi ingat nak kena scan haritu jugak. Tak sanggop. Huhu. Sebab takut kena
warded.
Jadi, pulanglah umi kerumah dengan perasaan sedikit down.
Heheh. Drama sangat. Umi cerita kat abi, abi kemain gigih suruh umi pi hospital
cepat2. Umi kalau boleh taknak hantar surat tu mula2. Haha. Semoga masa minggu
ke 32 nanti, masa scan dengan pakar nanti, uri umi dah naik dan tiada lagi low
laying placenta problem. Ameeen. Mohon semua doakan umi dan baby.
Oh ya, apa itu Placenta Previa? Nanti umi cerita ya. Ni pun
dah panjang umi membebel. Hehe. Baby’s condition this week? Alhamdulillah, baby
is active and I suppose my baby is growing healthily inside my tummy. Good job,
my little baby. Umi Nampak jari kaki baby masa scan haritu tau. So cute, tak
sabar nak pegang baby ^____________^
Dramatic week but umi syukur untuk semua pengalaman ni.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment