Semalam saya ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk buka buku pink. Sebelum pergi buka buku semalam, saya dah pergi masa kandungan 6 minggu tapi nurse cakap masih terlalu awal. Nurse bagi tarikh bila kandungan dah 10 minggu.
Temujanji pukul 8.00 pagi, saya sampai lebih awal. Pukul 7.30 pagi nurse buka pintu klinik dan saya merupakan orang pertama yang masuk ke klinik dan masukkan kad temujanji ke dalam bakul (bangga giler beb, orang first weiii). Kemdian, nurse bagi stick & bekas untuk check urine. Sebagai seorang yang bijak, saya dah bawa urine dalam bekas kecil siap-siap dari rumah supaya saya tak perlu urinate dekat toilet yang daif itu :D
Lepas check urine dah okay, kena check darah pulak. Nurse ketip jarum dekat jari untuk ambil sedikit darah dan check tahap HB. HB saya hanyalah 11.5. Borderline sahaja nurse cakap, kena banyakkan makan makanan berzat besi. Lepas tu kena tunggu nombor giliran dipanggil. Tapi saya inform nurse nak pergi breakfast dulu dan nurse cakap okay.
Dah habis breakfast, tunggu punya tunggu nombor pun dipanggil. Ingatkan proses nak buka buku pink ni kejap je (dah lupa proses masa buka buku pink first time dulu). Nurse suruh timbang berat, ukur tinggi, check breast samada ada ketulan atau tidak (seriously part ni sungguh rasa malu sebab nurse kena tengok dan check sendiri urghhh), check kaki bengkak atau tidak, check mata dan check perut. My tummy so kecik nurse kata belum rasa ada ketulan.
Kemdian, duduk kat meja nurse untuk isi buku pink. Ada 2 set buku yang sama, 1 untuk klinik simpan dan 1 untuk rekod saya. Setiap kali datang klinik kena bawa buku ni. Banyaaaaaak ya ampun part nak kena isi dan you know what?? Nurse tu kena isi 2 kali la sebab buku ada 2 kan. Very time consuming, saya pun bosan tunggu. Kemdian, kena amik darah kat lengan pulak sebab nak check jenis darah, HIV dan lain-lain. Sakit taw L Kemdian, kena jumpa doktor pula untuk doktor isi maklumat dalam buku pink.
Masa nurse dok isi-isi buku pink tu, nurse ada bagi 4 jenis pill yang perlu diambil semasa perut kosong i.e. folic asid, vitamin c, dan 2 lagi tak ingat namanya. Ya ampun, banyaknya pill. Harini first time makan pil banyak-banyak tu sangatlah rasa loya nak termuntah (tapi tak muntah pun, drama kan? :D).
Masa yang diambil untuk buka buku pink ni boleh tahan lama. Lebih 3 jam dan saya terpaksa ambil EL half day semalam. Oh habis cutiku (dah la cuti tak banyak L sobsob).
Next appointment is bulan depan. Yay tak sabarnya. By then baby dah 14 weeks yay. Harap-harap masa tu dah takde morning sickness dan nausea lagi. So tak tahann L
No comments:
Post a Comment