Kami dah tandatangan Perjanjian Jual Beli sebuah rumah. Proses untuk beli rumah ni taklah rumit cuma melibatkan banyak dokumen dan proses.
Ini adalah rumah ke-dua kami. Rumah pertama dulu kami beli tanpa mengeluarkan apa-apa duit dari akaun 2 KWSP. Kali ni, terang-terangan dan awal-awalan kami beritahu kepada penjual rumah & peguam bahawa kami nak guna duit KWSP.
Lepas sign Perjanjian Jual Beli, peguam akan submit borang pindah milik tanah ke Pejabat Tanah. Kemudian Pejabat Tanah akan keluarkan satu “Kelulusan Pindah Milik”. Dokumen ni sangat penting sebab inilah salah satu dokumen yang diperlukan untuk buat pengeluaran dari akaun 2 KWSP.
Alkisahnya tak tahu pun KWSP ni beroperasi masa lunch hour. So harini ter-rajin call KWSP dan tanya whether boleh pergi KWSP cawangan Gombak (kat Batu Caves) masa lunch hour tak? Sekali brother tu cakap boleh Puan, memang waktu operasinya. Hah apa lagi gelabah la kumpul balik dokumen-dokumen yang lawyer dah CTC, isi borang bagai.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk buat pengeluaran akaun 2 KWSP:
1. Borang permohonan pengeluaran membeli / membina rumah yang siap diisi.
- Boleh download secara percuma dekat website KWSP atau kalau rajin pergi mintak kat receptionist dia. Dia ada banyaaak.
- Pastikan isi dengan pen dakwat hitam okay. Kalau biru ke purple ke hijo ke dia suruh isi balik.
2. Bawa kad pengenalan original
3. Salinan Perjanjian Jual Beli yang telah di-CTC oleh lawyer
4. Salinan Kelulusan Pinjaman Kewangan yang telah di-CTC oleh lawyer
5. Salinan Kelulusan Pindahmilik oleh Pejabat Tanah yang telah di-CTC oleh lawyer
Amende CTC tu? CTC tu stands for Certified True Copy. Lawyer mesti tau punya kalau nak suruh dia CTC semua dokumen ni untuk tujuan pengeluaran dekat KWSP.
Borang permohonan
Sesampai dekat reception KWSP, ingat boleh dapat number giliran terus, tapi brother tu akan check dulu borang tu & check supporting document cukup tak. Kalau borang tak complete dan dokumen tak cukup dia suruh cukupkan baru datang balik. Nasib baik semua dokumen yang dibawa tadi cukup.
Nombor giliran. Dapat nombor je terus kena panggil sebab tak ramai orang pun kat KWSP time ni.
Pastu staff KWSP akan check maklumat dalam borang dan supporting dokumen. Kena imbas cap jari kiri kanan pastu kena cop dua-dua dekat borang permohonan. Tak sampai 15 minit pun, siap dah submission borang ni. Cepat sangat!
Pastu akan dapat Notis Penerimaan Permohonan ni dari KWSP. Simpan notis ni. Duit akan masuk dalam akaun dalam 14 hari bekerja. Bila duit dah masuk, KWSP akan hantar mesej kat nombor handphone. Pastikan nombor telefon dan nombor akaun bank betul okay!
No comments:
Post a Comment