Tuesday, 3 December 2019

Check Up Mengandung di KPJ Rawang Specialist Hospital (2)

Alhamdulillah, dah dua kali saya check up di KPJ Rawang dengan Dr. Noorfidak. Appointment saya kali ni pukul 10 pagi pada usia kandungan 19 minggu. Staff KPJ minta saya datang 30 minit awal untuk registration tapi pukul 10pagi baru saya sampai ke sana sebab ada urusan diluar. Akibatnya, lama lah Q saya menunggu doktor.

Setibanya disana dan lepas registration, kena timbang berat. Kemudian naik ke Makmal di tingkat 3 untuk ambil urine. Lepas ambil urine, turun semula ke tingkat 1 untuk tunggu giliran.

Agak lama saya menunggu kemudian nurse panggil untuk check blood pressure. Masa mengandung kali pertama, saya berurusan di Klinik Kesihatan (KK) dari mula kandungan sampailah lepas bersalin. Kalau dekat KK, nurse akan ambil darah untuk check HB tapi dekat KPJ, tak ada check HB. Saya ada tanya nurse kenapa tak check HB saya, nurse cuma cakap check HB hanya diperlukan sekali, dan dalam rekod buku saya dah pernah ambil sekali. So, no more HB check. Sedih jugak sebab teringin nak tahu berapa bacaan HB. Pastu dekat KK kan selalu dapat supplement free, hehe tapi dekat KPJ kena request atau bila doktor sarankan.

Dah tengahari masa tu, giliran saya pun tiba. Saya berjumpa dengan doktor. Seperti biasa, doktor akan scan perut untuk lihat condition baby dan details perkembangan baby. Saya banyak bertanya masa sesi ni. Heartbeat baby ok tak, lokasi uri ok tak, tumbesaran baby ok tak, etc. Tapi doktor tak boleh jumpa saya lama-lama sebab nak rush ke operation room. Rasanya tak sampai 15 minit pun jumpa doktor.

Lepas scan, doktor invite duduk dekat meja doktor dan doktor bagitahu berat saya naik 2 kilogram. Doktor sarankan saya kurangkan ambil nasi tapi banyakkan lauk, sayur dan buah. Basically, makan makanan berkhasiat lah. Masa consultation time tu, saya tanya doktor supplement apa yang saya perlukan. Doktor sarankan saya ambil obimin, pil kalsium dan neurogain. Doktor tanya nak MC tak, of course saya cakap nak kan. Haha. Kemudian, selesai.

Berapa kos untuk check up kali ni?

Laboratory           RM14.00
Admin                    RM5.00
Consultation      RM70.00
Equipment          RM60.00
Total                      RM149.00


Macam biasa, lepas check up saya mesti akan ke cafeteria KPJ untuk makan tengahari. Banyak pilihan, harga pun ok la jugak. Pastu ada iringan bacaan quran lagi kat cafe, memang rasa tenang. Paling best, sebab ada jual buah potong dan sayur fresh. Inshallah next check up is next month i.e. 24 weeks of preganancy.

Monday, 2 December 2019

Pengalaman Mengandung

Pengalaman mengandung kali ke-dua kali ini sangatlah menguji. Pada awal kehamilan, saya dijangkiti selsema yang teruk. Kebetulan pada masa tu tengah jerebu teruk dekat Kuala Lumpur disebabkan pembakaran hutan di Indonesia. Saya kurang minum air sebab tak ada selera untuk makan dan minum, udara pula tak sihat dan saya pun selsema. Tekak terasa perit sangat, hingus pun banyak dan bila ke klinik, doktor pula tak nak bagi ubat sebab saya tengah di awal kehamilan. Pulanglah saya kerumah untuk rehat berbekalkan nasihat doktor untuk minum lebih banyak. Keesokkannya, selsema saya makin teruk, sakit kepala berdenyut-denyut, saya kembali ke klinik yang sama tapi berjumpa dengan doktor yang berbeza. Alhamdulillah, doktor ini lebih caring dan berikan saya ubat selsema dalam dos rendah yang sesuai untuk ibu mengandung. Hanya dengan sekali makan ubat selsema tu, selsema saya beransur pulih dan terus hilang. Saya sihat seperti biasa, alhamdulillah.

Tak lama selepas tu, ibu mertua saya pula menjalani pembedahan di kampung. Kami sekeluarga pulang untuk ziarah beliau. Apabila tiba disana, rupanya semua orang tengah demam dan batuk-batuk. Saya dan anak pertama dalam keadaan yang sihat dan cergas semasa kami tiba. Tapi kami pulang semula ke rumah dengan keadaan demam dan batuk akibat terjangkit daripada orang sekeliling.

Batuk saya berpanjangan lama. Batuk yang kuat disertai dengan kahak berwarna hijau, dalam keadaan mengandung pula. Sangat menyedihkan. Saya berdoa agar segala kuman di dalam badan saya tidak dibawa kepada anak di dalam kandungan. Dia tak bersalah, saya yang bersalah sebab sakit. Doktor yang merawat saya berikan antibiotics dan ubat batuk untuk hilangkan batuk. Namun walaupun antibiotics dan ubat batuk dah habis dijamah, batuk saya masih sama. Tiada perubahan.

Kebetulan pada masa sama saya sakit di bahagian bawah perut sera bahagian ari-ari. Nak berjalan terasa sakit. Nak bangun dari katil dan kerusi pun sangat seksa. Saya berjumpa doktor dan sekali lagi saya diberikan antibiotics dan ubat batuk. Saya disahkan menghidapi kencing kotor atau UTI. Sedih sangat-sangat kali ni. Kesakitan yang saya alami seperti tiada berpenhujung.

Sehingga ke saat ini, sudah 28 minggu kehamilan saya masih di dalam keadaan tak sihat. Batuk dah semakin kurang tapi belum hilang sepenuhnya. Kencing kotor pun masih tak hilang walaupun dah habiskan antibiotics. Doktor sarankan saya minum air barli dan air masak banyak-banyak supaya kuman keluar bersama urine. Saya tengah usahahan untuk minum sebanyak mungkin – akibatnya saya kerap ke tandas – dan dalam keadaan sakit sebab kesakitan di bahagian bawah perut dan ari-ari masih belum hilang.

Begitulah. Mencabar dan menguji pengalaman saya mengandung kali ini. Semoga dengan segala kesakitan ini, ianya mengahpuskan dosa-dosa saya dan memudahkan saya bersalin nanti. Buat anak yang di dalam kandungan yang sangat aktif, semoga semuanya baik-baik belaka dan anak umi ni sihat selalu. Inshaallah lagi dua bulan kita jumpa ya. Umi sayang sangat dekat anak umi.