Pengalaman mengandung kali ke-dua kali ini sangatlah menguji. Pada awal kehamilan, saya dijangkiti selsema yang teruk. Kebetulan pada masa tu tengah jerebu teruk dekat Kuala Lumpur disebabkan pembakaran hutan di Indonesia. Saya kurang minum air sebab tak ada selera untuk makan dan minum, udara pula tak sihat dan saya pun selsema. Tekak terasa perit sangat, hingus pun banyak dan bila ke klinik, doktor pula tak nak bagi ubat sebab saya tengah di awal kehamilan. Pulanglah saya kerumah untuk rehat berbekalkan nasihat doktor untuk minum lebih banyak. Keesokkannya, selsema saya makin teruk, sakit kepala berdenyut-denyut, saya kembali ke klinik yang sama tapi berjumpa dengan doktor yang berbeza. Alhamdulillah, doktor ini lebih caring dan berikan saya ubat selsema dalam dos rendah yang sesuai untuk ibu mengandung. Hanya dengan sekali makan ubat selsema tu, selsema saya beransur pulih dan terus hilang. Saya sihat seperti biasa, alhamdulillah.
Tak lama selepas tu, ibu mertua saya pula menjalani pembedahan di kampung. Kami sekeluarga pulang untuk ziarah beliau. Apabila tiba disana, rupanya semua orang tengah demam dan batuk-batuk. Saya dan anak pertama dalam keadaan yang sihat dan cergas semasa kami tiba. Tapi kami pulang semula ke rumah dengan keadaan demam dan batuk akibat terjangkit daripada orang sekeliling.
Batuk saya berpanjangan lama. Batuk yang kuat disertai dengan kahak berwarna hijau, dalam keadaan mengandung pula. Sangat menyedihkan. Saya berdoa agar segala kuman di dalam badan saya tidak dibawa kepada anak di dalam kandungan. Dia tak bersalah, saya yang bersalah sebab sakit. Doktor yang merawat saya berikan antibiotics dan ubat batuk untuk hilangkan batuk. Namun walaupun antibiotics dan ubat batuk dah habis dijamah, batuk saya masih sama. Tiada perubahan.
Kebetulan pada masa sama saya sakit di bahagian bawah perut sera bahagian ari-ari. Nak berjalan terasa sakit. Nak bangun dari katil dan kerusi pun sangat seksa. Saya berjumpa doktor dan sekali lagi saya diberikan antibiotics dan ubat batuk. Saya disahkan menghidapi kencing kotor atau UTI. Sedih sangat-sangat kali ni. Kesakitan yang saya alami seperti tiada berpenhujung.
Sehingga ke saat ini, sudah 28 minggu kehamilan saya masih di dalam keadaan tak sihat. Batuk dah semakin kurang tapi belum hilang sepenuhnya. Kencing kotor pun masih tak hilang walaupun dah habiskan antibiotics. Doktor sarankan saya minum air barli dan air masak banyak-banyak supaya kuman keluar bersama urine. Saya tengah usahahan untuk minum sebanyak mungkin – akibatnya saya kerap ke tandas – dan dalam keadaan sakit sebab kesakitan di bahagian bawah perut dan ari-ari masih belum hilang.
Begitulah. Mencabar dan menguji pengalaman saya mengandung kali ini. Semoga dengan segala kesakitan ini, ianya mengahpuskan dosa-dosa saya dan memudahkan saya bersalin nanti. Buat anak yang di dalam kandungan yang sangat aktif, semoga semuanya baik-baik belaka dan anak umi ni sihat selalu. Inshaallah lagi dua bulan kita jumpa ya. Umi sayang sangat dekat anak umi.
No comments:
Post a Comment