Dalam tempoh PKP ni, ramai orang berniaga online. Ada orang jual pucuk paku dengan harga RM1.50 seikat. Saya pun beli sebab pernah makan di cafe tempat kerja sebelum ni. Kebetulan jiran sebelah pula jual kerang dengan harga RM10.00 sekilo. Saya beli juga untuk support dia. Hasilnya, saya masak pucuk paku belacan berkerang untuk makan tengahari hari ni.
Ini kali pertama dalam hidup saya masak pucuk paku. Macam tak percaya pula. Jom tengok.
Bahan-bahan:
1. Bawang merah 1 biji
2. Bawang putih 2 ulas
3. Belacan secukup rasa
4. Garam secukup rasa
5. Gula secukup rasa
6. Ikan bilis 10 ekor (jika suka)
7. Pucuk paku seikat
8. Kerang semangkuk kecil
Bawang putih dan bawang merah dihiris halus. Sedikit belacan dan ikan bilis. Ini adalah bahan tumis.
Seikat pucuk paku yang telah disiang. Saya hanya ambil bahagian yang ada daun dan sedikit batangnya sahaja.
Kerang yang telah direbus. Saya suka kerang, jadi saya letak lebih sikit. Kerang rebus ni makan dengan sos pun dah sedap.
Tumbuk bawang putih, bawang merah, belacan dan ikan bilis dengan sedikit air. Kalau nak mudah, blend kan saje.
Bahan tumis yang dah ditumbuk (maaf telebih air)
Panaskan minyak dalam kuali. Minyak dalam 2 sudu besar. Maafkan kuali yang kehitaman itu ya hehe.
Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan kerang. Kacau rata.
Masukkan pucuk paku yang dah disiang tadi.
Tambah sedikit air untuk mudahkan pucuk paku masak. Saya letak lebih air sebab saya nak kuahnya. Gaul-gaul sehingga masak.
Inilah hasilnya. Mungkin pucuk paku saya terlebih masa. Pandai-pandailah anda adjust ya 😅
Rasanya macam mana? Hmm not too bad. Saya suka. Especially sebab ada kerang (memang hantu kerang). Apa lagi, jom la cuba.
Selamat mencuba ☺
No comments:
Post a Comment