Thursday 23 May 2019

Berkampung di Hospital kerana Rotavirus


Baru-baru ini, anak saya telah dimasukkan ke wad kerana disahkan oleh doktor dijangkiti rotavirus. Rotavirus adalah satu virus jahat yang telah menyerang usus anak saya. Kesannya, anak saya mengalami demam yang on off, muntah berterusan, cirit birit dan tiada selera makan.

Alhamdulillah anak saya sudah fully recovered sekarang. Harapnya virus ini tidak menjangkiti anak-anak orang lain. Salah kami, sebab bawa anak pergi jalan-jalan di kawasan yang banyak crowd walhal anak kami baru sahaja pulih daripada demam. Doktor kata, anak yang baru lepas demam sedang dalam proses recovering. Antibodinya masih belum kuat jadi apabila kami dedahkan kepada crowd dan kawasan yang tidak bersih (dimata kita mungkin nampak bersih, hakikatnya tak bersih), mudahlah virus-virus ini menyerang.

Alkisahnya, kami bawa anak kami makan di foodcourt. Kami duduk dimeja dan suami ambil baby high chair untuk anak duduk. Kerusi dan meja tu tak nampak kotor (sekali lagi, tak kotor dimata kita, tapi ianya sebenarnya kotor). Biasalah anak kecil, bila makan tangannya kejap sentuh meja, kejap sentuh kerusi lepas tu tangan yang sama diambil makanan dan disuap ke mulut. Kami yakin ni punca virus tu masuk ke badan anak kami.

Pagi keesokkan harinya, anak kami tiba-tiba muntah semasa tidur. Muntah dalam kuantiti yang sangat banyak mencurah-curah ke katil, ke lantai, kemana-mana sahaja. Memang sangat mencemaskan. Selepas muntah, muntah lagi. Kami segera siap dan bawa anak ke klinik terdekat. Sebelum tiba di klinik, anak kami dah 5 kali muntah. Semasa sesi consultation dengan doktor pun anak kami termuntah dihadapan doktor.

Doktor kata kemungkinan keracunan makanan sebab kami makan di luar pada hari sebelumnya dan pesan kepada kami supaya segera bawa ke hospital jika muntah masih berlarutan. Kami pulang ke rumah. Setiba di rumah, saya beri susu kepada anak. Tak lama lepas tu, anak muntah balik. Kuantiti muntah yang keluar lebih banyak dari susu yang dia minum. Saya terus siapkan barang-barang dan bawa anak ke bahagian kecemasan di hospital. Sekali lagi anak saya termuntah di hadapan doktor. Doktor arahkan untuk buat ujian darah dan masukkan air sebab anak saya dah lembik sangat. By that time, dia dah muntah lebih 12 kali.

Ujian darah tak menunjukkan apa-apa abnormality. Kesemuanya baik. Doktor arahkan supaya anak kami dimasukkan ke wad. Kami setuju melihatkan keadaan anak kami yang sangat lembik dan tak bermaya. Setiap kali makan, mesti muntah balik sampai dia dah tak berani nak makan atau minum. Agaknya tekak dan perut dia dah sakit sebab banyak kami muntah. Masa ni, dia dah kena drip dengan air untuk elak dehydration.

Akhirnya doktor arahkan untuk buat ujian melalui najisnya. Keputusannya, sah, anak kami diserang rotavirus. Menurut kata doktor, virus ni senang merebak dan menjangkiti anak-anak kecil. Anak kami dimasukkan ke wad kuarantin. 2 hari pertama, demam dia sangat on off. Kejap tak demam, kejap tiba-tiba demam tinggi. Selera makan sangat tak ok. Hulur susu dan makanan semua dia taknak. Yang dia nak hanyalah susu badan. Itupun lepas menyusu, muntah semula. Kesian sangat!

Anak kami tak makan langsung selama 4 hari (kecuali menyusu badan). Pada masa sama, air masih dimasukkan ke dalam badan. Demam masih on off dan muntah makin berkurang tetapi dia mula cirit birit. Muntah dan cirit birit adalah petanda baik sebab badannya sedang menyingkirkan virus-virus tu. Tapi bau cirit dari rotavirus ni sangat menyengat i.e. busuk. Kena tarik nafas pannnjang sangat sebelum cuci berak dia.

Dalam tempoh ni, anak sangat lembik dan asyik tidur. Taknak dengan sesiapa kecuali saya. Saya ambil cuti kecemasan untuk jaga anak di hospital. Sehinggalah hari ke-7, anak kami mula nampak ceria dan mahu makan walaupun masih refuse susu botol. Doktor discharge anak kami pada hari ke 8. Fuhh, sangat lama rasanya 8 hari tersebut.

Jadi, buat parents diluar sana, vaksinkan anak anda dengan vaksin rotavirus. Kami kurang cakna mengenai vaksin ini, hasilnya virus ini mudah menyerang anak kami. Maafkan umi abi ya anak. Selain itu, pastikan persekitan anak kita sentiasa bersih agar tak ada kuman, bakteria dan virus jahat dapat masuk ke badan anak kita.

No comments:

Post a Comment