Wednesday, 22 May 2019

Cara Tukar Duit Raya


Tahun ni kali kedua kami tukar duit raya di bank. Tahun lepas saya yang uruskan urusan duit raya. Tahun ni mungkin urusan penukaran duit raya perlu diserahkan kepada suami sebab waktu penukaran duit raya di bank adalah pada hari/waktu bekerja.
Tahun lepas, pagi-pagi lagi sebelum pukul 8.30 pagi, saya dah sampai depan pintu masuk Maybank. Bukan saya sorang sahaja yang ada disitu, tapi puluhan lagi orang lain yang nak tukar duit raya jugak. Jadi, bertabahlah. Masa tengah tunggu pintu dibuka tu, pegawai keselamatan ada edarkan borang untuk kita isi. Isikan maklumat seperti yang diminta ya. Contohnya:

Note
Bilangan
Jumlah (RM)
RM50
2
100
RM10
10
100
RM5
20
100
RM1
200
200
Jumlah keseluruhan

500

Bila Boleh Tukar Duit Raya 2019?

Bank
Tarikh
CIMB
22 Mei 2019
Maybank
23 Mei 2019
Lain-lain bank
24 Mei 2019


Part paling tak sabar ialah nak masukkan duit dalam sampul raya. Excited sangat!
Gambar: Google image


Keperluan semasa tukar duit raya

1. Bawa pen dari rumah
Masa tengah dok berebut-rebut nak masuk pintu bank tu, elok lah kita ada pen sendiri supaya kita dapat isi borang dengan lengkap dan cepat-cepat beratur di barisan depan. Kalau nak tunggu turn untuk guna pen yang bank sediakan, kan dah lambat.

2. Pastikan ada tunai/cash untuk penukaran duit raya
Haa, kira duit awal2 supaya tak terkurang. Kalau terlebih takpe. Bank hanya terima tunai untuk menukar duit raya, tak boleh guna debit atau credit card. Pastikan dah ada cash sebelum sampai bank. Kalau dekat bank baru nak cash out, kan dah lambat nanti kena beratur panjang.

3. Ketabahan
Tahukah anda, anda akan beratur panjang dan agak lama (melainkan bank di tempat anda menyediakan banyak kaunter untuk keselesaan pelannggan atau anda sangat bertuah kerana menjadi pelanggan yang terawal beratur). Pastikan handphone anda ada bateri yang cukup atau anda mempunyai buku atau surat khabar untuk elakkan kebosanan melampau.

Tahun lepas saya lupa minta envelope raya dari bank. Tahun ni nak minta suami cuba nasib, manalah tahu boleh dapat envelope free :D

No comments:

Post a Comment