Friday, 31 March 2017

Minum Susu Kambing Semasa Mengandung

Umi agak concern sikit mengenai calcium intake semasa mengandung ni. Sebabnya umi risauuu sangat kalau both umi dan baby tak dapat kalsium yg cukup semasa tempoh mengandung.

Percaya atau tak, umi pernah jumpa ibu kepada beberapa orang anak yg ada masalah gigi sebab kalsium tak cukup semasa mengandung. Masa kawin dulu cantik je gigi tapi lepas beberapa kali bersalin, terus tak cantik giginya. Huhu.


Berbanding mommies to be yang lain, umi pilih susu kambing untuk bekalkan kalsium untuk umi dan baby. Awal2 pregnant dulu, umi memang tak boleh minum susu lembu. Asyik keluar balik je dan bau pun tak berapa sedap.
Based on reading yg umi dah buat, susu kambing ni baik untuk pembentukan baby yg sempurna, inshaallah. Umi tak jual susu kambing, cuma review je hehehee. Susu kambing ada kalsium yang sangat tinggi kalau nak compare dengan susu lembu.

Umi start ambil susu kambing sejak 3 bulan pregnant, 2 gelas sehari. Susu kambing yg abi beli kat umi ialah jenama wildan jenis biasa. Susu serbuk, jadi kena bancuh sendirilah. Harga kat kedai biasa RM49 sekotak untuk 500g. Tapi abi beli kat kiosk tesco je, dapat benda yg sama pada harga RM42. Nak tambahkan sedap minum susu kambing ni kadang2 umi campur madu, kadang2 umi campur kurma. Kena sangat dengan tekak umi. Alhamdulillah.

Dulu umi tak makan daging kambing. Apatah lagi susu kambing kan. Tapi sekarang ni dah jadi feveret :p

Bila umi research, susu kambing dapat buat kulit baby cantik lepas lahir nanti dan paling penting sekali inshallah bebas penyakit termasuk kuning. Umi nak teruskan minum susu kambing sampai lepas bersalin sebab so far umi tak hadapi apa2 masalah lagi.

Pastu, kalau minum susu kambing boleh elak masalah kejang kaki. Alhamdulillah so far umi belum pernah experience kejang kaki masa pregnant. Harap2 berterusan macam ni dan tak ada masalah gigi dan tulang di masa akan datang. Kita usaha, moga2 Allah izinkan. 

Ameeen.

Barang Keperluan Baby

Disebabkan ini anak sulung umi dan abi, makanya semua barang2 keperluan baby kena beli yang baru. Banyak tau sebenarnya keperluan baby. Entahlah sebenarnya keperluan ke kehendak umi je yang lebih. Haha.

The first thing yang umi beli ialah barut. Sampai 10pcs ye umi beli utk baby. Tamak tak tamak, tapi sebab dah murah, beli jelah kan.


Barut comel2 ni umi beli 1pc RM3.50 sahaja. Barut ikat, bukan barut zap2 sebab umi mcm suka je tengok tali banyak2 tu. Kebanyakan orang jual Rm6-7 untuk 1 pcs barut yang sama. Mahal benau. Alhamdulillah hasil umi godek2 kat fb, jumpa yang murah. Kualiti pun ok sbb jahitan kemas.


Kemudian umi beli kain bedung ni pulak. Bukan 4 ye tapi 8 helai. Kalau x cukup jugak, umi bedung baby guna kain batik je la ye. Hihi. Kain bedung ni pun umi beli online. Jenama Holabebe. Kalau penjual lain mungkin jual sehelai lebih dari RM10. Tapi alhamdulillah lepas nego2 dan cari penjual yg jual dgn harga kasih syg, umi dapat beli 8pcs kain bedung dgn harga RM75 termasuk post. Alhamdulillah. Masih dalam bajet umi. Hehe.


Ni toiletries set jenama Anakku. Umi dah beli satu set jenama Pureen. Tapi yang ni umi beli kat Lazada sebagai backup atau travel lah konon2. Rm6 sahaja ye. 50ml utk setiap botol. Menyesal pulak tak ambil yang 100ml. Harga RM9 je kalau yang tu. Yang paling best? Harini beli lusa sampai dan sudah tentu free postage. Hee.


Yang ni rompers baby. Bundle je la tapi. Boleh buat backup jugak ni. Abi tengok umi dok belek lama sgt, lalu abi pun bagi la green light utk umi beli. Heee. Rompers ni masih cantik, malah ada yang tak ada kesan macam dah digunakan pun. Umi beli 6 helai dengan harga sehelai RM4.

Barang2 lain macam baju tangan panjang, baju tido eyelet, mitten booties dan lain2 umi dan abi beli dekat Aeon je. Harga masih berpatutan. Sekarang ni umi masih survey baju tido dan set tilam untuk baby. Harap2 dapat la jumpa baju dan tilam yg cantik dan harga berpatutan.

Best jugak shopping barang baby ni. hee. 

Doa untuk baby dalam kandungan

Dalam banyak2 doa, umi suka doa ni untuk baby umi. Doa ini diambil dari ayat al-Quran sendiri. Surah Al-Imran, ayat 38.




Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa.

Simple je doa ni, tapi umi suka. Umi ulang2 setiap hari. Siap tulis dan letak dekat meja dekat ofis :D Moga2 baby umi nanti baik dalam setiap perkara. Baik akhlak, baik perkataan, baik akal, baik kesihatan dan baik segala-galanya :')

Ini sebenarnya doa daripada Nabi Zakaria kepada Allah. Ditakdirkan Nabi Zakaria lama berkahwin tapi tak dikurniakan zuriat, kemudian Nabi Zakaria berdoa mcm ni. Dengan izin Allah, Nabi Zakaria dikurniakan seorang zuriat lelaki bernama Yahya, iaitu seorang Nabi juga (zuriat yang baik).

Moga2 baby umi nanti jadi anak yang soleh, baik dan beriman kepada Allah & rasulnya. Ameen.


Thursday, 30 March 2017

Baby Sedu Dalam Perut

Dah beberapa kali umi rasa macam ada denyutan kat perut. Denyutan tu bukan seperti baby kicks atau baby movement. Rentaknya sama sahaja dan berlanjutan sehingga beberapa minit. Mcm harini, lebih 5 minit tau. Huhu.
Mula2 resah jugak. Baby ok ke kat dalam tu. Benda apa ni yang berdenyut tu. Uri ke berdenyut?? Sampai mcm tu sekali umi pikir. Huhu. Tak logik betul uri berdenyut. Tapi masa denyutan ni berlaku, baby ada jugak gerak2 kick2 manja dari dalam. Cumanya, apakah yg berdenyut denyut itu?
Last2 umi pun google. Alhamdulillah rupanya ramai pregnant mommies mengalami perkara yg sama. Ya Allah legaa umi. Dah pikir pelik2 mcm2 dah. Risau yg amat sgt dekat baby. Mcm nak nangis tau punya risau sbb tak tahu kenapa denyutan tu lama sgt T_T
Rupanya denyutan itu ialah tanda bahawa baby tgh sedu. Alahai comelnye. Baby sedu ye. Eh, bahaya ke kalau baby sedu kat dalam tu? Based on reading yg umi dah buat, inshallah baby hiccups atau baby sedu ni tidak membahayakan janin dalam perut, malah ianya perkara normal. Ianya normal dan boleh berlanjutan sampai 10 minit. Ada keadaan dimana baby sedu beberapa kali dalam sehari pada waktu yg berbeza-beza.
Biasanya pregnant mommies boleh rasa baby hiccups ni masa bulan ke 6 dan keatas kandungan. Baby hiccups ni adalah salah satu tanda tumbesaran baby kat dalam kandungan. Baby hiccups indicate paru2 baby mula matang dan bersedia untuk beroperasi lepas dilahirkan nanti.  Tapi kena jaga2, kalau dah hujung3 pregnancy, baby hiccups tak sepatutnya berlaku lebih dari 3 kali sehari. Kalau terjadi mcm mana? Kena cepat2 jumpa doktor yee. Mungkin ada masalah pada umbilical cord.
Aalhamdulillah persoalan umi terjawab. Lepas ni kalau tgh duduk pastu rasa ada denyutan tu, tahulah umi baby tgh sedu. Dah x risau sangat. Alhamdulillah :D

Sabun Tanamera

Ramai jugak pregnant mommies and mommies yg dah bersalin review pasal sabun Tanamera ni. Sabun ni namanya Brown Formulation Body Soap. Umi beli dekat Lazada je. RM14.40 sebab tengah sale. Yang paling penting sekali, free postage okay :D

Kalau beli kat stokis atau kat dealer lain, standard price dah RM18, pastu nak pos lagi RM7. Rasa puas hati beli kat Lazada sbb dapat jimat banyaaak. Hehe. Dan part paling best, beli harini, esoknya terus sampai. Siap balut cantik lagi. 



Time mengandung ni ada kawasan2 yang jadi gelap berbanding sebelum mengandung. Sakit hati la jugak bila ternampak kawasan2 tu huhuhu.

So lepas dah godek2 tips dan cara mommies lain deal dgn masalah ni, umi pun terpengaruh untuk beli sabun tanamera ni. Penting okayy, kenalah jaga sikit kan :p


Yang penting halal :D


Okay minggu ni nak cuba pakai. Walau ada mommies yg suggest pakai sabun ni lepas dah bersalin, tapi umi dah tak sabarrr nak tunggu. Nak tryyy jugak sbb sakit hati tgk kawasan gelap tu haha. Nanti kita tengok hasilnya :):)

Makan Malam @ The Ship, KL

Alhamdulillah. Umi kenyang yang amat sangat lepas makan dekat The Ship, KL (sebelah Sogo, dalam building Pertama Complex).
Abi hadiahkan makan malam special untuk umi sempena birthday umi yang ke tettttt. Haha biarlah rahsia umurnya. So umi dgn baby dalam peyut malam tadi was overly eating sampai bila check dekat klinik desa pagi ni, nurse concern sbb berat naik lebih daripada 2kg. Huahua. Nurse tu x tahu sebenarnya umi ni sembelit, dah beberapa hari tak membuang, termasukla makanan semalam dekat The Ship tu. Sbb tu la berat badan naik sakan.

Back to The Ship, it was my first experience makan dekat any of The Ship's restaurant. Dekat PJ ada satu brach rasanya. Susun atur meja nampak cantik dan teratur dengan gaya ala2 dalam ship. Perabot pulak more to classic sikit. Banyak meja tersedia but last night there were only two of us! Haha. Maksud umi, umi dgn abi je la customers The Ship semalam. Abi dah reserve meja, jadi dapatlah meja for two dekat belakang dan tersembunyi dan calming untuk kami. Umi was excited!


Ni meja orang lain. Meja umi and abi kat sebelah meja ni.


Moving on to menu. Haha. Dapat je menu umi terus amik gamba menu booklet dulu. Pastu belek2 menu, abi pilih Chicken Chop, umi pilih Chicken Maryland. Next time umi abi dah stabil banyaaaaak kita makan steak ye. Sbb The Ship ni famous dgn steaks jugak. So abi order fresh orange, umi order the delicious lychee juice. For apetizer, umi order satu mushroom soup. Bread came for free, yesss. Sedap, abi pun cakap sedap mushroom soup tu. Basically chicken for chicken chop and chicken maryland were the same in texture. Perfectly deep fried tapi x nampak berminyak. Just perfectly fried dan rasa pun sedap. Makan pulak dengan sos The Ship, just a new experience for the two of us. Sos chili The Ship rasa mcm thick sikit, tapi texture agak cair. Sedap jugak. Drinks? Sedap lah sbb juice kan. Dpt 4 ketul laici, umi paksa diri habiskan. Tu pun abi dah tolong sikit huahua. Whats so special about my chicken maryland? The chicken lah of course. Hehe and the side dish which was banana fritter. Bayangkan makan ayam dgn pisang goreng. Haha. What a combination, totally rare utk tekak umi but we enjoyed the meals.


Menu The Ship


Bread + butter for two. Free 😄


Umi punya air lychee 😍😍😍



Abi punya fresh orange



Chicken Maryland. yumsss.



Chicken Chop 


Makan2 sembang2 dgn abi lepas tu minta pelayan yg dressing ala2 ship assistant amikkan gambar. Alhamdulillah memory created. A beautiful moment to remember. Thanks abi!! 


Tuesday, 14 March 2017

Sample Huggies Percuma

Yay harini umi dapat 4 keping sample huggies diapers percuma. Umi minta huggies post dekat ofis, makanya sampailah kat ofis harini. Umi request diapers newborn, ada 2 jenis sample yang umi minta. Satu jenis diapers dapat 2 sample, so total 4 keping. ok la tu khen. alhamdulillah.




Diapers newborn ni kecit la sangat. huahua. selalu pakaikan dekat anak sedara, diapers dorang dah besar. takut pulak umi tgk diapers kecit sgt. Masa yang diambil untuk dapat diapers ni tak lama. Tak sampai sebulan dah sampai diapers ni. Cepat dan puas hati! 

Kalau nak request sample huggies boleh request kat sini: https://www.huggies.com.my/try-a-sample/




Monday, 13 March 2017

Check Up Klinik Rawang

So far umi dah pergi checkup lebih daripada 5 kali. Beberapa kali dekat klinik desa dan beberapa kali lagi dekat klinik rawang.

Dekat klinik desa ni untuk check blood pressure, air kencing, berat badan, tahap hemoglobin dan perkembangan baby.

Setiap kali appointment kat klinik desa, biasanya umi akan pack siap2 urine dari rumah. Haha sounds so gross. Tapi umi lagi rela bawa urine dari rumah daripada guna toilet kat sana. Tak selesaa. So apa umi buat? Pack dalam 5 titik je urine dalam plastic kecik pastu letak dalam plastik lain in case urine tu tertumpah, selamat la bag umi kan. Haha. Dekat klinik desa nnt nurse akan suruh pergi kencing dan dia bagi satu stick kecik warna putih utk kita celup urine dalam tu. Stick tu pun kecik je, x payah la nak bawak sampai segelas urine kan. Alhamdulillah taktik umi berjaya sampai harini haha. 

Pastu kena cucuk kat jari untuk ambil darah. Huu sakit sikit tapi boleh je tahan. Tahap hemoglobin tu dapat detect dari darah. Klinik akan bekalkan vitamin/obimin untuk kekalkan tahap hemoglobin (hb) pada tahap yg baik. Umi memang jaraaaang la skip obimin ni. Xmau la kurang darah ke hb rendah dan seangkatan dengannya. Umi jaga baby baik2 betul2 tau. So far alhamdulillah hb umi x pernah bawah dari paras yg nurse tetapkan. Pastu nurse akan check denyutan jantung baby. Ada alat utk check tapi mcm klasik la pulak. X canggih mcm scan dekat klinik luar/klinik kesihatan. Nurse tekan2 perut guna alat tu. Sakit sikit, umi pun x pernah tekan2 perut mcm tu. Tapi tahan je la utk beberapa minit. Lepas dgr denyutan jantung baby, then siap. Lepas tu ada sesi nasihat daripada nurse. Dengarkan sajeee. Pastu, balik. Proses ni ambil masa la jugak. Selalunya pukul 7.40pg umi smpai klinik desa, pukul 9 baru siap semuanya. Kalau sampai lambat lagi lamalah tunggu nyeee huahua.

Dekat klinik kesihatan rawang pulak, selalunya pergi untuk scan baby, pernah minum air gula kat situ dan jumpa doktor.

Scan tu my peveret part la kan. Boleh nampak my little baby kat dalam peyut. Ada sekali tu scan kemain baby tecik ni tido siap tangan sebelah kat atas kepala sebelah kat peyut. Alala comelnya baby umi sayang. Usually smpai klinik kesihatan pukul 8pg dan siap pukul 9 pagi. Ok la acceptable la jugak timing tu. Ada hari ramai orang kat klinik ni mmg serabut la. Ada hari x ramai org rasa tenanggg je. Hee.

So next appointment masih mcm biasa. Ikut jee la. Utk kebaikan umi dan baby juga. Till then.

Sunday, 12 March 2017

You are inside there

It has been 25 weeks now. Suddenly umi feels like time is running very quickly.

About 15 more weeks to go but umi silently prays that baby comes out a bit earlier than that. What about 2 or 3 weeks earlier? Hehehe.

Baby is being so active these few days. Of course no doubt umi is so glad and happy to feel your little tiny kicks from the inside.

Sometimes umi can also feel your small leg from the top of umi's belly while you are streching. So tiny. I hope you are doing and growing well inside there.

To feel and touch your leg (I know its your leg, I just knew it) is such an amazing feeling. Now umi feels like holding you in umi's arms already. Huwa. Amazing. Dont know how would it feel when umi really hold your tiny body later on.
Keep on kicking and streching and jumping inside there my little miracle. Im enjoying your moves. Love you.

Monday, 6 March 2017

Sample percuma



Gigih sungguh umi dok klik satu2 website yang bagi diapers sample percuma. Huggies, mamipoko, petpet, drypers you name it. Segala diapers umi request sample. Haha. But please note that you dont really get those for free lah. Yes it is free but we need to give our personal details like....full name, ic number (yes! I wonder why they need it), address, phone number and email address. Basically they can keep our details lepas tu baru kita dapat diapers free tadi. Tak banyak pun, mungkin 2-3 helai saja, tapi percuma kan. Who doesnt want free stuff? Heheh.

Moving on from diapers, umi dah terjebak dengan benda2 free sample ni. So far umi dah request free ice cream Hagen Dasz which 1 got the voucher for 1 free scoop! Oh my, kalau nak beli sendiri terasa jugak mahalnya walau 1 scoop. Then requested susu anlene, segala jenis susu mak-mak termasuk susu kambing sampai lah ke produk kosmetik.

Phew, now we shall wait and see whether these stuff really arriving or not. Hopefully yes!! Okay umi dah puas "shopping" free samples. Hehe. Till then.

Sunday, 5 March 2017

Pergerakan baby dalam perut



Macam tak percaya, masih tak percaya walaupun dah 24 minggu mengandungkan si kecil ni dalam perut umi. Umi macam tak percaya ada baby dok kick-kick umi dari dalam, ada nyawa kat dalam perut umi. Terharunya. Nangis T_T

Umi dapat rasa pergerakan baby dalam perut umi sejak minggu ke 18. Bagi sesetengah orang, agak awal lah jugak. Umi memang agak concern kalau ada apa-apa perubahan dekat badan. Jadi, bila rasa ada sesuatu bergerak dalam perut, umi yakin itu adalah baby. Masa minggu ke 18 tu masih soft pergerakan baby. Jarang-jarang dapat rasa baby gerak, umi selalu jugak tertunggu-tunggu bila baby nak gerak. Hehe.

Sekarang ni dah masuk 6 bulan, almost setiap masa umi dapat rasa pergerakan baby. Kecuali waktu pagi lepas subuh, baby tidor agaknya. Lepas pukul 9pagi tu dah aktif kicking umi kan.

Perasaan ada baby dalam perut? Huaaaaa bahagiaaaaa. Seronok. Tersenyum umi sorang-sorang bila baby kicking. Nak lagi nak lagi. Hehe. Sekarang ni dah kuat sikit pergerakan baby. Abi pun dapat rasa baby gerak-gerak. Kemain seronok abi dapat tahu baby dia aktif dan sihat dalam perut umi. Umi abi love you baby sayang <3

The little kicks

What made my day today?

Those little kicks from our little miracle in my womb really make my day. Cant stop smiling at the moment. Umi loves you little baby. May Allah let you grow healthy and safe inside umi. Inshaallah we shall meet when the time comes.

#24weeks.

Obsessed with my own belly

I just cant take off my hands from my belly! Oh my god. Im obsessed with my own belly. I cant miss to feel my baby's movement inside my belly. So many movements that sometimes I giggles alone. I hope people around me dont realize my sudden smiles and giggles. Hehe. I love it. Thanks for the little kicks my little miracle. Umi loves you so much. Please enjoy your time inside there before it is time for us to meet. So much love for you.

#24weeks