Tuesday, 8 May 2018

Pengalaman bengkak susu

Bengkak Susu

Pengalaman pertama bengkak susu terjadi minggu ni. Baby dah 7 bulan lebih, baru nak merasa bengkak susu 😅 Selalunya dengar orang dalam pantang yg kena bengkak susu ni. Tapi yg dah habis pantang pun boleh kena rupanya.

Umi mmg jenis tak pam susu time weekend. Pam susu hanya pada hari bekerja. Alasannya malas dan risau kalau pam time weekend (time duduk dgn baby), nnt baby tak cukup susu. Huhu. Al kisahnya, weekend lepas entah mcm mana, rasa mcm miss B cepat sgt full. Baby pulak x demand susu sgt, 2-3 hours baru dia merengek.

Nak dijadikan cerita, umi biar je miss B penuh (boleh rasa keras sikit) dan offer dekat baby bila dia nak susu. Sehari selepas tu, bila umi sentuh miss B sebelah kanan, rasa macam ada ketul2 yg banyak. Ish risaunya. Malam sebelumnya masa tidur, tiba2 menggigil kesejukan.



Hah terus teringat dalam hati, aku kena bengkak susu ni. Cepat2 lah google cara nak redakan bengkak susu. Bengkak susu ni terjadi disebabkan byk faktor. Yg pastinya, umi dpt bengkak susu ni disebabkan tak kosongkan miss B dgn baik dan efisien.

Hasil google, antara tips yg umi ikut ialah basahkan kain dgn air suam dan tuam pada miss B yg bengkak utk buka laluan susu yg dah sempit disebabkan susu yg terkumpul yg tak boleh keluar tu. Lepas sejam tuam dgn air suam, alhamdulillah dpt rasa ketulan tu makin kecik. Tapi x hilang sepenuhnya lagi! 😣

Bila ketulan dah kecik, miss B rasa berat sgt. Cpt2 umi offer dekat baby. Baby sedut2 tapi tak habis sbb dia ngantuk sgt. Umi sambung tuam, tp ketulan still ada. Adoila.

Lepas tu google lagi pengalaman org. Last2 umi baca tips utk check nipple, kot2 ada yg tersumbat, sbb tu masih ada susu yg tersekat. Cepat2 check dan sah! Mmg ada satu lubang yg tersumbat. Pelan2 umi korek lubang susu yg tersumbat tu dan terus capai breastpump. Alhamdulillah, mmg betul rupanya lubang susu tersumbat. Masa pam tu agak laju susu keluar dan ketulan yg masih bersisa tadi hilang dgn sepenuhnya! Subhanallah.

Bengkak susu ni sakit tau sbb miss B jadi keras dan ada ketulan. Pastu susu tak mengalir spt kelajuan biasa. Pada mommies2, kalau miss B dah full jgn biar lama2, cpt2 kosongkan okay ☺ #bengkaksusu

No comments:

Post a Comment