Tuesday, 3 December 2019

Check Up Mengandung di KPJ Rawang Specialist Hospital (2)

Alhamdulillah, dah dua kali saya check up di KPJ Rawang dengan Dr. Noorfidak. Appointment saya kali ni pukul 10 pagi pada usia kandungan 19 minggu. Staff KPJ minta saya datang 30 minit awal untuk registration tapi pukul 10pagi baru saya sampai ke sana sebab ada urusan diluar. Akibatnya, lama lah Q saya menunggu doktor.

Setibanya disana dan lepas registration, kena timbang berat. Kemudian naik ke Makmal di tingkat 3 untuk ambil urine. Lepas ambil urine, turun semula ke tingkat 1 untuk tunggu giliran.

Agak lama saya menunggu kemudian nurse panggil untuk check blood pressure. Masa mengandung kali pertama, saya berurusan di Klinik Kesihatan (KK) dari mula kandungan sampailah lepas bersalin. Kalau dekat KK, nurse akan ambil darah untuk check HB tapi dekat KPJ, tak ada check HB. Saya ada tanya nurse kenapa tak check HB saya, nurse cuma cakap check HB hanya diperlukan sekali, dan dalam rekod buku saya dah pernah ambil sekali. So, no more HB check. Sedih jugak sebab teringin nak tahu berapa bacaan HB. Pastu dekat KK kan selalu dapat supplement free, hehe tapi dekat KPJ kena request atau bila doktor sarankan.

Dah tengahari masa tu, giliran saya pun tiba. Saya berjumpa dengan doktor. Seperti biasa, doktor akan scan perut untuk lihat condition baby dan details perkembangan baby. Saya banyak bertanya masa sesi ni. Heartbeat baby ok tak, lokasi uri ok tak, tumbesaran baby ok tak, etc. Tapi doktor tak boleh jumpa saya lama-lama sebab nak rush ke operation room. Rasanya tak sampai 15 minit pun jumpa doktor.

Lepas scan, doktor invite duduk dekat meja doktor dan doktor bagitahu berat saya naik 2 kilogram. Doktor sarankan saya kurangkan ambil nasi tapi banyakkan lauk, sayur dan buah. Basically, makan makanan berkhasiat lah. Masa consultation time tu, saya tanya doktor supplement apa yang saya perlukan. Doktor sarankan saya ambil obimin, pil kalsium dan neurogain. Doktor tanya nak MC tak, of course saya cakap nak kan. Haha. Kemudian, selesai.

Berapa kos untuk check up kali ni?

Laboratory           RM14.00
Admin                    RM5.00
Consultation      RM70.00
Equipment          RM60.00
Total                      RM149.00


Macam biasa, lepas check up saya mesti akan ke cafeteria KPJ untuk makan tengahari. Banyak pilihan, harga pun ok la jugak. Pastu ada iringan bacaan quran lagi kat cafe, memang rasa tenang. Paling best, sebab ada jual buah potong dan sayur fresh. Inshallah next check up is next month i.e. 24 weeks of preganancy.

Monday, 2 December 2019

Pengalaman Mengandung

Pengalaman mengandung kali ke-dua kali ini sangatlah menguji. Pada awal kehamilan, saya dijangkiti selsema yang teruk. Kebetulan pada masa tu tengah jerebu teruk dekat Kuala Lumpur disebabkan pembakaran hutan di Indonesia. Saya kurang minum air sebab tak ada selera untuk makan dan minum, udara pula tak sihat dan saya pun selsema. Tekak terasa perit sangat, hingus pun banyak dan bila ke klinik, doktor pula tak nak bagi ubat sebab saya tengah di awal kehamilan. Pulanglah saya kerumah untuk rehat berbekalkan nasihat doktor untuk minum lebih banyak. Keesokkannya, selsema saya makin teruk, sakit kepala berdenyut-denyut, saya kembali ke klinik yang sama tapi berjumpa dengan doktor yang berbeza. Alhamdulillah, doktor ini lebih caring dan berikan saya ubat selsema dalam dos rendah yang sesuai untuk ibu mengandung. Hanya dengan sekali makan ubat selsema tu, selsema saya beransur pulih dan terus hilang. Saya sihat seperti biasa, alhamdulillah.

Tak lama selepas tu, ibu mertua saya pula menjalani pembedahan di kampung. Kami sekeluarga pulang untuk ziarah beliau. Apabila tiba disana, rupanya semua orang tengah demam dan batuk-batuk. Saya dan anak pertama dalam keadaan yang sihat dan cergas semasa kami tiba. Tapi kami pulang semula ke rumah dengan keadaan demam dan batuk akibat terjangkit daripada orang sekeliling.

Batuk saya berpanjangan lama. Batuk yang kuat disertai dengan kahak berwarna hijau, dalam keadaan mengandung pula. Sangat menyedihkan. Saya berdoa agar segala kuman di dalam badan saya tidak dibawa kepada anak di dalam kandungan. Dia tak bersalah, saya yang bersalah sebab sakit. Doktor yang merawat saya berikan antibiotics dan ubat batuk untuk hilangkan batuk. Namun walaupun antibiotics dan ubat batuk dah habis dijamah, batuk saya masih sama. Tiada perubahan.

Kebetulan pada masa sama saya sakit di bahagian bawah perut sera bahagian ari-ari. Nak berjalan terasa sakit. Nak bangun dari katil dan kerusi pun sangat seksa. Saya berjumpa doktor dan sekali lagi saya diberikan antibiotics dan ubat batuk. Saya disahkan menghidapi kencing kotor atau UTI. Sedih sangat-sangat kali ni. Kesakitan yang saya alami seperti tiada berpenhujung.

Sehingga ke saat ini, sudah 28 minggu kehamilan saya masih di dalam keadaan tak sihat. Batuk dah semakin kurang tapi belum hilang sepenuhnya. Kencing kotor pun masih tak hilang walaupun dah habiskan antibiotics. Doktor sarankan saya minum air barli dan air masak banyak-banyak supaya kuman keluar bersama urine. Saya tengah usahahan untuk minum sebanyak mungkin – akibatnya saya kerap ke tandas – dan dalam keadaan sakit sebab kesakitan di bahagian bawah perut dan ari-ari masih belum hilang.

Begitulah. Mencabar dan menguji pengalaman saya mengandung kali ini. Semoga dengan segala kesakitan ini, ianya mengahpuskan dosa-dosa saya dan memudahkan saya bersalin nanti. Buat anak yang di dalam kandungan yang sangat aktif, semoga semuanya baik-baik belaka dan anak umi ni sihat selalu. Inshaallah lagi dua bulan kita jumpa ya. Umi sayang sangat dekat anak umi.






Tuesday, 8 October 2019

Kumpul Mata Ganjaran Drypers

Anak umi sejak setahun lepas memang guna diapers jenama Drypers saja. Harganya berpatutan (dalam RM0.40/keping), kualiti yang memuaskan dan ada corak yang menarik.

Masa mula-mula umi tak tahu boleh kumpul mata ganjaran setiap kali beli Drypers. Banyak plastik Drypers yang umi dah buang (bila diapers dah habis) so tak sempatla nak catat kod ganjaran dari situ.

Lepas tu baru umi tau pasal ni, dan umi pun register la dekat Drypers Baby Club tu. Tapi entahlah macam mana, umi masih malas nak cata kod-kod tu dan buang je plastik tu (mungkin masa tu ingat tak ada benefit sangat kalau kumpul pun). Sampailah akhirnya umi jadi rajin, umi simpan je plastik-plastik Drypers dan sampai la satu ketika, umi catat semua kod-kod kat dalam plastik tu.

Cara ni memudahkan umi sebab sekali je perlu login dan masukkan semua kod-kod tu. Malangnya ada satu kod yang dah expired. Huhu rugi jeee. Jom layan gambar & screenshot.


Masa da pakai size L baru lah umi ada kesedaran nak simpan plastik-plastik ni. Dah keronyok pun sebab simpan lama sangat. Hehe.




Ada tulis 17 Drypers points. Tapi bila kita masukkan point nnt bukan dapat 17 je tapi ratus2 jugak. Walaupun dia tulis tak valid in Malaysia, tapi masa masukkan kod, lepas je.



Hasil mengumpul. Tak banyak pun, ada dalam 8 je camtu. Takpe la asal ada daripada takde kan.



Ni pointshop kat Drypers Baby Club. Dengan mata ganjaran yang kita ada tu boleh la redeem mainan, diapers (macam2 version), sabub mandi ataupun donate ke mata ganjaran tu kepada badan kebajikan.



Habis masukkan points, akhirnya, inilah point terakhir buat masa ni. Inshaallah lepas ni nak isi lagi. Umi dah simpan 5 plastik kat rumah. Belum tulis kod, lepas ni boleh la tambah lagi.




Masa ni tengah masukkan kod. Tulis je kod kat situ pastu tekan Register Code. Nanti dia akan automatically bertambah points.


Ni cara nak ambil kod. Kod tu ada kat dalam plastik Drypers tu. Kena terbalikkan untuk tengok.




Ni carta points setiap Drypers yang dibeli. Drypers yang mahal, dapatla points lebih banyak. Maklumat lanjut: https://www.drypers.com.my/drypers-baby-club/how-to-collect-points/





Thursday, 26 September 2019

Pengeluaran Duit Dari Akaun 2 KWSP

Kami dah tandatangan Perjanjian Jual Beli sebuah rumah. Proses untuk beli rumah ni taklah rumit cuma melibatkan banyak dokumen dan proses.

Ini adalah rumah ke-dua kami. Rumah pertama dulu kami beli tanpa mengeluarkan apa-apa duit dari akaun 2 KWSP. Kali ni, terang-terangan dan awal-awalan kami beritahu kepada penjual rumah & peguam bahawa kami nak guna duit KWSP.

Lepas sign Perjanjian Jual Beli, peguam akan submit borang pindah milik tanah ke Pejabat Tanah. Kemudian Pejabat Tanah akan keluarkan satu “Kelulusan Pindah Milik”. Dokumen ni sangat penting sebab inilah salah satu dokumen yang diperlukan untuk buat pengeluaran dari akaun 2 KWSP.

Alkisahnya tak tahu pun KWSP ni beroperasi masa lunch hour. So harini ter-rajin call KWSP dan tanya whether boleh pergi KWSP cawangan Gombak (kat Batu Caves) masa lunch hour tak? Sekali brother tu cakap boleh Puan, memang waktu operasinya. Hah apa lagi gelabah la kumpul balik dokumen-dokumen yang lawyer dah CTC, isi borang bagai.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk buat pengeluaran akaun 2 KWSP:
1.       Borang permohonan pengeluaran membeli / membina rumah yang siap diisi.
-          Boleh download secara percuma dekat website KWSP atau kalau rajin pergi mintak kat receptionist dia. Dia ada banyaaak.
-          Pastikan isi dengan pen dakwat hitam okay. Kalau biru ke purple ke hijo ke dia suruh isi balik.
2.       Bawa kad pengenalan original
3.       Salinan Perjanjian Jual Beli yang telah di-CTC oleh lawyer
4.       Salinan Kelulusan Pinjaman Kewangan yang telah di-CTC oleh lawyer
5.       Salinan Kelulusan Pindahmilik oleh Pejabat Tanah yang telah di-CTC oleh lawyer

Amende CTC tu? CTC tu stands for Certified True Copy. Lawyer mesti tau punya kalau nak suruh dia CTC semua dokumen ni untuk tujuan pengeluaran dekat KWSP.


Borang permohonan

Sesampai dekat reception KWSP, ingat boleh dapat number giliran terus, tapi brother tu akan check dulu borang tu & check supporting document cukup tak. Kalau borang tak complete dan dokumen tak cukup dia suruh cukupkan baru datang balik. Nasib baik semua dokumen yang dibawa tadi cukup.


Nombor giliran. Dapat nombor je terus kena panggil sebab tak ramai orang pun kat KWSP time ni.


Pastu staff KWSP akan check maklumat dalam borang dan supporting dokumen. Kena imbas cap jari kiri kanan pastu kena cop dua-dua dekat borang permohonan. Tak sampai 15 minit pun, siap dah submission borang ni. Cepat sangat!



Pastu akan dapat Notis Penerimaan Permohonan ni dari KWSP. Simpan notis ni. Duit akan masuk dalam akaun dalam 14 hari bekerja. Bila duit dah masuk, KWSP akan hantar mesej kat nombor handphone. Pastikan nombor telefon dan nombor akaun bank betul okay!



Thursday, 5 September 2019

Check Up Mengandung di KPJ Rawang Specialist Hospital (1)



Alhamdulillah, saya dah masuk 15 minggu mengandung. Kali pertama dan kedua check-up, saya pergi ke klinik kesihatan (KK) kerajaan. Tapi disebabkan saya & suami memilih untuk bersalin di KPJ Rawang, kami pun setuju untuk berhenti check-up di KK dan teruskan check-up sehingga bersalin di KPJ Rawang. Saya nak ceritakan macam mana saya book appointment dengan doctor di KPJ Rawang dan pengalaman pertama kali consult dengan doctor disana.


KPJ Rawang Specialist Hospital
Sumber: KPJ Rawang website


1.  Call KPJ Rawang, Unit O&G
Saya call KPJ Rawang (03-6099 8999) dan minta untuk bercakap dengan unit O&G untuk bertanyakan mengenai Pakej Bersalin. Staff agak ramah dan explain kepada saya pakej-pakej yang ditawarkan. Saya lupa ambil gambar brochure masa check up pertama tapi pakejnya lebih kurang begini:

Single bed        :         RM2,990
                                   3 hari 2 malam di wad
                                Baby care termasuk + vaksin lepas lahir (extra cas kalau baby masuk NICU)
                                  Tak termasuk cas lain & ubatan (kalau minta epidural, etc ada cas lain)
                                  Normal delivery within working hours

Double bedded    :      RM2,700
                                   3 hari 2 malam di wad
                                Baby care termasuk + vaksin lepas lahir (extra cas kalau baby masuk NICU)
                                  Tak termasuk cas lain & ubatan (kalau minta epidural, etc ada cas lain)
                                  Normal delivery within working hours

Four bedded       :       RM2,500
                                   3 hari 2 malam di wad
                                Baby care termasuk + vaksin lepas lahir (extra cas kalau baby masuk NICU)
                                  Tak termasuk cas lain & ubatan (kalau minta epidural, etc ada cas lain)
                                  Normal delivery within working hours




Ini ialah normal delivery packages. Yang saya senaraikan diatas ialah harga promosi sehingga hujung tahun ni sahaja.
Sumber: KPJ Rawang website


(b)     Kena ada appointment dengan doctor di KPJ Rawang atleast 3 kali untuk bersalin dekat sini. Alasannya supaya doctor tahu tahap kesihatan ibu mengandung.

(c)     Diberi senarai nama doctor untuk dipilih. Saya ada beberapa kenalan yang pernah bersalin di KPJ Rawang dan kebetulan kesemuanya bersalin dengan Dr. Noorfidak Samsudin. Jadi, saya terus cakap nak buat appointment dengan Dr. Noorfidak.



Dr. Noorfidak
Sumber: KPJ Rawang website

(d)     Tarikh appointment diberi. Kena beri nama penuh, no telefon dan no IC untuk rujukan hospital masa registration.


2. Hari check-up pertama di KPJ Rawang
(a) Saya sampai di hospital lebih kurang pukul 10 pagi. Parking disediakan di kawasan basement (berbayar) dan perlukan kad Touch N’ Go untuk bayar. Saya keluar dari hospital sekitar pukul 1.30tghari dengan harga parking RM4.00 sahaja.

(b) Naik lif ke tingkat satu dan terus ke klinik O&G. Beritahu pada staff saya ada appointment dengan Dr. Noorfidak harini. Perlu isi registration form, kemudian timbang berat dan check BP. Nurse explain sekali lagi pasal pakej bersalin dan saya book siap-siap pakej bersalin yang saya nak. 

(c) Lepastu kena pergi ke tingkat 3 (bahagian makmal) dan masukkan urine dalam bekas yang disediakan. Pastu turun balik ke tingkat 1 dan tunggu giliran untuk jumpa doctor.

(d) Jumpa Dr. Noorfidak, alhamdulillah orangnya lembut sahaja, ramah dan Islamik. Masa sesi scan pun sangat detail, setiap inci tubuh baby doctor tunjukkan i.e. kepala, tangan, kaki (siap boleh kira jari semua cukup), tulang belakang, lutut, siku, heartbeat dan gender baby (yang ni sangat best sebab tak sangka boleh nampak gender baby seawal 15 minggu dengan clear sekali mashaallah). Doktor izinkan saya record sesi scanning ni. Untuk kenangan. Hehe.

(e)  Kemudian doctor isi maklumat dalam buku, saya minta MC dan selesai.

(f) Tunggu di luar sebentar sementara bill diproses dan terus ke bahagian bayaran untuk bayar. Boleh bayar secara cash / debit card / credit card.


3. Berapa saya bayar untuk check-up pertama ni?
    Cas-cas yang dikenakan:
(a)     Makmal & admin          : RM29.00
(b)     Consulatation                : RM94.50
(c)     Equipment                     : RM60.00
Total       : RM183.50


4. Makan tengahari di Kafe KPJ Rawang
Lepas siap bayar, saya turun ke tingkat G untuk makan di kafe. Pilihan makanan agak banyak, meja pun banyak, boleh pilih nak makan indoor atau outdoor, harga pun berpatutan. Kalau nak makan menu western boleh ke sebelah iaitu Gloria Jeans Coffee.



Next check-up ialah bulan depan, tarikh dah dapat dan kalau nak tukar tarikh kena inform lebih awal. Dinasihatkan supaya tidak walk-in sebab akan jadi orang terakhir sebab semua yang dating dah ada appointment dan giliran masing-masing.



Sumber: KPJ Rawang website

Friday, 16 August 2019

Makan Tengahari di Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre

Hubby nak belanja makan sempena our 3rd wedding anniversary. I was like, yayyy bestnyee. Hubby kata dia pernah makan kat Halia dengan officemates masa celebrate colleague dorang. Hubby kata “best yangg makan situu, nak bawak sayang makan kat situ jugak”. Heh betoi ka laki aku ni.

Pasal bayaran, kalau bayar masa walk-in/book directly dengan Halia kena bayar lebih kurang dalam RM60 per person. Tapi kami jumpa voucher dekat Fave for RM40 per person. Jimat la jugak kan. Kami pun call Halia dan bagitau nak pergi hari apa dan kabor siap-siap dah bayar through Fave.

Sehari sebelum hari kejadian, Halia call dan cakap “maaf encik, esok kami ada reservation untuk 2 orang sahaja (me and my hubby la tu) dan kami takleh buat untuk 2 orang makan”. So sad, kami pun redho dan nak mintak refund dari Fave sebab vendor cancel our reservation. Takpela maybe next time la makan kat situ. Halia suh datang hari lain, tapi masalahnya kami dedua dah apply coti for esoknye. Takkan nak amik coti lagi bang non oi. Kensel coti memang kemsalam la, HR marah taw.

Tak sampai 10 minit, Halia call balik dan cakap, “encik, kami baru dapat reservation untuk 20 orang makan esok, esok kira on ya”. Haaa lega weh.

Di hari kejadian, kami pun sampai di depan pintu Halia pada pukul 12:00:00 pm. Sharp baq hang. Masuklah kami dan staff Halia kata makanan dan ready jempot makan….ohh seronoknyee. Kitorang pun nak duduk dan tiba-tiba…tiba-tiba…..sorang staff tu cakap “ha makanan harini untuk you all dua orang je, takde orang lain datang”. I was like, seriously man??? Yesterday you told me ada 20 reservation for today, and now you are making us feel guilty or what for preparing so much food for two people?? (bila marah ni mula la nak speaking London. Huh). Tapi itu semua dipendamkan saje didalam lubuk hati paling dalam. Kami berdua pun berjalan-jalan melihat menu-menu yang disediakan. Agak kiciwa, sebab semua food macam food yang mak selalu panaskan balik kat rumah hahaha not funny Halia. But we did eat some.

Lets cikidout, the picturesss. Zasss~~

Entrance



Cashier



Menu-menu yang tak berapa mengiurkan haha













The desserts and fruits yang nampak best…hakikatnya cake sgt dry (macam lama punya). Cendol is okay la..






Ada few more sections yang masak spaghetti aglio olio (sedap la jugak tapi awat masin sangat3?? Yang ni dia masak depan kita panas-panas, best gak), ikan bakar, chicken&lamb bbq, mee kari, kotiaw sup, lamb soup, ice cream, coffee and tea, kangkung sotong dan those salads. Variety is okay but it was so suram sebab kami dua orang je dalam restoran tu dengan makanan-makanan yang nampak seperti dipanaskan semula ittu.

We did not really eat semua makanan yang disediakan. My hubby dah down sebab dia kata lain benor dengan suasana dia makan haritu. Haha…So how many stars do Halia deserve??? Jeng jeng jeng..Saya bagi 2 bintang daripada 5 bintang untuk Halia yayyyy. Maybe we should not go on that day.

Lawak tak lawak, we left the restaurant pada pukul 2:00:00pm. 2 jam mereput disitu. Pastu kitorang solat kat surau sebelah restoran ni and wave goodbye to Halia.

Till then ~

Pengalaman Buka Buku Pink

 Semalam saya ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk buka buku pink. Sebelum pergi buka buku semalam, saya dah pergi masa kandungan 6 minggu tapi nurse cakap masih terlalu awal. Nurse bagi tarikh bila kandungan dah 10 minggu.

Temujanji pukul 8.00 pagi, saya sampai lebih awal. Pukul 7.30 pagi nurse buka pintu klinik dan saya merupakan orang pertama yang masuk ke klinik dan masukkan kad temujanji ke dalam bakul (bangga giler beb, orang first weiii). Kemdian, nurse bagi stick & bekas untuk check urine. Sebagai seorang yang bijak, saya dah bawa urine dalam bekas kecil siap-siap dari rumah supaya saya tak perlu urinate dekat toilet yang daif itu :D

Lepas check urine dah okay, kena check darah pulak. Nurse ketip jarum dekat jari untuk ambil sedikit darah dan check tahap HB. HB saya hanyalah 11.5. Borderline sahaja nurse cakap, kena banyakkan makan makanan berzat besi. Lepas tu kena tunggu nombor giliran dipanggil. Tapi saya inform nurse nak pergi breakfast dulu dan nurse cakap okay.

Dah habis breakfast, tunggu punya tunggu nombor pun dipanggil. Ingatkan proses nak buka buku pink ni kejap je (dah lupa proses masa buka buku pink first time dulu). Nurse suruh timbang berat, ukur tinggi, check breast samada ada ketulan atau tidak (seriously part ni sungguh rasa malu sebab nurse kena tengok dan check sendiri urghhh), check kaki bengkak atau tidak, check mata dan check perut. My tummy so kecik nurse kata belum rasa ada ketulan.

Kemdian, duduk kat meja nurse untuk isi buku pink. Ada 2 set buku yang sama, 1 untuk klinik simpan dan 1 untuk rekod saya. Setiap kali datang klinik kena bawa buku ni. Banyaaaaaak ya ampun part nak kena isi dan you know what?? Nurse tu kena isi 2 kali la sebab buku ada 2 kan. Very time consuming, saya pun bosan tunggu. Kemdian, kena amik darah kat lengan pulak sebab nak check jenis darah, HIV dan lain-lain. Sakit taw L Kemdian, kena jumpa doktor pula untuk doktor isi maklumat dalam buku pink.

Masa nurse dok isi-isi buku pink tu, nurse ada bagi 4 jenis pill yang perlu diambil semasa perut kosong i.e. folic asid, vitamin c, dan 2 lagi tak ingat namanya. Ya ampun, banyaknya pill. Harini first time makan pil banyak-banyak tu sangatlah rasa loya nak termuntah (tapi tak muntah pun, drama kan? :D).

Masa yang diambil untuk buka buku pink ni boleh tahan lama. Lebih 3 jam dan saya terpaksa ambil EL half day semalam. Oh habis cutiku (dah la cuti tak banyak L sobsob).

Next appointment is bulan depan. Yay tak sabarnya. By then baby dah 14 weeks yay. Harap-harap masa tu dah takde morning sickness dan nausea lagi. So tak tahann L



Makan Domino’s Pizza Secara Percuma




Okay, harini my colleagues ajak makan Domino’s pizza. I was like, okay sure no problem. So kitorang pun order la pizza masing-masing through website Domino’s. Kitorang set untuk delivery sebab malas nak keluar dan malas nak menunggu kalau pergi beli secara walk-in. Makanya before recess hour, kitorang dah order dan siap bayar through online transaction. Domino’s kata akan deliver pada 1.11pm. Kitorang pun okay je lah.

As we all know Domino’s janji untuk deliver pizza within 30 minutes atau kalau lambat, dorang akan bagi free pizza. Wow! So tepat pukul 1.11pm kitorang dah kelaparan dan menunggu kat lobi pejabat akan ketibaan motor Domino’s. 1.20pm, tak sampai lagi. 1.30pm pun x sampai lagi. Wehh lama kan. My colleague pun call la nombor Domino’s yang 1-300-8888 tu. Operator situ kata “ohhh I kena check dengan outlet dulu ya, sekejap lagi manager outlet akan call you”. We were like okay lahh.

1.40pm, pizza outlet tu pun call dan bagitau “Maap puan tadi hujan lebat ribut bagai, rider kami tak dapat keluar. Sekarang rider dah keluar”. Saya pun cakaplah “Cepatla encik, saya dah lapar sangat ni. Sedihnyeee”. Operator tersebut pun mintak map dan kami maapkan beliau. Tak sampai seminit uols, motor Domino’s tu pun sampai membawa pizza kami. Syok giler. Sebelum kami babai rider tu, dia ada bagi satu voucher Free 1 Regular Pizza. Wahhh betoi la weh, dapat pizza free! Kami pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada rider tersebut dan bergelut untuk masuk office dan makan pizza (pukul 2 dah kena kerja wehhh).

Time nak distribute pizza tu my colleague jumpa lagi 1 voucher free regular pizza. Weh dapat 2 free pizza! Double yay!! Maka kami pun makanlah dengan rakusnya.

This was the first time saya order delivery pizza sebab selalunya saya pick up sendiri. So happened, cuaca tak berapa baik i.e. hujan lebat yang membuatkan delivery lambat. Best part is bila pizza lambat sampai, dapatlah pizza free. Hahah. So, moral value of the stori, bila nampak hari macam nak hujan tu silalah order pizza domino’s.

And sebabkan kami order pizza ni melalui my Domino’s account, Domino’s suruh buat survey. Kalau dah jawab survey, dia bagi free pizza/side dish. Know what?? I did 3 surveys now and I have 1 free personal pizza and 2 free bread (of course dah beli pizza few times before this). Voucher free regular pizza tadi kawan I taknak, so I took it. I have so many free stuff now and I am a happy customer of Domino’s. Haha.

Till then.




Cheese Pizza looks so good rightt

Thursday, 23 May 2019

Berkampung di Hospital kerana Rotavirus


Baru-baru ini, anak saya telah dimasukkan ke wad kerana disahkan oleh doktor dijangkiti rotavirus. Rotavirus adalah satu virus jahat yang telah menyerang usus anak saya. Kesannya, anak saya mengalami demam yang on off, muntah berterusan, cirit birit dan tiada selera makan.

Alhamdulillah anak saya sudah fully recovered sekarang. Harapnya virus ini tidak menjangkiti anak-anak orang lain. Salah kami, sebab bawa anak pergi jalan-jalan di kawasan yang banyak crowd walhal anak kami baru sahaja pulih daripada demam. Doktor kata, anak yang baru lepas demam sedang dalam proses recovering. Antibodinya masih belum kuat jadi apabila kami dedahkan kepada crowd dan kawasan yang tidak bersih (dimata kita mungkin nampak bersih, hakikatnya tak bersih), mudahlah virus-virus ini menyerang.

Alkisahnya, kami bawa anak kami makan di foodcourt. Kami duduk dimeja dan suami ambil baby high chair untuk anak duduk. Kerusi dan meja tu tak nampak kotor (sekali lagi, tak kotor dimata kita, tapi ianya sebenarnya kotor). Biasalah anak kecil, bila makan tangannya kejap sentuh meja, kejap sentuh kerusi lepas tu tangan yang sama diambil makanan dan disuap ke mulut. Kami yakin ni punca virus tu masuk ke badan anak kami.

Pagi keesokkan harinya, anak kami tiba-tiba muntah semasa tidur. Muntah dalam kuantiti yang sangat banyak mencurah-curah ke katil, ke lantai, kemana-mana sahaja. Memang sangat mencemaskan. Selepas muntah, muntah lagi. Kami segera siap dan bawa anak ke klinik terdekat. Sebelum tiba di klinik, anak kami dah 5 kali muntah. Semasa sesi consultation dengan doktor pun anak kami termuntah dihadapan doktor.

Doktor kata kemungkinan keracunan makanan sebab kami makan di luar pada hari sebelumnya dan pesan kepada kami supaya segera bawa ke hospital jika muntah masih berlarutan. Kami pulang ke rumah. Setiba di rumah, saya beri susu kepada anak. Tak lama lepas tu, anak muntah balik. Kuantiti muntah yang keluar lebih banyak dari susu yang dia minum. Saya terus siapkan barang-barang dan bawa anak ke bahagian kecemasan di hospital. Sekali lagi anak saya termuntah di hadapan doktor. Doktor arahkan untuk buat ujian darah dan masukkan air sebab anak saya dah lembik sangat. By that time, dia dah muntah lebih 12 kali.

Ujian darah tak menunjukkan apa-apa abnormality. Kesemuanya baik. Doktor arahkan supaya anak kami dimasukkan ke wad. Kami setuju melihatkan keadaan anak kami yang sangat lembik dan tak bermaya. Setiap kali makan, mesti muntah balik sampai dia dah tak berani nak makan atau minum. Agaknya tekak dan perut dia dah sakit sebab banyak kami muntah. Masa ni, dia dah kena drip dengan air untuk elak dehydration.

Akhirnya doktor arahkan untuk buat ujian melalui najisnya. Keputusannya, sah, anak kami diserang rotavirus. Menurut kata doktor, virus ni senang merebak dan menjangkiti anak-anak kecil. Anak kami dimasukkan ke wad kuarantin. 2 hari pertama, demam dia sangat on off. Kejap tak demam, kejap tiba-tiba demam tinggi. Selera makan sangat tak ok. Hulur susu dan makanan semua dia taknak. Yang dia nak hanyalah susu badan. Itupun lepas menyusu, muntah semula. Kesian sangat!

Anak kami tak makan langsung selama 4 hari (kecuali menyusu badan). Pada masa sama, air masih dimasukkan ke dalam badan. Demam masih on off dan muntah makin berkurang tetapi dia mula cirit birit. Muntah dan cirit birit adalah petanda baik sebab badannya sedang menyingkirkan virus-virus tu. Tapi bau cirit dari rotavirus ni sangat menyengat i.e. busuk. Kena tarik nafas pannnjang sangat sebelum cuci berak dia.

Dalam tempoh ni, anak sangat lembik dan asyik tidur. Taknak dengan sesiapa kecuali saya. Saya ambil cuti kecemasan untuk jaga anak di hospital. Sehinggalah hari ke-7, anak kami mula nampak ceria dan mahu makan walaupun masih refuse susu botol. Doktor discharge anak kami pada hari ke 8. Fuhh, sangat lama rasanya 8 hari tersebut.

Jadi, buat parents diluar sana, vaksinkan anak anda dengan vaksin rotavirus. Kami kurang cakna mengenai vaksin ini, hasilnya virus ini mudah menyerang anak kami. Maafkan umi abi ya anak. Selain itu, pastikan persekitan anak kita sentiasa bersih agar tak ada kuman, bakteria dan virus jahat dapat masuk ke badan anak kita.