Tuesday, 28 February 2017
Bangla yang kuat kerja
Harini umi terkejut bila ada bangla cleaner kat ofis umi bagi hundred plus ni sorang satu kat ofis. Bangla ni kita panggil dia R lah senang ye. R dah kerja dengan company ni almost 10 years. Lama la jugak tu. Kerja dia hari-hari sapu lantai, mop lantai, angkat sampah, bersihkan toilet dan semua acara2 pembersihan la smpai ke cuci pinggan mangkuk yg digunakan lepas meeting. Haha.
Nak kata gaji si R ni tinggi, rasanya tak smpai pun mcm gaji eksekutif yg fresh graduate kat sini walaupun dah 10 tahun dia kerja sini. Tapi apa dia buat nak tambah duit? Dia meniaga air tin, jual topup dan jual makanan sikit2.
Bila umi tanya untung ke jual air tin? Jawapan paling menyentap ialahhhh jeng3. Si R kata walaupun 10sen tetap untung. Dia terus jual. Lama2 kumpul banyak juga.
Wah sentap uols. Kita2 ni pandang duit 10sen tu sebelah mata je kan. Tapi orang2 mcm si R ni sgt hargai 10sen tu. Allahu. Sangat kuat berusaha dan tak kisah untung berapa janji ada keuntungan. Moga2 bisnes si R ni berkembang lah, disebabkan kerajinan dia. Dan disebabkan dia suka bersedekah juga, moga berlipat ganda lagi kebaikan untuknya.
Tuesday, 21 February 2017
Minum Air Gula Semasa Mengandung
Aduh. Umi first time pergi klinik kerajaan, terus dapat appointment untuk minum air gula. Kenapa? Sebab mama tok adalah pesakit diabetes. Huhu. Makanya, umi pun disyaki mempunyai diabetes.
Maka, hari yang mendebarkan tu pun tiba. Sebelum ambil air gula, umi kena puasa dulu malam sebelumnya. Nurse pesan jangan minum dan makan selepas pukul 10 malam. Keesokan harinya, pukul 8pagi ialah appointment minum air gula. Umi akur sahaja.
Gigih puasa seperti yang diminta. Umi pun sampai di klinik kerajaan Rawang pkul 8 pagi. Ramai orang, tapi disebabkan nurse-nurse tahu umi nak minum air gula, proses agak cepat sedikit. Sebelum minum air gula, kena ambil darah dulu sebab nurse nak tengok perbezaan result darah sebelum dan selepas minum air gula. Score darah umi sebelum minum air gula ialah 4.8. Nurse kata ok lagi nihh. Umi pun dalam hati, syukur sangat. Hoho risaunya kalau ada kencing manis! >.<
So, nurse suruh masuk satu bilik yang disediakan bergelas-gelas-gelas air gula. Beratur semua gelas-gelas tu tau. Seram umi tengok. Tak ramai orang dalam bilik tu. Masa tu umi baru 11-12 weeks mengandungkan baby. Memang mabuk betul lah, kalau tak kena gaya umi boleh muntah lepas makan atau minum apa-apa. Mashaallah, umi takut. Dikuatkan diri, umi ambil satu gelas dan duduk. Teringat kisah-kisah orang lain minum air gula. Ada yang suruh sekali teguk lah, ada yang cakap minum cepat-cepatlah. Macam-macam tips. Umi cuba dulu air gula tu. Pheww manisss. Tapi tekak umi boleh terima lagi. Umi rasa tak boleh minum sekali teguk macam orang lain. Umi minum sikit-sikit sampai habis satu gelas air gula tu. Ada lah dalam 20 kali teguk jugak =D Alhamdulillah, umi berjaya habiskan segelas air gula. Kemudian, umi kena tunggu 2 jam untuk ambil darah semula.
Dalam masa 2 jam menunggu tu, umi istighfar banyak-banyak. Harap-harap tak muntah. Sekali pergi toilet buang air. Tak muntah. Alhamdulillah. Lepas tu, umi scan perut. Heee umi Nampak baby masa tu kecil sangat. Dah ada kaki dan tangan comel-comel. Cukup dua jam, kena ambil darah. Takutnyee la kalau betul ada diabetes sebab mama tok kan ada diabetes. Lepas check, nurse pun bagitau result darah umi 7.4. Huahuahua. Atas border line je sayang. Kalau lebih 7.8 memang kencing manis dah umi. Alhamdulillah, nurse cakap tak ada kencing manis walaupun sipi-sipi saja lagi :D
Rupanya kalau ada ujian minum air gula, doctor akan bagi MC kepada ibu-ibu mengandung yang bekerja. Jadi, umi pun dapatlah MC. Yay, balik rumah, umi rehat saja. Abi? Abi kena work. Hehehe. Tapi yang tak bestnya, nanti dah 28 minggu umi kena minum air gula sekali lagi. Sighhhh.

Gambar dari google. Sama macam air gula yang umi minum.
Pengambilan Susu Kambing Semasa Mengandung
Masa kali pertama check-up dekat klinik desa Rawang bulan 11 tahun 2016, nurse ada pesan dekat umi untuk minum susu. Nurse kata minum susu tepung. Masa tu, baru 10 minggu umi mengandungkan baby. Masa pergi check-up tu, abi ikut teman kita sekali, Ala sho sweet kan abi. Tapi kesian, abi kena tunggu kat luar je hehe >,<
Masa tu umi tengah mabuk-mabuk mengandung, First trimester, Masa ni dah muntah-muntah, loya kalau tengok makanan, tak lalu makan, pening-pening dan mengada-ngada sikit dengan abi. Hehe. Sampai sekarang pun umi mengada-ngada dengan abi tu =p
Jadi, umi dan abi pun pergilah tesco untuk beli susu mengandung untuk umi, dan baby juga (sebab baby amik kalsium umi hehe). Abi suruh umi ambil susu Anmum. Memang famous la susu ni kan, ada iklan dalam tv siap. Tapi umi rasa macam nak muntah bila tengok susu Anmum yang original tu. Makanyaaa, umi ambil yang perisa coklat. Haha. Masa tu umi belum tahu yang susu anmum perisa coklat berkemungkinan ada kuantiti gula. Maka, 2 kotak jugaklah umi minum susu anmum perisa coklat tu. Kenapa bahaya kalau ada gula? Sebabnya ada risiko untuk umi dapat kencing manis. Bahayanyaaa.
Sampailah satu masa, masa umi minum susu anmum perisa coklat tu, umi rasa susu tu macam manis sangat. Tetiba saja, so umi pun rasa pelik. Umi pun google-lah pengalaman orang-orang lain yang dah minum susu anmum. Ramai yang claim susu anmum ni ada gula, umi malas nak tengok ingredient susu anmum ni walaupun kotak-kotak tu masih ada kat dapur. Hehe. So, umi pun nak cari alternative lain, sebab umi perlu minum susu untuk bekalkan kalsium dekat badan umi dan baby. Sampailah umi terjumpa orang bercakap-cakap mengenai susu kambing.
Selepas beberapa research dan baca pengalaman orang lain yang ambil susu kambing semasa dan selepas mengandung, umi jadi yakin nak minum susu kambing. So, umi dan abi pun belilah susu kambing wildan (yang biasa sahaja). First time nak minum tu rasa takut lah jugak, ye la kalau tak sedap ke, termuntah ke. Masa tu umi dah nak masuk 4 bulan mengandungkan baby. Alhamdulillah, dah tak ada muntah-muntah, Cuma loya-loya saja :) Alhamdulillah, susu kambing kena dengan tekak umi. Umi minum dua kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Umi campur sebiji kurma ajwa dalam setiap gelas susu kambing yang umi minum. So far, umi tak rasa apa-apa perubahan sangat, cuma rasa lega sebab ada bekalan kalsium dan khasiat untuk kita berdua. Umi tengah plan nak ambil pil kalsium juga as backup untuk kita, inshaallah nanti umi beli ya. Baby kat dalam tu duduk baik-baik. Umi dan abi sayang baby.
Sekarang dah beralih ke susu kambing pula. alhamdulillah tekak boleh terima.
Love you sayang.
Bleeding semasa minggu ke 20 mengandung (5 bulan)
Ya ampun, panik betul umi dan abi bila tengok umi bleeding masa minggu ke 20 mengandung. Masa tu baru lepas mandi, umi dah rasa lain macam. Guna tisu untuk lap bahagian bawah tu, tiba2 ada darah fresh beserta sedikit ketulan darah. Ya Allah! Masa tu panik sangat sampai abi jadi kelam kabut. Kebetulan masa tu kami dekat kampung, jadi abi pun bagitau nenek. Masa 20th week ni, umi dah dapat rasa pergerakan baby. Lepas bleeding tu, umi tak rasa lansung pergerakan baby. Panik panik. Jam dah 8 malam masa tu. Kakak abi suggest umi dan abi pergi scan baby dekat klinik. Jadi, kami pun siap2 dan bergegas ke klinik.
Sampai je di klinik, umi dah risau. Takut ada apa2 masalah dekat kandungan umi. Huwaa T_T Tapi masa dalam perjalan ke klinik, umi rasa ada gerakan baby. Hati jadi tenang sikit. Alhamdulillah. Kemudian bila turn masuk ke klinik, terus kami bagitau doktor yang umi ada bleeding dan nak check baby ok tak. Doctor scan dan alhamdulillah, heartbeat baby masih baik dan normal. Nangis! Doktor sarankan banyakkan berehat dan yang best sangat, umi dapat MC satu minggu. Hoho.
Alkisahnya macam mana umi boleh bleeding? Sebenarnya umi pun tak tahu. Tapi umi dan abi buat kesimpulan kemungkinan besar adalah disebabkan umi terlalu banyak berjalan, bergerak dan keletihan. Sehari sebelum bleeding, umi berjalan dan berdiri tanpa duduk lansung lebih kurang 3 jam sebab pergi shopping groceries dengan keluarga mertua. Umi ada rasa lenguh tapi biarkan je sbb tak rasa teruk pun. Bukan taknak duduk tapi tak ada kerusi untuk duduk. Kalau nak duduk pun kena duduk tepi dinding dan atas lantai. Huhu. Kemudian, hari yang sama sebelum bleeding berlaku, umi dan abu ada jalan2 sekitar bandar. Kira memang aktif betul lah. Malamnya terus bleeding. Rasa sakit tak? Tak sakit. Cuma rasa mcm nak period. Tu je. Huhu.
Memang pengalaman yang panik dan tak dapat dilupakan. Kepada pregnant mommies out there, please limit your action ya. Jangan gerak terlalu banyak dan lama sangat especially kandungan kita masih belum matang kan. Tapi jangan sampai tak gerak lansung pulak >•<
Oklah. Minta doakan kandungan umi baik2 smpailah baby keluar nanti yeee <3
Saturday, 18 February 2017
Pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia
Harini teman En Hubby pulangkan semula buku yang dipinjam daripada PNM. Sebelum kami sampai ke Bahagian Pinjaman, kami makan tengahari dulu di cafeteria PNM. Variety makanan agak banyak dan harga pun berpatutan.
Ni hidangan yang kami makan. Harga semua ni cuma RM9.00 dan air suam free hehe.
Lepas makan, kami pergi ke Bahagian Pinjaman, Tingkat 3. Cafeteria dan Bahagian Pinjaman ni terletak di dalam bangunan yang berlainan. Selepas sampai di tingkat 3, En Hubby pulangkan buku di kaunter dan umi duduk berehat sekejap. Cepat letih bila berjalan sekarang hehe sbb dalam perut kan ada baby active ni.
Lepas tu, umi teringat nak cari nama anak. Terus guna komputer yang disediakan untuk search bahagian buku yang ada buku nama-nama anak. Ada banyak jugak pilihan buku disini dan banyak salinan buku yang masih available untuk dipinjam. Rambang mata jugak tgk list buku-buku ni. Catat no. buku pastu dah boleh cari buku.
Ni komputer yang umi guna untuk search buku-buku nama anak. Sangat efisien!
Jadi, umi pun jalan la pelan-pelan cari buku-buku nama-nama anak. Semput la jugak walaupun tingkat ni x seluas mana. Sempat berehat dekat kerusi yang disediakan. Pusing punya pusing, boleh pula tak jumpa bahagian buku nama-nama anak ni. Rupa-rupanya kena naik tingkat atas. Umi decide nak naik dengan En Hubby je nanti. En Hubby? Bukan main khusyuk dia cari buku lain untuk dipinjam lagi. Sementara tunggu En Hubby pilih buku, umi duduk lagi sambil selak-selak buku yang ada.
Ni antara buku yang umi sempat selak dekat sini. Loving our parents by Abdul Malik Mujahid. Lamanyaaaa tak membaca, feeling sangat membaca dekat library harini! Heheh.
Berapa buku yang boleh kita pinjam? 6 buah buku sahaja untuk satu-satu masa. Berapa lama boleh kita pinjam? Sebulan sahaja tapiiii boleh renew pinjaman kalau masih belum habis baca. Cara nak renew? Boleh call PNM directly ataupun datang ke PNM untuk buat renewal. Senang kan? Masa nak pinjam buku, kena bawa kad pengenalan sekali ya.
Nanti baby dah keluar dan dah besar sikit, nak datang kesini lagi. Sbb umi dan abi suka membaca. Jadiii baby pun kena membaca jugak. Hehe. Orang cakap, you are what you read. The more you read, the more you know. And knowledge is power! Haha. Ok umi dah mula berangan.
Ni buku-buku yang umi pinjam. All about nama anak. OMG :D

Friday, 17 February 2017
4 months pregnant
What does it feel when having pregnant at 4 months 3 weeks and 5 days?
I frequently feel hungry and when the hungriness strikes, I feel like vomiting on the spot! I think it might be the wind. I have to eat, practically anything to cure my frequent hungriness. It comes very frequently like seriouslyyyyy. Cookies, biscuits and raisins are my best friends at the moment. Anything for you my little miracle. Umi loves you so much.
1.2.2017

Ujian Kehamilan Menggunakan Clearblue UPT Kit
Selepas enam hari delay period, maka umi mula jangkakan bahawa umi mungkin mengandung. Tanda-tanda mengandung tak begitu ketara cuma kelewatan period dari tarikh dijangka period dan breast tenderness (breast tenderness ni agak menyakitkan dan tidak menyelesakan T_T).
Abi pun dah buat jangkaan yang sama cuma dia masih nak tunggu lagi, mungkin period memang lewat kot bulan ini. Abi tak meletakkan harapan tinggi, takmau berharap sangat katanya. Nanti kalau tak mengandung, frust menonggeng pula. Haha. Tapiiiii umi terlampau curiga sebab tak pernah seumur hidup period lewat sampai enam hari. Paling lama pun cuma 4 hari saja. Curious sangat nak tahu, umi mengandung ke tidak? >.<
Maka secara diam-diam umi pun pergi ke Guardian dan survey Urine Pregnancy Test (UPT) kit (jangan tiru aksi ini, nak pegi mana2 kena bagitau suami dulu ye >.<). Ada pregnancy test yang mahal, ada yang murah. Kalau diikutkan dari pembacaan blog-blog pregnant mommies yang lain, ramai yang suggest Clearblue UPT Kit sbb sgt accurate. Tapiiiii tahukah anda bahawa Clearblue UPT Kit ni agak mahal iaitu RM37+ seunit T_T huwaa (mahal lah untuk rakyat marhaen yang hidup tersepit di kotaraya ini). Tapi disebabkan takmau berteka-teki lama sangat dengan soalan-soalan seperti double line ke single line, line jelas ke tak bila guna UPT Kit jenama lain, maka umi terus beli Clearblue UPT Kit dengan yakin sekali. Masa beli tu waktu petang, lepas balik dari office.
Sesampai dirumah, pelan-pelan sembunyi UPT kit tu dalam toilet. Org kata UPT ni elok buat pada waktu pagi semasa urine pertama kita untuk hari tersebut. Makanyaa umi pun tunggu sajalah sampai esok paginya. Tidur pun tak lena sangat dok fikir positif ke negatif esok nih :D
Paginya, sebelum subuh umi pun buat UPT. Result keluar selepas 3 minit. 3 minit tu masa menunggu yang amat lama okayy :P So, lepas dah celupkan urine kepada Clearblue UPT Kit tu, umi pun letak dia jauh-jauh dan gosok gigi, cuci muka dan ambik wuduk untuk solat Subuh. Lepas dah siap semuanya, hati gementar berdebar dupdap2 nak tengok UPT kit tu. Wehh berdebar, seriouss. Boleh pulak macam tu haha. Dikuatkan hati, pegang UPT kit tu dan terteralah "Pregnant 3+". Alhamdulillah, syukur :)))
Kemudian, kejut abi ajak solat subuh. Lepas solat, tunjuk kat abi. Reaksi abi? Ceh tak terkejut pun. Sabau jela diknon. Katanya dia memang dah agak. Control macho betul abi ni kan. Apa-apa pun umi abi sangat bersyukur, alhamdulillah. Moga baby selamat membesar, inshallah!!

*contoh gambar Clearblue UPT kit yang umi guna*
Senarai Keperluan Baby Selepas Lahir
Fuhhh berpeluh jugak umi tengok senarai barang-barang dan harga barang-barang lepas bersalin nanti. Bukan keperluan untuk baby je, tapi keperluan umi pun banyak jugak.
Dengan kesempitan ekonomi sekarang, agak terasa banyaknya kos nanti. Harga yang disurvey pun rata-rata lebih kurang je, kalau murah pun seringgit dua je. Jadi, tak berbaloi umi dan abi nak pergi banyak-banyak tempat untuk dapatkan barang baby dan barang umi nanti. Beli semua kat satu tempat, senang. Umi ingat lagi masa pertama kali survey baju baby dulu. Satu baju yang kecik dan plain tu harganya RM15. Terkejut jugak umi. Baju je tu, tak masuk seluar lagi. Huahua. Lama-lama lepas survey, barulah umi nampak yang sebenar-benarnya harga baju baby ni memang tak murah T_T Jadi, umi pasrah sajelah. Sobs.
Umi dan abi target nak besederhana saja. Kata orang baby cepat membesar, jadi umi taknak beli terlalu banyak pakaian newborn untuk baby nanti. Harap-harap dengan senarai yang umi buat ni, cukuplah untuk baby nanti. Tapi kalau tak cukup, terpaksalah kita tarik tangan abi pergi beli lagi kannn hihi. Masa tu nanti, abi pula terpaksa pasrah. Haha..
Senarai keperluan umi
1. Set berpantang
2. Tungku
3. Kain batik
4. Stokin
5. Minyak panas
6. Tukang urut
7. Maternity pad
8. Sweater
9. Nursing bra
10. Breast pump
11. Breast pad
Senarai keperluan baby
1. Bedung
2. Barut perut
3. Sapu tangan
4. Rompers
5. Socks
6. Baju/seluar panjang
7. Baju/seluar pendek
8. Baju/seluar lubang
9. Topi
10. Tuala
11. Mitten/booties
12. Diapers
13. Wet tissue
14. Tikar kecil
15. Spray bottle
16. Toiletries
17. Besen mandi
18. Minyak telon
19. Pemotong kuku
20. Cotton buds
21. Tilam + kelambu
22. Bakul baju baby
23. Bag baby travel
24. Baby stroller
25. Nursing cover - guna wide shawl je
26. Car seat
27. Penyangkut baju klip
28. Puting
29. Botol susu
30. Warmer bag
Haaa gigih umi list down barang-barang ni. Proses shopping belum start lagi, tapi umi dah berhari-hari google maklumat paling berharga ni. Haha. Harap-harap umi tak rambang mata dan sentiasa kawal iman masa shopping nanti. Inshaallah bila baby dah 7 ke 8 bulan dlm perut nanti umi abi bawak gi shopping yeee. Hehe. Sekarang ni baru 4 bulan. Haha gigih dan nampak sangat umi excited nak jumpa awak baby! Walaupun tak tahu awak baby girl ke baby boy lagik >.< Umi pun tak tahu lansung nak agak awak boy ke girl. Yang pastinya umi abi harap awak sihat membesar dengan jaya dan gembiranya dalam poyot umi.
Love you baby!
Subscribe to:
Posts (Atom)