Friday 17 February 2017

Senarai Keperluan Baby Selepas Lahir



Fuhhh berpeluh jugak umi tengok senarai barang-barang dan harga barang-barang lepas bersalin nanti. Bukan keperluan untuk baby je, tapi keperluan umi pun banyak jugak. 

Dengan kesempitan ekonomi sekarang, agak terasa banyaknya kos nanti. Harga yang disurvey pun rata-rata lebih kurang je, kalau murah pun seringgit dua je. Jadi, tak berbaloi umi dan abi nak pergi banyak-banyak tempat untuk dapatkan barang baby dan barang umi nanti. Beli semua kat satu tempat, senang. Umi ingat lagi masa pertama kali survey baju baby dulu. Satu baju yang kecik dan plain tu harganya RM15. Terkejut jugak umi. Baju je tu, tak masuk seluar lagi. Huahua. Lama-lama lepas survey, barulah umi nampak yang sebenar-benarnya harga baju baby ni memang tak murah T_T Jadi, umi pasrah sajelah. Sobs.

Umi dan abi target nak besederhana saja. Kata orang baby cepat membesar, jadi umi taknak beli terlalu banyak pakaian newborn untuk baby nanti. Harap-harap dengan senarai yang umi buat ni, cukuplah untuk baby nanti. Tapi kalau tak cukup, terpaksalah kita tarik tangan abi pergi beli lagi kannn hihi. Masa tu nanti, abi pula terpaksa pasrah. Haha..

Senarai keperluan umi
1. Set berpantang 
2. Tungku
3. Kain batik 
4. Stokin 
5. Minyak panas
6. Tukang urut 
7. Maternity pad
8. Sweater
9. Nursing bra
10. Breast pump
11. Breast pad


Senarai keperluan baby
1. Bedung 
2. Barut perut 
3. Sapu tangan 
4. Rompers 
5. Socks 
6. Baju/seluar panjang 
7. Baju/seluar pendek
8. Baju/seluar lubang 
9. Topi 
10. Tuala 
11. Mitten/booties 
12. Diapers 
13. Wet tissue 
14. Tikar kecil 
15. Spray bottle 
16. Toiletries
17. Besen mandi
18. Minyak telon 
19. Pemotong kuku
20. Cotton buds
21. Tilam + kelambu
22. Bakul baju baby
23. Bag baby travel 
24. Baby stroller
25. Nursing cover - guna wide shawl je
26. Car seat
27. Penyangkut baju klip
28. Puting
29. Botol susu
30. Warmer bag

Haaa gigih umi list down barang-barang ni. Proses shopping belum start lagi, tapi umi dah berhari-hari google maklumat paling berharga ni. Haha. Harap-harap umi tak rambang mata dan sentiasa kawal iman masa shopping nanti. Inshaallah bila baby dah 7 ke 8 bulan dlm perut nanti umi abi bawak gi shopping yeee. Hehe. Sekarang ni baru 4 bulan. Haha gigih dan nampak sangat umi excited nak jumpa awak baby! Walaupun tak tahu awak baby girl ke baby boy lagik >.< Umi pun tak tahu lansung nak agak awak boy ke girl. Yang pastinya umi abi harap awak sihat membesar dengan jaya dan gembiranya dalam poyot umi. 

Love you baby!





No comments:

Post a Comment