Abi pun dah buat jangkaan yang sama cuma dia masih nak tunggu lagi, mungkin period memang lewat kot bulan ini. Abi tak meletakkan harapan tinggi, takmau berharap sangat katanya. Nanti kalau tak mengandung, frust menonggeng pula. Haha. Tapiiiii umi terlampau curiga sebab tak pernah seumur hidup period lewat sampai enam hari. Paling lama pun cuma 4 hari saja. Curious sangat nak tahu, umi mengandung ke tidak? >.<
Maka secara diam-diam umi pun pergi ke Guardian dan survey Urine Pregnancy Test (UPT) kit (jangan tiru aksi ini, nak pegi mana2 kena bagitau suami dulu ye >.<). Ada pregnancy test yang mahal, ada yang murah. Kalau diikutkan dari pembacaan blog-blog pregnant mommies yang lain, ramai yang suggest Clearblue UPT Kit sbb sgt accurate. Tapiiiii tahukah anda bahawa Clearblue UPT Kit ni agak mahal iaitu RM37+ seunit T_T huwaa (mahal lah untuk rakyat marhaen yang hidup tersepit di kotaraya ini). Tapi disebabkan takmau berteka-teki lama sangat dengan soalan-soalan seperti double line ke single line, line jelas ke tak bila guna UPT Kit jenama lain, maka umi terus beli Clearblue UPT Kit dengan yakin sekali. Masa beli tu waktu petang, lepas balik dari office.
Sesampai dirumah, pelan-pelan sembunyi UPT kit tu dalam toilet. Org kata UPT ni elok buat pada waktu pagi semasa urine pertama kita untuk hari tersebut. Makanyaa umi pun tunggu sajalah sampai esok paginya. Tidur pun tak lena sangat dok fikir positif ke negatif esok nih :D
Paginya, sebelum subuh umi pun buat UPT. Result keluar selepas 3 minit. 3 minit tu masa menunggu yang amat lama okayy :P So, lepas dah celupkan urine kepada Clearblue UPT Kit tu, umi pun letak dia jauh-jauh dan gosok gigi, cuci muka dan ambik wuduk untuk solat Subuh. Lepas dah siap semuanya, hati gementar berdebar dupdap2 nak tengok UPT kit tu. Wehh berdebar, seriouss. Boleh pulak macam tu haha. Dikuatkan hati, pegang UPT kit tu dan terteralah "Pregnant 3+". Alhamdulillah, syukur :)))
Kemudian, kejut abi ajak solat subuh. Lepas solat, tunjuk kat abi. Reaksi abi? Ceh tak terkejut pun. Sabau jela diknon. Katanya dia memang dah agak. Control macho betul abi ni kan. Apa-apa pun umi abi sangat bersyukur, alhamdulillah. Moga baby selamat membesar, inshallah!!
*contoh gambar Clearblue UPT kit yang umi guna*
No comments:
Post a Comment