Lepas makan, kami pergi ke Bahagian Pinjaman, Tingkat 3. Cafeteria dan Bahagian Pinjaman ni terletak di dalam bangunan yang berlainan. Selepas sampai di tingkat 3, En Hubby pulangkan buku di kaunter dan umi duduk berehat sekejap. Cepat letih bila berjalan sekarang hehe sbb dalam perut kan ada baby active ni.
Lepas tu, umi teringat nak cari nama anak. Terus guna komputer yang disediakan untuk search bahagian buku yang ada buku nama-nama anak. Ada banyak jugak pilihan buku disini dan banyak salinan buku yang masih available untuk dipinjam. Rambang mata jugak tgk list buku-buku ni. Catat no. buku pastu dah boleh cari buku.
Jadi, umi pun jalan la pelan-pelan cari buku-buku nama-nama anak. Semput la jugak walaupun tingkat ni x seluas mana. Sempat berehat dekat kerusi yang disediakan. Pusing punya pusing, boleh pula tak jumpa bahagian buku nama-nama anak ni. Rupa-rupanya kena naik tingkat atas. Umi decide nak naik dengan En Hubby je nanti. En Hubby? Bukan main khusyuk dia cari buku lain untuk dipinjam lagi. Sementara tunggu En Hubby pilih buku, umi duduk lagi sambil selak-selak buku yang ada.
Ni antara buku yang umi sempat selak dekat sini. Loving our parents by Abdul Malik Mujahid. Lamanyaaaa tak membaca, feeling sangat membaca dekat library harini! Heheh.
Berapa buku yang boleh kita pinjam? 6 buah buku sahaja untuk satu-satu masa. Berapa lama boleh kita pinjam? Sebulan sahaja tapiiii boleh renew pinjaman kalau masih belum habis baca. Cara nak renew? Boleh call PNM directly ataupun datang ke PNM untuk buat renewal. Senang kan? Masa nak pinjam buku, kena bawa kad pengenalan sekali ya.
Nanti baby dah keluar dan dah besar sikit, nak datang kesini lagi. Sbb umi dan abi suka membaca. Jadiii baby pun kena membaca jugak. Hehe. Orang cakap, you are what you read. The more you read, the more you know. And knowledge is power! Haha. Ok umi dah mula berangan.
Ni buku-buku yang umi pinjam. All about nama anak. OMG :D
No comments:
Post a Comment