Tuesday, 21 February 2017

Bleeding semasa minggu ke 20 mengandung (5 bulan)


Ya ampun, panik betul umi dan abi bila tengok  umi bleeding masa minggu ke 20 mengandung. Masa tu baru lepas mandi, umi dah rasa lain macam. Guna tisu untuk lap bahagian bawah tu, tiba2 ada darah fresh beserta sedikit ketulan darah. Ya Allah! Masa tu panik sangat sampai abi jadi kelam kabut. Kebetulan masa tu kami dekat kampung, jadi abi pun bagitau nenek. Masa 20th week ni, umi dah dapat rasa pergerakan baby. Lepas bleeding tu, umi tak rasa lansung pergerakan baby. Panik panik. Jam dah 8 malam masa tu. Kakak abi suggest umi dan abi pergi scan baby dekat klinik. Jadi, kami pun siap2 dan bergegas ke klinik.

Sampai je di klinik, umi dah risau. Takut ada apa2 masalah dekat kandungan umi. Huwaa T_T Tapi masa dalam perjalan ke klinik, umi rasa ada gerakan baby. Hati jadi tenang sikit. Alhamdulillah. Kemudian bila turn masuk ke klinik, terus kami bagitau doktor yang umi ada bleeding dan nak check baby ok tak. Doctor scan dan alhamdulillah, heartbeat baby masih baik dan normal. Nangis! Doktor sarankan banyakkan berehat dan yang best sangat, umi dapat MC satu minggu. Hoho.

Alkisahnya macam mana umi boleh bleeding? Sebenarnya umi pun tak tahu. Tapi umi dan abi buat kesimpulan kemungkinan besar adalah disebabkan umi terlalu banyak berjalan, bergerak dan keletihan. Sehari sebelum bleeding, umi berjalan dan berdiri tanpa duduk lansung lebih kurang 3 jam sebab pergi shopping groceries dengan keluarga mertua. Umi ada rasa lenguh tapi biarkan je sbb tak rasa teruk pun. Bukan taknak duduk tapi tak ada kerusi untuk duduk. Kalau nak duduk pun kena duduk tepi dinding dan atas lantai. Huhu. Kemudian, hari yang sama sebelum bleeding berlaku, umi dan abu ada jalan2 sekitar bandar. Kira memang aktif betul lah. Malamnya terus bleeding. Rasa sakit tak? Tak sakit. Cuma rasa mcm nak period. Tu je. Huhu.

Memang pengalaman yang panik dan tak dapat dilupakan. Kepada pregnant mommies out there, please limit your action ya. Jangan gerak terlalu banyak dan lama sangat especially kandungan kita masih belum matang kan. Tapi jangan sampai tak gerak lansung pulak >•<

Oklah. Minta doakan kandungan umi baik2 smpailah baby keluar nanti yeee <3

No comments:

Post a Comment