Masa kali pertama check-up dekat klinik desa Rawang bulan 11 tahun 2016, nurse ada pesan dekat umi untuk minum susu. Nurse kata minum susu tepung. Masa tu, baru 10 minggu umi mengandungkan baby. Masa pergi check-up tu, abi ikut teman kita sekali, Ala sho sweet kan abi. Tapi kesian, abi kena tunggu kat luar je hehe >,<
Masa tu umi tengah mabuk-mabuk mengandung, First trimester, Masa ni dah muntah-muntah, loya kalau tengok makanan, tak lalu makan, pening-pening dan mengada-ngada sikit dengan abi. Hehe. Sampai sekarang pun umi mengada-ngada dengan abi tu =p
Jadi, umi dan abi pun pergilah tesco untuk beli susu mengandung untuk umi, dan baby juga (sebab baby amik kalsium umi hehe). Abi suruh umi ambil susu Anmum. Memang famous la susu ni kan, ada iklan dalam tv siap. Tapi umi rasa macam nak muntah bila tengok susu Anmum yang original tu. Makanyaaa, umi ambil yang perisa coklat. Haha. Masa tu umi belum tahu yang susu anmum perisa coklat berkemungkinan ada kuantiti gula. Maka, 2 kotak jugaklah umi minum susu anmum perisa coklat tu. Kenapa bahaya kalau ada gula? Sebabnya ada risiko untuk umi dapat kencing manis. Bahayanyaaa.
Sampailah satu masa, masa umi minum susu anmum perisa coklat tu, umi rasa susu tu macam manis sangat. Tetiba saja, so umi pun rasa pelik. Umi pun google-lah pengalaman orang-orang lain yang dah minum susu anmum. Ramai yang claim susu anmum ni ada gula, umi malas nak tengok ingredient susu anmum ni walaupun kotak-kotak tu masih ada kat dapur. Hehe. So, umi pun nak cari alternative lain, sebab umi perlu minum susu untuk bekalkan kalsium dekat badan umi dan baby. Sampailah umi terjumpa orang bercakap-cakap mengenai susu kambing.
Selepas beberapa research dan baca pengalaman orang lain yang ambil susu kambing semasa dan selepas mengandung, umi jadi yakin nak minum susu kambing. So, umi dan abi pun belilah susu kambing wildan (yang biasa sahaja). First time nak minum tu rasa takut lah jugak, ye la kalau tak sedap ke, termuntah ke. Masa tu umi dah nak masuk 4 bulan mengandungkan baby. Alhamdulillah, dah tak ada muntah-muntah, Cuma loya-loya saja :) Alhamdulillah, susu kambing kena dengan tekak umi. Umi minum dua kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Umi campur sebiji kurma ajwa dalam setiap gelas susu kambing yang umi minum. So far, umi tak rasa apa-apa perubahan sangat, cuma rasa lega sebab ada bekalan kalsium dan khasiat untuk kita berdua. Umi tengah plan nak ambil pil kalsium juga as backup untuk kita, inshaallah nanti umi beli ya. Baby kat dalam tu duduk baik-baik. Umi dan abi sayang baby.
Sekarang dah beralih ke susu kambing pula. alhamdulillah tekak boleh terima.
Love you sayang.
No comments:
Post a Comment