Thursday, 25 April 2019

Susu Fernleaf Untuk Anak (Review)


Anak saya mula minum susu formula pada usia 18 bulan, sebab saya rasa susu badan dah makin kurang dan pada masa sama anak saya tak berapa suka minum air kosong. Jadi, untuk pastikan anak saya tak dehydrate, kami beri susu formula. Mula-mula, kami beri Friso Gold 3. Pada mulanya dia tak minum sangat sebab tak biasa minum susu lain kan, tapi lepas 3 ke 4 minggu (lama la jugak, seriously), nampak dia dah okay untuk minum susu formula.

Lepas buat bacaan dan research sikit, saya simpulkan mostly susu formula mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini bermaksud tak elok untuk kesihatan badan dan gigi anak saya. Melalui pengalaman rakan saya, anak dia yang minum susu formula dah jadi kurang selera makan tapi asyik nak susu sahaja sehingga 8 ke 9 kali sehari! Banyak tu. Bayangkan the sugar intake…..



Ni la rupa susu Fernlead Full Cream yang kami beli.
Jangan silap beli yang Family pulak ye. Beli yang Full Cream.
Harga dalam RM40+ untuk 1.8kg macam ni.
Gambar: Google Image


Lepas habis je susu Friso Gold, kami berikan susu Fernleaf Full Cream untuk anak kami. Focus utama saya ialah taknak rasa manis yang banyak, tak bergantung pada susu sebagai sumber makanan utama dan selera makan yang normal. Alhamdulillah, anak saya dah lebih 4 bulan minum susu ni. Dia selalu berselera semasa makan dan tak pilih makanan (so far, harap-harap berkekalanlah macam ni :D). Kuantiti susu lebih kurang 4 ke 5 kali minum (6oz) sehari, air kosong 1 ke 2 botol sehari & breastfeed sebelum tidur (yang ni masih takleh tinggal). Inshaallah harap-harap dapat kekal dehydrate dan membesar dengan baik.

Yang paling saya suka mengenai susu Fernleaf Full Cream ialah susu ni tak buat anak saya ketagih nak minum lagi dan lagi (selalunya ketagihan berlaku bila susu ni rasa manis) dan selera makan anak saya elok. Dia makan apa yang kita sediakan sampai dia kenyang (anak saya memang kuat makan sejak baby, seronok sangat tengok dia makan). Lagi satu plus point susu ini ialah harganya yang berpatutan. Kalau nak dibanding dengan harga susu Friso Gold yang sebelum ni, memang sangat berbezalah. Dan another plus point ialah susu ni boleh diminum oleh seisi keluarga.

Tapi pada pendapat saya susu sahaja tak cukup untuk beri khasiat dan nutrient yang anak saya perlukan. Jadi kami bertanggungjawab untuk pastikan anak kami makan makanan yang mempunyai nutrient dan khasiat yang seimbang seperti buah-buahan, sayur, real food (junk food is a big no for growing kids!). Saya puas hati dengan susu ni dan harap anak saya juga dapat membesar dengan baik dan sihat.

Wednesday, 24 April 2019

Pemakanan Ibu Menyusu

Saya menyusukan anak saya selama hampir dua tahun. Dalam tempoh ini, saya banyak membaca tentang cara-cara untuk banyakkan susu ibu dan pemakanan yang baik untuk ibu menyusu.

Sepanjang tempoh penyusuan, terutama semasa flow susu sangat banyak dan boleh buat stok susu yang banyak (tahun pertama menyusu), saya kerap berasa lapar dan lapar dan lapar. Walaupun baru sahaja lepas menjamah nasi ataupun makanan berat, saya tetap berasa lapar lagi. Berat, memang berat ya masalah ini tuan-tuan dan puan-puan. Harhar.

Oleh itu, saya perlukan makanan extra di dalam laci di pejabat, di dalam handbag, di dalam kereta dan dirumah sebab bila lapar tu datang, saya siap boleh menggigil. Makan roti gardenia kosong tu pun dah tak apa, janji ada makanan. Dahsyat betul bila diingatkan balik. Dalam masa yang sama saya cuba aplikasi makanan-makanan yang baik untuk proses penyusuan.

Antara pemakanan  yang saya amalkan untuk kekalkan kemeriahan susu badan ialah:

1. Roti & kekacang – Saya makan apa-apa sahaja jenis roti. Yang selalunya saya beli ialah roti gardenia perasa jagung & coklat, roti berjem dan roti planta. Saya tak kisah pasal kalori sebab melalui pembacaan saya, ibu menyusu memang perlukan lebih kalori daripada individu tidak menyusu. Manakala kekacang pula sangat best dibuat kudap-kudapan semasa buat kerja. Ada pakar kata bahawa pengambilan kekacang oleh ibu menyusu sejak awal penyusuan dapat mengurangkan sensitive / alergi oleh anak terhadap kekacang.

2. Nasi – Saya ambil nasi 2 ke 3 kali sehari. Breakfast, makan tengahari, makan malam semuanya nasi. Seperti saya nyatakan diatas, ibu menyusu perlukan kalori yang lebih, Dengan makan nasi, ia dapat memenuhi keperluan kalori saya dan saya pun dapat menyusu dengan tenang dan tidak lapar :D

3. Sayur & buah – setiap kali saya makan nasi, saya pastikan saya ambil sayur secukupnya dan sebanyaknya (tamak sayur :p). Setiap hari juga saya cuba untuk makan buah seperti tembikai, epal, pear, anggur atau betik. Sebab buah-buah dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi yang banyak. Dengan makan sayur dan buah, dapatlah disalurkan juga kepada anak melalui susu ibu.

4. Air – Air adalah sangat penting terutama buat ibu menyusu. Saya wajibkan diri untuk minum minimum 2 liter air sehari. Saya memang jenis susah minum air, jadi 2 liter tu dah kira banyak untuk saya. Kalau dapat minum lebih, lebih elok kata doktor yang saya jumpa di klinik kesihatan. Boleh cuba minum sedikit air semasa menyusu, you will feel the difference :D

Itu adalah antara pemakanan yang saya amalkan. Manakala, semasa tempoh penyusuan, saya mengelakkan pemakanan seperti:

1. Kafien – Saya limitkan (most of the time saya elakkan) pengambilan kafien dalam diet seharian dalam tempoh menyusu. Pengalaman ambil terlebih kafien ialah anak saya jadi susah tidur malam dan meragam. Kafien terdapat di dalam kopi, coklat, minuman bercoklat termasuk teh.

2. Limau CNY – Salah satu pengalaman saya makan limau CNY semasa dalam tempoh menyusu dulu, anak saya jadi sembelit yang teruk. Kesian sangat. Selepas 3 4 kali makan baru saya perasan situasi ni. Lepas dah stop makan limau CNY ni, alhamdulillah anak dah tak sembelit teruk. Lagipun limau ni memang tak bagus untuk dimakan pun sebab ada banyak pewarna dan bahan kimia digunakan untuk kekalkan kesegaran. Just ignore this limau dan makan limau marvel atau limau sunkist yang manis tu. Lagi elok, inshallah.

3. Fast food & junk food – Makanan-makanan ni tak ada nutritional value pun, tak elok untuk kesihatan saya dan juga kesihatan anak. Focus on real food. Kadang-kadang teringin jugak nak makan maggi kari, tapi langsung tak beli dan makan. Sebab memang tak elok kan. Cuma kadang-kadang teringin sangat baru makan nuggets @ sosej tapi limit kepada 1-2 pcs sahaja.

Untuk jadi ibu menyusu ni bukanlah mudah. Perlukan komitmen masa dan juga komitmen untuk pastikan diri sendiri makan makanan yang elok-elok sahaja demi anak tersayang. Semoga semua usaha diberi pahala oleh Allah. Ameen!

Tuesday, 23 April 2019

Anak Demam On Off Seminggu Serta Muntah-muntah

Anak saya berumur 1 tahun 10 bulan, sangat aktif, suka makan, periang dan bijak. Sejak akhir-akhir ni, anak saya kerap demam, selsema dan batuk. Entahlah, mungkin sebab dia tinggal di taska semasa saya bekerja. Di taska, dia bermain dengan anak-anak lain yang mungkin tidak sihat, lalu berjangkit pada dia.

Alkisahnya, anak kami demam on off dah seminggu. Bila kami bagi ubat, demamnya elok. Kemudian beberapa jam badan panas balik i.e. demam. Kami bagi ubat ikut timing pun masih demam. Begitulah selama beberapa hari. Kami dah mula risau. Pada satu malam tiba-tiba anak kami muntah-muntah. Segala isi perut seperti nasi dan susu keluar membanjiri katil. Selepas muntah, anak kami tidur. Kemudian apabila terjaga, muntah lagi. Ia berterusan beberapa kali. Kami dah jadi mega risau.

Kami segera bawa anak ke hospital. Oh by the way, kami dah pergi ke dua klinik berbeza bila anak kami mula demam. Doktor-doktor cakap ia hanya demam biasa dan kami diberikan ubat demam biasa termasuk antibiotik. Back to the story, kami terus pergi ke bahagian kecemasan. Memang cemas lah kan, anak dah muntah beberapa kali, taknak minum langsung dan lembik sangat. Selepas mendaftar, kami tunggu doktor panggil di bahagian Fever Centre. Doktor mahu buat ujian darah. Inilah part sedih sebab anak saya kena cucuk untuk ambil darah dan kena masukkan air. Kesian dia menangis kuat sampai tersedu-sedu.

Jadi, bila anak demam terlampau lama, kenalah buat ujian darah untuk lihat jika ada denggi, ada kuman atau sebagainya. Setelah hampir sejam, hasil ujian darah keluar. Doktor sahkan darah anak kami elok, buah pinggang tak ada masalah dan darah putih juga normal. Tapi kenapa anak kami masih demam? Inilah soalan yang saya belum dapat jawapannya.

Selepas dimasukkan hampir sebotol besar air ke dalam badan, anak kami mula segar. Dah mula senyum-senyum, nyanyi dan nak buas. Alhamdulillah. Risau kami meransur hilang. Tapi dalam masa sama badan anak kami masih panas dan demam masih belum hilang. Risau masih disitu.

Begitulah..bila dah jadi mak ayah ni, kenalah harungi detik sukar macam ni. Risaunya bila anak sakit tu, Allah saja yang tahu. Sampaikan kalua boleh nak sakit tu biarlah diberi pada saya, jangan pada anak.

Masa consultation dengan beberapa doktor sebelum ni, mereka cadangkan kami beri supplemen untuk tambah protection pada anak seperti ebri Scott’s Emulsion. Anak kami dah mula makan Scott’s lepas dia demam ni. Alhamdulillah, dia suka. Semoga anak umi abi ni sentiasa sihat selalu.

Sunday, 21 April 2019

Suntikan Depo-Provera untuk Cegah Kehamilan

Selepas bersalinkan anak pertama, doktor dan jururawat yang memantau saya selalu bertanyakan tentang kaedah peranganan keluarga pilihan saya. Ada beberapa kaedah yang disarankan seperti kaedah implan, IUD, pil perancang dan suntikan hormon. Lama juga saya berfikir dan akhirnya saya memilih untuk mengambil kaedah suntikan depo.

Saya mendapatkan suntikan ini di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran RM1.00 pada setiap kali lawatan. Suntikan diberi oleh jururawat di klinik tersebut dimana cecair berwarna putih disuntik di bahagian punggung. Sakitlah jugak, tapi masih boleh tahan.



Melalui pembacaan saya, suntikan depo mengandungi hormon progesterone yang menyerupai hormon progesterone yang dihasilkan oleh ovari. Suntikan ini boleh menghalang pengeluaran telur dari ovari serta menghasilkan lendir pekat untuk menghalang kemasukan sperma. Saya merasakan kaedah ini berkesan untuk saya untuk merancang keluarga.

Rata-rata melalui pembacaan saya, ramai ibu-ibu yang mengadu suntikan depo ini telah buat mereka gemuk, ada pendarahan, masalah jerawat dan sebagainya. Untuk saya pula, masalah paling ketara ialah perubahan mood dan jerawat. Sepanjang tempoh lebih 1 tahun pengambilan suntikan ini, saya langsung tidak mengalami period. Saya juga dapat menyusukan anak dengan baik dan aliran susu langsung tidak terjejas. Alhamdulillah. Berat badan juga tidak bertambah dengan ketara.

Kenapa saya memilih suntikan depo sebagai langkah perancangan keluarga? Sebab utama ialah saya tidak perlu risau jika saya terlupa untuk makan pil perancang dan kos yang murah (jika diambil di klinik kesihatan). Saya hanya perlu ke klinik setiap 3 bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam kad. Sangat mudah dan berkesan untuk saya. Semoga bermanfaat! :)


Saturday, 20 April 2019

Pengalaman Bersalin Secara Vacuum

Pengalaman bersalin kali pertama dengan cara vacuum memang takkan dilupakan. Teringat lagi pagi tu dalam pukul 9 pagi sebelum bersalin, bukaan saya baru 1.5cm. Sejak 12.00 tengah malam bukaan tetap 1cm walaupun air ketuban dah pecah. Saya tahu saya kena bersalin pada hari tu jugak sebab dah leaking. Sebelum bersalin saya ada baca banyak pengalaman bersalin mommies lain. Antara yang paling saya ingat ialah, kena banyak berjalan untuk cepatkan bukaan. 

Maka, dalam pukul 9 pagi saya pun pusing2 dekat ruang tamu dekat hospital. Ruang ni kosong sebab pelawat belum boleh masuk. Saya pusing dan pusing sambil kadang-kadang berhenti sebab contractions. Saya berjalan hampir 30 minit dekat situ. Saya pulang ke katil dan rehat. Tapi saya tak lalu untuk makan atau minum. Dok fikir nak bersalin je :D

Tiba-tiba doktor minta saya bawa pakaian bayi dan nak tolak saya ke labour room. Memang terkejut terkujat lah saya sebab bukaan baru 2cm. Sesampai di labour room, saya sempat buang air besar yang banyaaak sangat dan kembali ke katil bersalin. Saya masih tak makan dan tak minum sebab memang tak ada selera lansung. 

Pukul 4.15ptg, contraction saya dah kuat dan bukaan pun dan 10cm. Doktor minta saya teran untuk keluarkan baby. Saya teran tapi baby masih tak berjaya keluar. Nurse cakap saya teran tak cukup kuat. Doktor pula kata denyutan jantung bayi makin laju dan takut dia lemas. Jadi, doktor decide untuk vacuum. 

Sebelum proses vacuum dibuat, saya nampak air kencing saya dikeluarkan menggunakan catheter. Lepas tu doktor masukkan alat untuk vacuum bayi. Saya tak pasti doktor dah gunting dulu sebelum masukkan alat tu atau doktor gunting masa baby dah nak keluar sebab saya lansung tak rasa kena gunting. Lepas tu doktor minta saya teran kuat-kuat sambil doktor cuba bantu keluarkan baby dengan alat vacuum. Alhamdulillah, sekali cuba baby selamat keluar. Terus doktor letakkan baby diatas dada saya. Kemudian proses ni tak berenti disini, masih ada proses menjahit pula. Sakit tak kena jahit? Ya Allah, semestinya sakit! Saya berkali-kali bagitau doktor sakit kena jahit, doktor pun cakap dia dah bius. Saya tahu, doktor tak boleh apa-apa, saya kena tahan juga sakit tu. Masa diambil untuk nak jahit tu lama lah juga. Atau saya yang terasa lama? Huhu.

Bila dah bersalin secara vacuum, mestilah ada koyakan dan jahitan. Jahitan ni perlu dijaga dengan baik. Masa mengandung saya selalu search pasal cara bersalin sahaja tapi tak pula search pasal penjagaan bahagian jahitan selepas bersalin. Memang tak bersedia untuk ini. Jahitan ni kalau tak dijaga dengan elok boleh menyebabkan bengkak atau jangkitan kuman. Ngeri sangat! Ada jugak kes yang jahitan putus dan kena jahit semula. Ya Allah seram sangat. 

Jadi moral value of the stori, pastikan alas perut sedikit sebelum bersalin supaya ada energy untuk meneran dan pastikan buat bacaan pasal penjagaan selepas bersalin. Lessons learnt!



Source: Google image

Friday, 19 April 2019

Bubur nasi + ikan bilis untuk baby

Humaira dah mula makan bubur dgn ikan bilis. Sebelum ni humaira makan bubur semata-mata. Tak ada lauk. Kesian kan.


Humaira suka sgt bubur + ikan bilis ni. Alhamdulillah humaira makan smpai habis. Seronok tengok dia kenyang.



Resepi bubur nasi
Bahan-bahan
2. Masukkan beras halus


Cara-cara sediakan ikan bilis utk baby 

1. 4 sudu kecil beras yang telah diblend halus
2. 1 cawan air


Cara-cara buat bubur 
1. Panaskan air dalam periuk
3. Kacau selalu smpai puas hati dah jadi bubur (tambah air kalau bubur nampak pekat sangat)
4. Siap!

1. Asingkan/buang perut, tulang, kepala ikan bilis
2. Rendam ikan bilis selama 15minit (untuk kurangkan rasa masin)
3. Toskan bilis
4. Sangai ikan bilis dalam kuali sampai garing (goreng tanpa minyak)
5. Ikan bilis yg dah garing tadi biarkan sejuk dulu barulah blend halus
6. Blend ikan bilis smpai halus
7. Sedia dimakan bersama bubur! Yummy!

Ini adalah antara makanan paling feveret humaira. Lepas ni kita try menu ayam pulak :)

Kumpul duit di Shopback


Inilah hasil membeli belah di Lazada melalui Shopback. Xde la banyak tapi ada la jugak dan at least dapat balik cash kan, sapa tak suka? :D

Saya beli almost kesemua keperluan baby dari Lazada. Baju, toys, diapers, stroller, baby carrier, car seat, botol susu, wet tissue, sepit kuku dan macam macam macam lagi lah. Dan sebagai pengguna yg baru bijak, saya daftar dekat Shopback. Tak sangka walaupun kumpul seposen doposen je sekali purchase barang dan masa ambil masa yang agak lama utk cashout, saya tetap login dekat Shopback kemudian click Lazada (sebab selesa shopping kat Lazada je, entah la kenapa 😅). Kalau nak senang, guna apps Shopback & Lazada je. Senang hidup.

Akhirnya cashback yg terkumpul ni boleh buat beli barang lain pula dekat Lazada 😂😂 Dapat balik cash ok, bukan voucher atau diskaun, tu yg paling penting 😍

Lagi satu ang penting kena ada account Shopback dulu ya. Lepas tu isilah details bank, etc. Selamat mencoba!


Review: Huggies Dry S84


Selepas cuba Drypers NB dan Petpet NB, saya pun beralih kepada Huggies. Memandangkan berat baby pun masatu dah 5kg++, saya beli diapers huggies dry S84 yg sesuai utk baby yg mempunyai berat 3-7kg. As usual, beli dari Lazada secara combo (3pax).

Harga: RM84.90 (33 sen sekeping)

PROS
1. Harga yg murah dan berbaloi baloi = value for money
2. Penyerapan yg baik, tiada insiden bocor.
3. Baby nampak selesa dan masih boleh gerak2 dengan baik.
4. Cengkaman lampin di peha bayi = elak bocor.

CONS
1. Size yg kecil. Actually sama besar dgn size Petpet NB. Memandangkan baby makin besar, jadi diapers ni agak ketat bila baby saya pakai. Ada kesan dekat peha baby 😷
2. Kena tukar lampin secara regular, mungkin 4-5 jam sekali utk elak ruam lampin & ketidakselesaan kpd baby.
3. Material lebih kurang mcm Drypers, tak terlalu lembut tapi masih sesuai utk baby.
.
Disebabkan saya beli 3pax Huggies Dry S84 dan size ni sebenarnya kecil utk baby saya walaupun dekat packaging tulis sesuai utk baby 3-7kgs, namun hakikatnya size lampin ni tak sesuai utk baby saya. Agak kecewa tapi bukan salah huggies pun lah. Saya bagi 3.5 🌟🌟🌟
.
P/s: sorry tak ada gambar diapers sbb semuanya dah habis dipakai 😊

Thursday, 18 April 2019

Short Getaway: Pulse Grande Hotel, Putrajaya


My husband decided to go for a short vacation for my birthday. He allowed me to choose the destination. At first, he was suggesting Bukit Tinggi. I spent quite some time researching about this place, but I was not really attracted to visit it.

I was thinking of a place not far from our home. I chose Putrajaya. I was looking for something unique and special for our short stay this time. When I searched for hotels in Putrajaya through Trivago, it suggested many hotels and Pulse Grande Hotel attracted my attention. The price was affordable to us, Alhamdullilah. We booked the hotel for RM265.00 per night inclusive of breakfast for two, and complimentary breakfast for our little girl who is currently 22 months young.

Source: Google Image

We checked-in, paid RM100 as a refundable deposit and were informed that our room would be ready in 20-30 minutes time. The friendly staff at the check-in counter suggested us to visit the Kids Room located near  to the swimming pools while waiting for the room to be ready. We left our luggage nearby the check-in area and went to the Kids Room.

The Kids Room. Located next to the swimming pools.
Source: Google Image


The Kids Room was not too spacious but just nice for 4-5 children to play at once. Our young girl enjoyed playing in the room. We spent about 15 minutes there and went back to the check-in counter. Once we arrived, the staff informed us that our room was ready and handed to us the room access card. We were so happy and just could not wait to enter our room! It was only 1.30pm, we checked-in a little bit earlier without no further charge.

Its room 335, at level 3, the same level where the swimming pools are located. We were amazed by the bathroom. That was the first thing I explored. The bathroom was very spacious, with one bath tub, wet and dry areas and the unique doors next to the bath tub (when we open it, we can see our whole room). Very unique and exclusive. There were complimentary tooth brushes and other toiletries, they’re complete.

We love the bath tub. Can see the window there?






The room's also spacious. There's a huge cabinet, with two bathrobe, two room sandals, some hangers, a few drawers, a praying mat, a basket to put your shoes (with complimentary polish service), a huge laundry bag and a security machine. There's a LCD tv attached to the wall with various tv channels. I did not explore the tv channels as much as my hubby because I was busy relaxing in the bath tub with my little one. There're also sliding doors. Outside was hill view, lot of green and relaxing but the hotel only provided 1 chair at the balcony. The bed was so comfy with four large pillows. The hotel also provided baby cot for our baby girl. The writing table was also nice and big enough for us. There were complimentary drinks available on the fridge counter, 3 pax of nescafe, 2 pax of tea and 2 pax of green tea. There're some cookies, chocolates and crackers available at the mini bar priced at RM8.00 each. There're a medium sized cattle, 4 glasses, 2 mugs and 2 pieces of small spoons. We didn’t open the small fridge to see whats inside.

This comfy bed!





Only 1 chair at balcony

We took some time to explore how this stuff work.


This hotel used a modern type of electricity switch. We spent some time to learn how it worked. As we were resting in the bed, our room bell rang. We were served with some complimentary fruits. That was simple but enough to make us feel happy and welcomed.

After Asar prayers, we were all ready to go to the swimming pools. It was about 5.15 pm, the weather was still hot but we managed to find a nice spot to swim. The water was a bit salty and the pool was very convenient and nice. I really liked the chairs around the infinity pool and the view. We spent most of the time in the larger pool as the kids’ pool is too shallow for our little girl who likes to swim. The hotel provided floats for kids and there are 2 or 3 lifeguards watching at us.

We love the swimming pool. The water tasted a bit salty.


We had dinner at the hotel room. We ordered some food through Food Panda. After dinner, we made some time to walk around the hotel. And then we were all tired and did not know when actually we fell asleep.

We really looked forward to the breakfast. We arrived at the café at 7.30am, we were amongst the earliest. There were numerous food for us to choose. I enjoyed the sandwich. I had 4 of it. I tried the fried noodle and rice, porridge, scramble eggs, fruits, yogurt, drinks, kuih, sausages and many more. I was satisfied with the food and really hoped I could spend more time at the café. But at the same time, we have to rush because we had to check-out at 12pm and there was another place to go which was the pool! That was our last round at the pool. We spent only 30 minutes in the pool as the weather was getting hotter. We went back to our room and our little girl enjoyed her bath tub again.

The cafe.
Source: Google Image

We love the garden inside the hotel, the plant arrangement and a small river are nice. The staff was also friendly and helpful. We had a nice and memorable moments while at the hotel. Thank you Pulse Grande Hotel Putrajaya for the memory!

Lobby area.
Source: Google Image





Wednesday, 17 April 2019

Pengalaman ke Cameron Highlands, Pahang


Rasanya dah lama kami tak pergi ke Cameron Highlands. Kali terakhir saya ke sana ialah pada 2015 manakala En Hubby pula pada 2011. Sejak kami berkahwin, memang selalu merancang nak ke sana, tapi disebabkan mengandung dan selepas tu baby pun masih terlalu kecil, kami tunda rancangan ini sehinggalah En Hubby bagi green light untuk ke Cameron Highlands pada 21 Julai lepas.

Café Ladang Teh Bharat / Cameron Valley 1

Dari awal kami merancang untuk tiba ke ladang teh Bharat selewatnya pada pukul 8.30 pagi sebab kami nak menikmati keindahan ladang teh pada awal pagi selain menjadi antara orang terawal yang tiba ke sana (kami tak berapa suka keadaan yang crowded). Jadi, kami memilih untuk minum teh tarik dan teh o panas bersama sandwich di sebuah café di ladang teh Bharat (ini adalah café pertama yang akan anda jumpa jika perjalanan anda dari Tapah ke Cameron Highlands).

Café ini adalah lebih kecil berbanding café di ladang the Bharat yang satu lagi. Pilihan makanan adalah sangat terhad kepada pilihan kek dan sandwich. Untuk minuman, ada pelbagai pilihan termasuk minumam coklat dan bergas.




Pintu masuk ke Ladang Teh 1. Sumber: Google Image


Café Ladang Teh Bharat / Cameron Valley 2

Setelah meluangkan masa lebih sejam disini, kami bertolak ke café yang satu lagi yang terletak tak jauh daripada café ini, lebih kurang 10km perjalanan yang berbukit bukau dan berliku. Setibanya disini, dah banyak kenderaan memenuhi ruang parking. Kami hanya parking di bahu jalan kemudian berjalan ke ladang teh tersebut melalui café yang dipenuhi pengunjung yang sedang menikmati sarapan pagi sambil menghirup udara segar ladang teh. Untuk masuk ke ladang teh (ini tujuan datang kesini), bayaran RM2.00 dikenakan bagi setiap pengunjung dewasa, manakala kanak-kanak adalah percuma.

Subhanallah, pemandangan disini sangat cantik dan mengagumkan. Ramai pengunjung keluar masuk ke kawasan ini sambil mengambil gambar sebanyak mungkin sebagai kenangan, termasuklah kami. Tangga disini sedikit curam, hendaklah berhati-hati semasa menuruni serta menaiki tangga di sini.


Gambar cafe dari sisi Ladang Teh 2. Sumber: Google Image



Ladang Teh 2. Sangat cantik! Sumber: Google Image


Mardi, Tanah Rata

Setelah lebih 45 minit bergambar dan menikmati keindahan ladang teh, kami bertolak ke Mardi Cameron Highlands yang terletak di Tanah Rata. Walaupun ini adalah hujung minggu yang biasa, tetapi sangat banyak kenderaan memenuhi kawasan parking. Kami sangat bertuah sebab dapat parking betul-betul dihadapan kaunter bayaran. Bayaran masuk ialah RM5.00 bagi pengunjung dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Disebabkan Humaira baru satu tahun, tiada bayaran diperlukan. Kami bawa stroller untuk mudahkan aktiviti jalan-jalan disini. Kawasan ini sangat luas dan dengan adanya stroller, ianya amat memudahkan kami untuk jalan-jalan dengan santai kesetiap sudut yang disediakan kepada pengunjung.

Kami disambut dengan beberapa buah van menjual makanan seperti ais krim, strawberi coklat, makanan ringan dan lain-lain. Kami menikmati strawberi coklat dan ais krim di kerusi yang disediakan sambil menikmati keindahan kawasan ini.

Kemudian kami berjalan sekitar taman bunga dan menuju ke sebuah café yang menjual ais krim strawberry. Kami mencuba ais krim strawberry yang ditabur strawberry segar diatasnya (RM4.00 setiap satu) di café ini. Sangat sedap dan worth the money!

Kemudian kami berjalan ke kawasan lapang yang berdekatan sebuah teko besar, taman rama-rama, taman burung, kandang arnab dan kincir air yang cantik. Kami biarkan Humaira bermain di kawasan lapang yang diselimuti rumput tanpa memakai kasut. Humaira nampak suka sangat, walaupun baju dah kotor dek tanah yang lembab, kami biarkan sahaja asalkan Humaira dapat bermain dengan rumput dan tanah. Kemudian kami melawat haiwan-haiwan disitu dan melihat kincir air dari jarak dekat.

Walau agak kepenatan, kami teruskan berjalan di taman yang mempunyai air pancut. Kawasan ini mempunyai bunga-bunga dan tumbuhan yang cantik. Amat menyegarkan melalui kawasan taman ini.


Sumber: Google Image



Café Lorong, Brinchang

Setelah meluangkan masa hampir 2 jam di Mardi, kami pun dah kelaparan. Hasil carian google, kami memlilih untuk makan tengahari di Café Lorong. Jarak hanyalah lebih kurang 10km, namun masa yang diambil untuk sampai ke café ini ialah lebih 1 jam disebabkan kesesakan lalu lintas. Rupanya café ini terletak berhampiran dengan Kea Farm, patutlah sangat sesak. Kami sangat bernasib baik kerana dapat parking berhadapan dengan café ini.

Kami memesan nasi goreng kampong + telur mata dan nasi goreng cina + telur dadar serta minuman. Total kos ialah RM18.00 dan makanan sangat sedap, dalam portion yang agak besar.

Sumber: Google Image


Copthorne Hotel, Cameron Highlands

Kami menempah sebuah bilik superior untuk 2 orang di Copthorne Hotel melalui website Fave. Harga yang ditetapkan semasa pembelian ialah RM167.00 untuk satu malam (tanpa sarapan pagi). Kami menempah bilik ini dua minggu lebih awal. Waktu check-in hotel ialah pukul 3.00 petang. Kami tiba lebih awal iaitu pada 2.45 petang dan terus ke bahagian reception untuk check-in. Kami meminta agar bilik kami mempunyai valley view dan sebuah katil king. Staff di bahagian reception sangat baik dan menurut permintaan kami, namun kami perlu menunggu sebentar sementara mereka menyediakan bilik itu. Staff itu juga menawarkan baby cot untuk Humaira (free of charge) dan kami menerimanya. Kami juga menempah sarapan pagi untuk dua orang di café hotel untuk keesokan hari (RM25.00 / dewasa).

Kami masuk ke bilik sekitar pukul 3.40 petang. Bilik kami di aras 8, nombor 19. View dari bilik memang cantik. Bilik ini agak luas, Humaira boleh merangkak ke sana sini namun karpet bilik sedikit lusuh dan ada rambut diatasnya membuatkan saya sedikit tidak selesa. TV berfungsi dengan baik dengan beberapa pilihan channel. Hotel ini bertaraf 4 bintang namun kami agak terkilan kerana ianya tidak menyediakan sejadah dan seterika selain tidak mempunyai balkoni dan tub mandi di bilik air. Sinki dan kipas bilik juga tidak berfungsi dengan baik.

Sumber: Google Image

Kami dapat bilik yang sama macam dalam gambar. Sumber: Google Image


Pasar Malam, Sungai Ruil

Setelah berehat seketika, kami bertolak ke Pasar Malam pada pukul 6.30 petang. Perjalanan dari hotel mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kenderaan sangat banyak dan kami berjaya parking di bahu jalan, tak jauh dari pasar malam.

Kami rancang untuk beli makan malam di sini dan makan di hotel. Ada banyak pilihan makanan dari sayur goreng, ayam goreng, nasi ayam, lamb grill dan macam-macam lagi. Kami melawat sepanjang pasar malam. Ada banyak cenderahati, pakaian, strawberry, jagung dan pokok-pokok dijual sini. Kami beli strawberry sekali lagi dan jagung mutiara (sangat sedap dan manis!).

Overall, harga di pasar malam sedikit mahal berbanding di Kea Farm. Mujurlah kami tak borong sakan disini sebab kami dah merancang nak membeli di Kea Farm keesokan harinya.



Sumber: Google Image


Sarapan Pagi @ Copthorne Hotel, Cameron Highlands

Kami bersiap seawal 7.00 pagi untul bersaparan di café hotel. Sarapan pagi bermula 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kami antara yang awal tiba dan masih banyak meja yang kosong. Ada banyak pilihan makanan.

Saya mencuba beberapa pilihan roti, mee goreng, beef potato, bubur, buah-buahan, jagung, scramble eggs dan lain-lain. Ada pilihan makanan lain seperti nasi lemak, roti jala, waffle dan sebagainya. Pilihan makanan agak banyak dan rasanya agak biasa sahaja. Kami meluangkan lebih satu jam setengah disini kemudian ke kawasan lobby untuk bergambar.


Kea Farm, Brinchang

Kami check-out dari hotel sedikit awal kerana kami mahu menghabiskan masa di Kea Farm. Kami meletakkan kereta di bahu jalan sahaja kerana terdapat banyak dan deretan kereta si sepanjang jalan. Ada sebuah tempat parkir kereta di hadapan Kea Farm dengan bayaran RM3.00 sekali masuk. Kami melintasi jalan kea rah Kea Farm dan membelek semua barangan yang dijual. Kami sempat membeli sayur sayuran, bunga ros segar, pokok herba, bungkusan teh pelbagai perisa dan mencuba makanan yang dijual di tepi jalan seperti jagung, ubi manis dan kacang. Keadaan pengunjung yang agak ramai dan jalan yang berlopak mempunyai air membuatkan kami sedikit tidak selesa dan mempercepat masa membeli belah disini.

Setibanya kami di kereta, terdapat satu saman dari Polis kerana meletakkan kereta dibahu jalan. Jadi, pengunjung-pengunjung yang bakal melawat Kea Farm, seeloknya meletakan kenderaan di dalam kawasan parking berbayar untuk mengelakkan saman.


Kea Farm. Sumber: Google Image


Avant Chocolate Factory / Green Hill View

Di dalam kereta sambil menikmati ubi, jagung dan kacang yang masih panas, kami menuju ke Awant Chocolate Factory. Kami memilih lokasi ini atas cadangan ramai pengunjung yang pernah ke sana.

Setibanya disini, kami disapa oleh seekor dinasour plastic yang besar di hadapan kedai coklat. Selepas bergambar, kami terus mendapatkan ais krim strawberi yang sedap tapi mahal lah sikit RM9.90 bagi ais krim yang biasa. Kemudian kami masuk ke kandang arnab dan melawat sekitar kawasan ini.

Sumber: Google Image


Hujung minggu kami di Cameron Highlands antara memori indah yang takkan kami lupakan. Inshaallah jika ada kesempatan, kami bercadang untuk melawat Cameron Highlands sekali lagi.



Monday, 15 April 2019

Kereta Berdengung Kuat

Kereta kami ini dibeli pada tahun 2013. Tahun ni, akan genaplah usia kereta ni 6 tahun. Sepanjang menggunakan kereta ni, alhamdulillah, belum pernah buat major servis. Selalunya kami servis biasa seperti tukar minyak hitam, tukar tayar, tukar bateri dan pernah sekali baiki aircond yang kerap on-off.

Minggu lepas kami pulang ke kampung halaman sebelah suami di pantai timur. Kami melalui jalan Gua Musang menuju ke Kota Bharu. Jalan ni bukanlah standard lebuhraya PLUS ke LPT ke, tapi okay je untuk guna untuk balik kampung. Ada beberapa bahagian jalan Gua Musang ni yang berlubang-lubang dan tidak sekata. Kami tempuhi jua jalan ni dengan redho sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke rumah.

Beberapa hari selepas tu kami perasan kereta kami berbunyi kuat apabila dipandu. Seperti berdengung dan sangat kuat yang menyakitkan telinga, didengari terutama di bahagian pemandu semasa dipandu laju. Sangat tidak menyelesakan. Kuat sangat!

Tiba hujung minggu, kami bawa kereta ke bengkel berdekatan. Rupanya “bearing” kereta kami dah rosak. Ya, rosak. Bahagian atas, kedua-dua belah. Kami minta supaya mekanik baiki apa yang patut dan gantikan dengan bearing yang baru.



Inilah contoh rupa bearing itu. Kalau beli sendiri murah sahaja. Tapi reti ke nak pasang? Kena cari mekanik jua akhirnya.



Upah untuk pasang bearing RM70.00 dan upah untuk betulkan alignment pun sama RM70.00. Berapa harga bearing yang kami bayar? RM120.00 untuk satu bearing. 2 bearing = RM240.00. Jumlah bayaran ialah RM380.00. Fuhh, banyak juga tu. Tapi mengenangkan ini ialah kali pertama dalam tempoh 6 tahun penggunaan kereta ni, kami pejamkan saja mata. Lagipun kalau tak tukar, sangat tak selesa bila memandu.


Kenapa kami kena tukar bearing ni?? For obvious reason, kami tak tahan dengan bunyi dengung tu lagi. Atau memang dah memang sampai masanya untuk tukar bearing. Atau mungkin ada masalah alignment kot?