Wednesday 24 April 2019

Pemakanan Ibu Menyusu

Saya menyusukan anak saya selama hampir dua tahun. Dalam tempoh ini, saya banyak membaca tentang cara-cara untuk banyakkan susu ibu dan pemakanan yang baik untuk ibu menyusu.

Sepanjang tempoh penyusuan, terutama semasa flow susu sangat banyak dan boleh buat stok susu yang banyak (tahun pertama menyusu), saya kerap berasa lapar dan lapar dan lapar. Walaupun baru sahaja lepas menjamah nasi ataupun makanan berat, saya tetap berasa lapar lagi. Berat, memang berat ya masalah ini tuan-tuan dan puan-puan. Harhar.

Oleh itu, saya perlukan makanan extra di dalam laci di pejabat, di dalam handbag, di dalam kereta dan dirumah sebab bila lapar tu datang, saya siap boleh menggigil. Makan roti gardenia kosong tu pun dah tak apa, janji ada makanan. Dahsyat betul bila diingatkan balik. Dalam masa yang sama saya cuba aplikasi makanan-makanan yang baik untuk proses penyusuan.

Antara pemakanan  yang saya amalkan untuk kekalkan kemeriahan susu badan ialah:

1. Roti & kekacang – Saya makan apa-apa sahaja jenis roti. Yang selalunya saya beli ialah roti gardenia perasa jagung & coklat, roti berjem dan roti planta. Saya tak kisah pasal kalori sebab melalui pembacaan saya, ibu menyusu memang perlukan lebih kalori daripada individu tidak menyusu. Manakala kekacang pula sangat best dibuat kudap-kudapan semasa buat kerja. Ada pakar kata bahawa pengambilan kekacang oleh ibu menyusu sejak awal penyusuan dapat mengurangkan sensitive / alergi oleh anak terhadap kekacang.

2. Nasi – Saya ambil nasi 2 ke 3 kali sehari. Breakfast, makan tengahari, makan malam semuanya nasi. Seperti saya nyatakan diatas, ibu menyusu perlukan kalori yang lebih, Dengan makan nasi, ia dapat memenuhi keperluan kalori saya dan saya pun dapat menyusu dengan tenang dan tidak lapar :D

3. Sayur & buah – setiap kali saya makan nasi, saya pastikan saya ambil sayur secukupnya dan sebanyaknya (tamak sayur :p). Setiap hari juga saya cuba untuk makan buah seperti tembikai, epal, pear, anggur atau betik. Sebab buah-buah dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi yang banyak. Dengan makan sayur dan buah, dapatlah disalurkan juga kepada anak melalui susu ibu.

4. Air – Air adalah sangat penting terutama buat ibu menyusu. Saya wajibkan diri untuk minum minimum 2 liter air sehari. Saya memang jenis susah minum air, jadi 2 liter tu dah kira banyak untuk saya. Kalau dapat minum lebih, lebih elok kata doktor yang saya jumpa di klinik kesihatan. Boleh cuba minum sedikit air semasa menyusu, you will feel the difference :D

Itu adalah antara pemakanan yang saya amalkan. Manakala, semasa tempoh penyusuan, saya mengelakkan pemakanan seperti:

1. Kafien – Saya limitkan (most of the time saya elakkan) pengambilan kafien dalam diet seharian dalam tempoh menyusu. Pengalaman ambil terlebih kafien ialah anak saya jadi susah tidur malam dan meragam. Kafien terdapat di dalam kopi, coklat, minuman bercoklat termasuk teh.

2. Limau CNY – Salah satu pengalaman saya makan limau CNY semasa dalam tempoh menyusu dulu, anak saya jadi sembelit yang teruk. Kesian sangat. Selepas 3 4 kali makan baru saya perasan situasi ni. Lepas dah stop makan limau CNY ni, alhamdulillah anak dah tak sembelit teruk. Lagipun limau ni memang tak bagus untuk dimakan pun sebab ada banyak pewarna dan bahan kimia digunakan untuk kekalkan kesegaran. Just ignore this limau dan makan limau marvel atau limau sunkist yang manis tu. Lagi elok, inshallah.

3. Fast food & junk food – Makanan-makanan ni tak ada nutritional value pun, tak elok untuk kesihatan saya dan juga kesihatan anak. Focus on real food. Kadang-kadang teringin jugak nak makan maggi kari, tapi langsung tak beli dan makan. Sebab memang tak elok kan. Cuma kadang-kadang teringin sangat baru makan nuggets @ sosej tapi limit kepada 1-2 pcs sahaja.

Untuk jadi ibu menyusu ni bukanlah mudah. Perlukan komitmen masa dan juga komitmen untuk pastikan diri sendiri makan makanan yang elok-elok sahaja demi anak tersayang. Semoga semua usaha diberi pahala oleh Allah. Ameen!

No comments:

Post a Comment