Monday 15 April 2019

Pengalaman Menyusu Lebih 1 Tahun


Alhamdulillah, segala syukur kepada Allah yang telah mengizinkan saya untuk menyusukan anak secara penuh sehingga umurnya 18 bulan dan masih menyusukan sehingga kini (22 bulan). Selepas umur anak 18 bulan, kami mula berikan susu formula kepadanya.







Kali Pertama Menyusu

Kali pertama menyusukan anak ialah beberapa jam selepas bersalin. Masa tu, saya masih ingat anak asyik nangis dan nangis je walaupun dia dah lebih 2 jam melekap di dada saya. Rupanya, flow susu belum lancar masa tu. Saya terpaksa berikan dia susu formula pada 3 hari pertama selepas kelahiran. Susu saya makin lancar selepas saya mengepam susu menggunakan pam susu automatik. Pam susu ni pun abinya yang belikan selepas 2 hari bersalin. Nak beli awal takut tak ada susu kononnya ditambah pula harga pam susu yang ratusan ringgit. Pada awalnya, susu yang keluar semasa pam ialah susu berwarna kuning pekat sangat. Saya tunjuk pada nurse dan nurse kata itu ialah kolostrum. Saya gunakan sudu dan suap pada baby, sebab tak bawa botol susu ke hospital. Setelah beberapa kali pam dan anak pun kerap menyusu, saya dapat rasakan flow susu makin lancar.





Bulan-bulan Pertama Menyusu

Menyusu ialah satu komitmen yang besar bagi saya. Semasa dalam pantang, saya menyusu anak setiap 2 jam, termasuk pada waktu malam. Pada waktu siang saya akan kejutkan baby untuk menyusu kalau tempoh 2 jam telah berakhir. Pada waktu malam selalunya anak saya akan terjaga sendiri setiap 2 jam untuk menyusu. Tempoh menyusu pada awalnya agak lama sekitar 15-20 minit setiap sesi. Selalunya anak saya akan tertidur sendiri bila kenyang menyusu. Pada bulan-bulan pertama, baby hanya minum sekitar 2oz ke 3oz atau pada sebelah payudara sahaja. Jadi, selepas anak menyusu saya akan mengepam pada kedua-kedua belah supaya tak bengkak susu dan untuk stok. Perkara ini ialah rutin sepanjang 3 bulan tempoh cuti berpantang saya. Saya turut menyusukan anak setiap 2 jam walaupun pada masa itu saya sedang berada di luar rumah atau di dalam kenderaan.





Lebih Setahun Menyusu

Saya terus menyusukan anak saya sehingga ke hari ini. Saya bawa pam susu dan peralatan lain setiap hari ke tempat kerja untuk pastikan anak saya dapat minum susu ibu pada tahun pertamanya. Kalau tertinggal pam susu, saya akan patah balik untuk ambil. Daripada stok susu penuh peti ais sehinggalah taka da stok langsung sekarang, saya puas hati dapat menyusukan anak sehingga ke tahap ini. Sekarang anak saya hanya menyusu pada waktu malam atau selepas saya pulang daripada kerja. Pada hujung minggu, adalah sekali sekala dia menyusu dengan saya pada waktu siang. Tempoh menyusu juga makin singkat sekitar 5 minit sahaja setiap sesi.

Pengalaman menyusu merupakan pengalaman indah yang saya takkan lupakan. Ianya momen indah di antara saya dan anak saya. Saya harap ibu-ibu lain juga mempunyai pengalaman yang sama. Buat ibu yang masih menyusukan, teruskan usaha anda. Anda ibu yang kuat!

2 comments:

  1. Maaf boleh sy tahu bila malam direct BF shaja kadi siang anak minum formula ke??? Dan boleh sy tahu jugak siang tak bengak susu ke ???

    ReplyDelete
  2. Maaf boleh sy tahu bila malam direct BF shaja kadi siang anak minum formula ke??? Dan boleh sy tahu jugak siang tak bengak susu ke ???

    ReplyDelete