Selepas bersalinkan anak pertama, doktor dan jururawat yang memantau saya selalu bertanyakan tentang kaedah peranganan keluarga pilihan saya. Ada beberapa kaedah yang disarankan seperti kaedah implan, IUD, pil perancang dan suntikan hormon. Lama juga saya berfikir dan akhirnya saya memilih untuk mengambil kaedah suntikan depo.
Saya mendapatkan suntikan ini di klinik kesihatan kerajaan dengan bayaran RM1.00 pada setiap kali lawatan. Suntikan diberi oleh jururawat di klinik tersebut dimana cecair berwarna putih disuntik di bahagian punggung. Sakitlah jugak, tapi masih boleh tahan.
Melalui pembacaan saya, suntikan depo mengandungi hormon progesterone yang menyerupai hormon progesterone yang dihasilkan oleh ovari. Suntikan ini boleh menghalang pengeluaran telur dari ovari serta menghasilkan lendir pekat untuk menghalang kemasukan sperma. Saya merasakan kaedah ini berkesan untuk saya untuk merancang keluarga.
Rata-rata melalui pembacaan saya, ramai ibu-ibu yang mengadu suntikan depo ini telah buat mereka gemuk, ada pendarahan, masalah jerawat dan sebagainya. Untuk saya pula, masalah paling ketara ialah perubahan mood dan jerawat. Sepanjang tempoh lebih 1 tahun pengambilan suntikan ini, saya langsung tidak mengalami period. Saya juga dapat menyusukan anak dengan baik dan aliran susu langsung tidak terjejas. Alhamdulillah. Berat badan juga tidak bertambah dengan ketara.
Kenapa saya memilih suntikan depo sebagai langkah perancangan keluarga? Sebab utama ialah saya tidak perlu risau jika saya terlupa untuk makan pil perancang dan kos yang murah (jika diambil di klinik kesihatan). Saya hanya perlu ke klinik setiap 3 bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam kad. Sangat mudah dan berkesan untuk saya. Semoga bermanfaat! :)
No comments:
Post a Comment