Tuesday, 23 April 2019

Anak Demam On Off Seminggu Serta Muntah-muntah

Anak saya berumur 1 tahun 10 bulan, sangat aktif, suka makan, periang dan bijak. Sejak akhir-akhir ni, anak saya kerap demam, selsema dan batuk. Entahlah, mungkin sebab dia tinggal di taska semasa saya bekerja. Di taska, dia bermain dengan anak-anak lain yang mungkin tidak sihat, lalu berjangkit pada dia.

Alkisahnya, anak kami demam on off dah seminggu. Bila kami bagi ubat, demamnya elok. Kemudian beberapa jam badan panas balik i.e. demam. Kami bagi ubat ikut timing pun masih demam. Begitulah selama beberapa hari. Kami dah mula risau. Pada satu malam tiba-tiba anak kami muntah-muntah. Segala isi perut seperti nasi dan susu keluar membanjiri katil. Selepas muntah, anak kami tidur. Kemudian apabila terjaga, muntah lagi. Ia berterusan beberapa kali. Kami dah jadi mega risau.

Kami segera bawa anak ke hospital. Oh by the way, kami dah pergi ke dua klinik berbeza bila anak kami mula demam. Doktor-doktor cakap ia hanya demam biasa dan kami diberikan ubat demam biasa termasuk antibiotik. Back to the story, kami terus pergi ke bahagian kecemasan. Memang cemas lah kan, anak dah muntah beberapa kali, taknak minum langsung dan lembik sangat. Selepas mendaftar, kami tunggu doktor panggil di bahagian Fever Centre. Doktor mahu buat ujian darah. Inilah part sedih sebab anak saya kena cucuk untuk ambil darah dan kena masukkan air. Kesian dia menangis kuat sampai tersedu-sedu.

Jadi, bila anak demam terlampau lama, kenalah buat ujian darah untuk lihat jika ada denggi, ada kuman atau sebagainya. Setelah hampir sejam, hasil ujian darah keluar. Doktor sahkan darah anak kami elok, buah pinggang tak ada masalah dan darah putih juga normal. Tapi kenapa anak kami masih demam? Inilah soalan yang saya belum dapat jawapannya.

Selepas dimasukkan hampir sebotol besar air ke dalam badan, anak kami mula segar. Dah mula senyum-senyum, nyanyi dan nak buas. Alhamdulillah. Risau kami meransur hilang. Tapi dalam masa sama badan anak kami masih panas dan demam masih belum hilang. Risau masih disitu.

Begitulah..bila dah jadi mak ayah ni, kenalah harungi detik sukar macam ni. Risaunya bila anak sakit tu, Allah saja yang tahu. Sampaikan kalua boleh nak sakit tu biarlah diberi pada saya, jangan pada anak.

Masa consultation dengan beberapa doktor sebelum ni, mereka cadangkan kami beri supplemen untuk tambah protection pada anak seperti ebri Scott’s Emulsion. Anak kami dah mula makan Scott’s lepas dia demam ni. Alhamdulillah, dia suka. Semoga anak umi abi ni sentiasa sihat selalu.

No comments:

Post a Comment