Sunday 14 April 2019

Ulasan Filem: Pulang (2018)


Saya adalah seorang yang amat jarang menonton televisyen apatah lagi filem-filem melainkan video kanak-kanak seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Alif & Sofea, Mothers Goose Club & Voices of Ummi sebab anak saya menonton video-video ini dirumah.

Tetapi saya ada terbaca satu ulasan (review) mengenai filem Pulang di Facebook. Disebabkan tertarik dengan ulasan tersebut, saya pun tekad untuk menonton filem ini di Netflix. Filem yang menarik dan tidak terasa rugi menontonnya, saya beri 4 bintang (daripada 5 bintang). Untuk pengetahuan, filem ini dihasilkan berdasarkan kisah benar. Ini ulasan saya.




Kasih sayang antara Tom & Othman
Kasih sayang antara mereka jelas terpancar di dalam filem ini. Salah satu adegan ialah ketika Othman putuskan untuk pergi mencari hasil laut lebih jauh daripada tempat biasa. Apabila disana botnya tiba-tiba dihempas oleh ombak besar yang berasal daripada sebuah kapal besar yang lalu menghampirinya. Othman tidak pulang ke rumah pada malam itu. Tom yang risau tetap menunggu Othman pulang ke rumah daripada petang sehinggalah ke keesokan harinya di tepi pantai. Akhirnya Tom menjumpai Othman tersadai di tengah laut semasa menaiki bot salah seorang rakan Othman. Antara lain, semasa kemasukan Jepun ke tanah Melayu, Othman telah dipaksa masuk ke dalam hutan untuk membantu tentera Jepun. Namun, Othman dengan cekal telah melarikan diri daripada tentera Jepun sehingga kakinya ditembak dan dia terjatuh ke dalam sungai yang dipenuhi mayat-mayat orang Melayu, demi untuk pulang kepangkuan keluarganya.

Jasa Lam kepada Keluarga Othman
Saya amat tertarik dengan watak Lam di dalam filem ini. Lam dan Othman telah bersama-sama melarikan diri daripada tentera Jepun. Akibat kaki Othman telah ditembak, Lam dengan cekal memapah Othman sehingga mereka tiba ke kampung mereka semula. Ketika Othman berhenti mengutus surat kepada Tom, lokasi terakhir Othman ialah di Hong Kong. Tom teramat risau dengan keadaan Othman dan memutuskan untuk ke Hong Kong sendirian demi mencari Othman. Tom telah diculik oleh sendiket pelacuran disana, Tom amat bernasib baik kerana Lam berada disitu ketika Tom hampir diserahkan kepada agen pelacur. Antara lain, Lam yang sangat prihatin telah mengutus surat kepada Tom mengenai alamat terkini Othman iaitu di Liverpool. Oleh kerana bantuan Lam, Omar (anak kepada Othman) dapat menjejaki Othman dan berjumpa dengan ayahnya setelah lebih 18 tahun terpisah.





Kesetiaan
Kesetiaan Tom diuji setelah Othman tidak pulang semula ke kampung setelah sekian lama dan termakan ajakan guru kepada anaknya untuk berkahwin. Tom setuju untuk berkahwin dengan guru tersebut. Di malam dimana Tom sepatutnya berkahwin, Othman telah pulang ke kampung dan terlihat Tom bersama guru tersebut sedang diraikan. Oleh kerana kecewa, Othman meninggalkan kampung itu. Tetapi, Tom membatalkan perkahwinannya pada malam itu kerana tidak dapat melupakan Othman. Othman tinggal bersendirian di Liverpool tanpa berkahwin lagi sehingga akhir hayatnya. Di akhir hayatnya, Othman sempat menulis sepucuk surat kepada Tom menyatakan dirinya masih mencintai Tom sehingga ke saat itu dan memberinya seutas rantai.

Ada banyak lagi babak yang menarik didalam filem ini. Saya amat kagum dengan background filem ini yang memaparkan setiap lokasi Othman (seperti di Hong Kong, Amerika, Liverpool, etc) yang nampak real. Saya juga suka dengan skrip dan jalan cerita filem ini yang mudah difahami.

Filem Pulang adalah sebuah filem yang tidak rugi untuk ditonton. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Saya seorang penonton yang gembira menonton filem ini.








No comments:

Post a Comment