Monday, 15 April 2019

Kereta Berdengung Kuat

Kereta kami ini dibeli pada tahun 2013. Tahun ni, akan genaplah usia kereta ni 6 tahun. Sepanjang menggunakan kereta ni, alhamdulillah, belum pernah buat major servis. Selalunya kami servis biasa seperti tukar minyak hitam, tukar tayar, tukar bateri dan pernah sekali baiki aircond yang kerap on-off.

Minggu lepas kami pulang ke kampung halaman sebelah suami di pantai timur. Kami melalui jalan Gua Musang menuju ke Kota Bharu. Jalan ni bukanlah standard lebuhraya PLUS ke LPT ke, tapi okay je untuk guna untuk balik kampung. Ada beberapa bahagian jalan Gua Musang ni yang berlubang-lubang dan tidak sekata. Kami tempuhi jua jalan ni dengan redho sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke rumah.

Beberapa hari selepas tu kami perasan kereta kami berbunyi kuat apabila dipandu. Seperti berdengung dan sangat kuat yang menyakitkan telinga, didengari terutama di bahagian pemandu semasa dipandu laju. Sangat tidak menyelesakan. Kuat sangat!

Tiba hujung minggu, kami bawa kereta ke bengkel berdekatan. Rupanya “bearing” kereta kami dah rosak. Ya, rosak. Bahagian atas, kedua-dua belah. Kami minta supaya mekanik baiki apa yang patut dan gantikan dengan bearing yang baru.



Inilah contoh rupa bearing itu. Kalau beli sendiri murah sahaja. Tapi reti ke nak pasang? Kena cari mekanik jua akhirnya.



Upah untuk pasang bearing RM70.00 dan upah untuk betulkan alignment pun sama RM70.00. Berapa harga bearing yang kami bayar? RM120.00 untuk satu bearing. 2 bearing = RM240.00. Jumlah bayaran ialah RM380.00. Fuhh, banyak juga tu. Tapi mengenangkan ini ialah kali pertama dalam tempoh 6 tahun penggunaan kereta ni, kami pejamkan saja mata. Lagipun kalau tak tukar, sangat tak selesa bila memandu.


Kenapa kami kena tukar bearing ni?? For obvious reason, kami tak tahan dengan bunyi dengung tu lagi. Atau memang dah memang sampai masanya untuk tukar bearing. Atau mungkin ada masalah alignment kot?

No comments:

Post a Comment